CARIAN ANDA

Thursday, July 5, 2012

PENTINGNYA MINUM AIR KOSONG

Kenapa pentingnya air dalam badan. Dah tentu2 9/10 dalam badan adalah air. Darah tu kan cecair. Tapi tak ramai yang sedar hakikat nak kene minum banyak air kosong. Lebih gemor amik air yang manis-manis. Temasuk la aku...(kikikiki) aptb KAKAKAA...

Korang tahu tak tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
Mestitak tau kan.

Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita je mengandungi 90% air
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian

*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong
sekurang-kurangnya 1 liter.
  
Camana tau? Eh korang nih ada banyak maklumat kesihatan yang kita boleh cari di Internet tinggal korang carik jer. Tapi tak ramai yang suka nak minum air masak alasannya sebab dorang malas nak pegi kencing.  Ek eleh, kalau dah minum air banyak memang la terkencing-kencing. Baguslah tu, cuci buah pinggang. Ke korang lagi suka kalau kencing sikit jer. Tu pasal la toksin melambak2 dalam badan.
Tak kira la korang sememangnya dah kurus ke badan tembam ke pastikan korang minum air kosong banyak2 tau. Jangan ingat orang kurus takde penyakit plak. 
Banyakan minum air kosong ni tak rugi la. Jimat. 


Tips nak minum air kosong.

Tak kira la kat rumah ke kat opis ke cuba jadikan minum air kosong ni satu amalan. Payah kan nak minum sebab rasa kosong jer betul tak?  
Sekurang-kurangnya beli la botol air yang cantik-cantik untuk korang angkut bawak ke pejabat ke atau kat umah. 
beli la botol camni ke
tak suka kunin ada merah...sexy kan3
Bukanlah suh minum sekali harung, tapi minum la sikit2. Selang setengah jam ke. Lama-lama ok la tuh. Jangan la pakai botol air mineral ajer, cuba la beli botol-botol yang cantik-cantik sikit. Barulah perasaan nak minum tu datang. Barulah ada feel. hahaha pastu dengor lagu KOSONG NAJWA LATIF...kikikikiki

tak suka merah ada hijau per....meh le beli

Apa korang ingat bercinta je kene ada feel, minum air pun nak kene ada feel maa.. hahahah...ok jangan lupa beli botol air baru yer....kalau nak order ngan mak pun buleh...muahahhaha jangan lupa ongkosnya...


 

Back to top

11 comments:

QueeN TerataI said...

betul la tu.. mmg sush nk minum air kosong ni kalau kena minum dlm cawan.. solutionnya beli botol cantik2 mcm tu then usunglah ke mana saja.. confirm mesti minum air kosong tu.. peliknya rasanya sama je kan minum dlm cawan atau botol.. problemnya kalau minum dlm cawan ni rasa cam xleh nak telan jer.. pelikkan?

Emma said...

botol air pun ko jual mak....hebat hebat.....yup saya masih dalam kempen minum air kosong

SABARINA said...

yer teruskan kempen minum air kosong tak kira dimana jua anda berada. Skang kat umah pon minum air kosong pakai botol. Baru ada feel gitu ...bila minum air kosng pakai cawan rasa cam tak besh la....muahahahahah

Emma said...

psikology memainkan peranan besar....bekas air pun boleh menjadikan air sedap...hebat!

SABARINA said...

yer, betol apa2 pun kita nak nampak cantik kan, bekas cantik walaupon air kosong rasa sedap jer kan3...

Nurfadzlydia said...

hai.... awak jual botol herbalife 2 liter tu ke? boleh saya beli ngan awak?? emel saya yea.. nurfadzlydia@yahoo.com

Sumijelly Sumi said...

Ada jual ker botol air tu?? Emel saya sumijelly99@yahoo.com.. TThanks

kikin said...
This comment has been removed by the author.
kikin said...
This comment has been removed by the author.
kikin said...

Nak gak botle tu.1 n 2 liter.email noorzaitulashikin@gmail.com

kikin said...
This comment has been removed by the author.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts