CARIAN ANDA

Saturday, July 7, 2012

DOA UNTUK ANAK2



  • Diriwayatkan bahawa suatu ketika, datang seorang perempuan bersama anak kecilnya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w lalu bertanya; “Ya Rasulullah, sesungguhnya anakku ini telah diganggui jin. Doakanlah baginya.” Rasulullah s.a.w lalu membaca ayat ini. Dengan tidak semena-mena sembuh penyakit budak tersebut.
  • Ayat ini boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit zahir dan batin.
  • Ayat ini merupakan salah satu ayat syifa’.

TIPS HADAPI RAGAM SI ANAK




Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest.
Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.
Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:




1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA.
Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

sumber dari FB : Prof. Dr. Rozieta Shaary

Friday, July 6, 2012

ooo iye ke ?? AIR BERLEBIHAN TAK ELOK??



Hah, kalau semalam cite pasal Kempen minum air kosong arini kite cecite pasal air banyak sangat pun tak elok. 

Betol la tu kan.. Semuanya dalam dunia kalau kita amik apa2 pon eloklah berpada-pada jangan berlebih-lebihan. Ikut sukatan dan anjuran seperti yang telah diberitahu oleh pakar.



Macam kat Hospital kalau kita sakit benda yang pertama doktor buat adalah masukkan air. Dorang bukan bagi ubat dulu tapi mesti masukkan air. Ikot suka dorang ke berapa botol??? Mesti la ikot arahan kan.

So pas ni korang baca cite kat bawah ni, cuba komen sikit...taktau cite ni btol or tidak sebab kat opis ni ada sorang kawan aku minum almost 8 liter a day...aku taktau la btol atau tak sebab dia yg bagitau kat aku camtuh...kalau dia tipu ...so aku pon tipo la ekk...isk3...

Tapi setakat nih rekod minum air terbanyak mak adalah 4liter sehari... thats it...
Cara minum pun main peranan.

Jangan Minum Air Sambil Berdiri

Kita sering mendengar saranan supaya minum air putih yang banyak untuk kesihatan diri.Namun, jika cara anda salah ketika minum air putih pun boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Kajian kesihatan akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik berbanding secara berdiri.

Ini kerana, air putih yang diminum ketika duduk akan disaring oleh 'sfringer', iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjal. Sebaliknya, jika anda minum air putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan.

Akibatnya, boleh berlaku penyakit ginjal. Untuk mengatasinya, biasakan minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.
Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.
Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.
Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.
Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.
Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air
Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.
Ada beberapa formula untuk menentukan berapa banyak air yg perlu kita ambil dalam sehari:
1. Berat badan (dalam kg) di bahagi kan dengan 30

(Contohnya, jika berat 60kg (60/30 = 2).
Bermakna, tubuh badan anda memerlukan sebanyak 2 liter air sehari)

2. Mengikut berat dan ketinggian seseorang

Berat badan normal – 3 liter sehari (8 gelas)
Lebihan berat badan – Setiap penambahan berat 10 kg, perlu minum 1.5 liter lebih air
Kurang berat badan – 3-4 liter sehari (8-11 gelas sehari)
Contoh:
Dengan ketinggian 160 cm, berat ideal antara 50kg - 63kg. (Kita ambil purata dalam 56.5 kg). Tetapi berat saya 78 kg. Bermakna terlebih 20kg. Mengikut note di atas, setiap pertambahan 10 kg kena tambah 1.5 liter. Ini bermakna:
3 liter + (1.5*2) = 6 liter!!

+Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan:
Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll ataupun cara mudah masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup.

Main air








Memang pantang jumpa air. Tak boleh dibiokan dia sensorang kat dalam bilik air. Ni la jadinya. Habes 1 botol showercream yg baru beli...huhuhuuuuuuh....... INGAT TU! JANGAN BIO ANAK MANDI SORANG-SORANG...BAHAYA !!. Ni depan mata kita dia buat keje ni....

Thursday, July 5, 2012

PENTINGNYA MINUM AIR KOSONG

Kenapa pentingnya air dalam badan. Dah tentu2 9/10 dalam badan adalah air. Darah tu kan cecair. Tapi tak ramai yang sedar hakikat nak kene minum banyak air kosong. Lebih gemor amik air yang manis-manis. Temasuk la aku...(kikikiki) aptb KAKAKAA...

Korang tahu tak tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
Mestitak tau kan.

Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita je mengandungi 90% air
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian

*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong
sekurang-kurangnya 1 liter.
  
Camana tau? Eh korang nih ada banyak maklumat kesihatan yang kita boleh cari di Internet tinggal korang carik jer. Tapi tak ramai yang suka nak minum air masak alasannya sebab dorang malas nak pegi kencing.  Ek eleh, kalau dah minum air banyak memang la terkencing-kencing. Baguslah tu, cuci buah pinggang. Ke korang lagi suka kalau kencing sikit jer. Tu pasal la toksin melambak2 dalam badan.
Tak kira la korang sememangnya dah kurus ke badan tembam ke pastikan korang minum air kosong banyak2 tau. Jangan ingat orang kurus takde penyakit plak. 
Banyakan minum air kosong ni tak rugi la. Jimat. 


Tips nak minum air kosong.

Tak kira la kat rumah ke kat opis ke cuba jadikan minum air kosong ni satu amalan. Payah kan nak minum sebab rasa kosong jer betul tak?  
Sekurang-kurangnya beli la botol air yang cantik-cantik untuk korang angkut bawak ke pejabat ke atau kat umah. 
beli la botol camni ke
tak suka kunin ada merah...sexy kan3
Bukanlah suh minum sekali harung, tapi minum la sikit2. Selang setengah jam ke. Lama-lama ok la tuh. Jangan la pakai botol air mineral ajer, cuba la beli botol-botol yang cantik-cantik sikit. Barulah perasaan nak minum tu datang. Barulah ada feel. hahaha pastu dengor lagu KOSONG NAJWA LATIF...kikikikiki

tak suka merah ada hijau per....meh le beli

Apa korang ingat bercinta je kene ada feel, minum air pun nak kene ada feel maa.. hahahah...ok jangan lupa beli botol air baru yer....kalau nak order ngan mak pun buleh...muahahhaha jangan lupa ongkosnya...


 

Back to top

Wednesday, July 4, 2012

DOA KETIKA HAID





Ertinya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.
Riwayat daripada Saiyidina Aishah r.a dari kitab Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar yang dikarang oleh  Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi ;
” Tidak ada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (di atas) pada hari yang pertama, maka menulis Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas titian Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid. manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.”

AYAM PANGGANG KE


Sebenarnya rasa teringin nak makan kat Kennys Rujers tu dah lama tapi tak kesampaian, olehkerana arini tak koje semangat untuk memasak berkobar-kobar apatah lagi semalam baru je dok belek2 buku resepi dan tengok blog-blog yang banyak buat ayam panggang ni. 

Biras mak dulu pun rajin buat pastu rajin panggil aku datang merasa makan dan sorang membe Shasha namanya pun suke memasak n kalau dia masak dia akan antor hasil masakannya ke rumah. Merasa la tekak masakan yang sedap2... 

Nak kata mak ikot memana resepi sangat tu idakla juga, sebab kebanyakkannya banyak rempah yang memang kat umah ni tak simpan. Jadi gaul jer ayam tu dengan serbuk kunyit, sos tiram, gula sikit, lada itam sikit, dengan bawang putih yang dah diblend. Perap dalam 2 jam pastu kite bakor2 sampai masak.

Brown sos (iyer ke) main gasak jer buatnye. Pakai sos tiram jer, letak lada itam sikit pastu pekatkan kuah pakai tepung gandum jer. kikiki punyalah malas nak cari tepung jagung.

Paling senang buat kentang lenyek ni rupenyer....rebus jer sampai masak, pastu lenyek2 letak 2sudu planta n susu sikit. Dah siap...memang sedap ler (kekekeke puji diri sendiri ) kakakakakaka.......Jadila kn nak makan satu famili. Tu pun mak je yg banyak makan.....hahahahhahaha.....Pasni nak masak lagi la.....

BISKUT RAYA


Tak lama je lagi dah nak bulan posa pastu raya. Sempena sebelum puasa ni tekak mak dah mengada-ngada nak makan biskut raya ni hah. Peberet mak sejak tahun lepas nih. Hehehehe....memang antara yang tersedap la. Best in the world....muahahahaha..... Meh makan biskut raya walaupun lum posa lagi. 

Nampak tu, gebu-gebu tepung susu tu. memang marbeles.....nyum nyum nyum.... Satu bekas utk 1 hari aje....hahahahahha(tipu je) mau kencing manis kalau makan semua kang.....Ni simpanan sampai posa. Raya sok beli lain la....

Hmmmmm....dapnyer......

Ni pun sedap gak tapi nih anak-anak dan bapak budak yang suka.


Sunday, July 1, 2012

GO GO GREEN PROGRAM



Sebenornyer nak buat entry ni lama dah tapi disebabkan masalah teknikal terlupa plak nak masukkan. Ni bile ada kesempatan barula cite ni dipublishkan. Kualiti gambor pun kurang cantik sebab pakai hp biasa jer..Jadila kan2.

tolong tgk je ke?

Sempena Hari Program GO GO Green kat Taska budak-budak ni, pihak Taska mohon kerjasama ibubapa untuk membawa sepasu dua pokok bunga bagi mengindahkan lagi Taska nih.

rajin bapak budak ni

Olehkerana abes keje jam 5.30 apalagi mak terus bergegas ke Taska ler, sib bek la ayahnya dah sampai dulu menghulurkan keringat jadi takper ler mak lambat sikit.

posing bersama pokok masing2

Ramai gak ibubapa yang hadir untuk sama-sam melibatkan diri dalam aktiviti bersama anak-anak. Tahniah diucapkan kepada merek yang hadir. Barulah bestkan...
icha best prend kippi

Masing-masing sibuk nak tanam pokok dalam pasu dan nak siram pokok bunga.
Kippi plak segan silu nak siram pokok konon-konon. Maklumlah ramai sangat orang kot selalu tu teace2 jer ngan umi. Arini semua ada.
apa la ayah uat ni

Ada sorang parent bawak anak pokok Longan. Umi suh tanam kat kawasan tepi belakang dapur. Esok dah berbuah leh la kita ramai2 datang makan yer.

yeaaa kita plak
 Semua nak tolong tanam. Seronok dapat pegang tanah la tuh.
pokok2 cepat besar tau

 Lepas tanam pokok rasa lapar plak jom  kita makan plak.
lapar la 



Ni pokok GARUDA Kippi.


Taska Penyayang ni ada banyak juga aktiviti. Rajin ngan idak jer nak turut serta, tapi seeloknya join la kan, selain dapat beramah mesra di antara satu sama lain n saling kenal mengenal kita dpat juga bekerjasama mengindahkan, memberi idea kepada pihak Taska. Syabas kepada semua yang terlibat lenkali kita gotong royong lagi. 


SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts