CARIAN ANDA

Wednesday, January 26, 2011

KHURAFAT



Ini saya copy cat dari blogs ipar saya Dr Emma. Tajuk di atas sebenarnya takde kena mengena ngan cite Khurafat kat panggung okeh. Cuma entri kali ni saya kongsikan amalan2 khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat kita harini. So layan okeh...


Saya sangat tertarik dengan tajuk pada Harian Metro ruangan fikrah salam. Ni semua tentang tanam uri. Pada yang pernah melahirkan anak dan kepada bapa-bapa yang menerima kelahiran anak, kat mana you all tanam uri tu?

Teringat saya masa melahirkan anak pertama dulu di Manchester, England. Masa tu tahun 2003. Kami kat sana 4 tahun belajar suami isteri. Alkisah selepas melahirkan anak pertama, incik hubby pun mintalah uri (Plasenta) dari nurse nak bawa balik. Nurse pun tanya nak buat apa sebab nurse tu kata kalau tak amik pun dorang akan bakar benda tu. Kerana kawan-kawan kat sana dah pesan takut depa ni amik buat ingredient kosmetik ka, atau mungkin ubat-ubatan, maka kami pun amik bawa balik. Dah sampai rumah, simpan dulu dalam fridge sebab incik hubby tak reti nak basuh. Bila mak n abah sampai dari Malaysia, maka mak pun tulun basuh uri tu dan bungkus dengan kain untuk di tanam. Satu hal pula nak tanam kat mana. Mujurlah rumah sewa kami tu ada sekangkang kera tanah..huk huk huk jenuhlah depa dok cangkui tanah berbatu2 nak tanam uri tu.. selamat kiranya....Anak kedua pun sama jugak.

Anak ketiga saya lahir di Malaysia. Abang n kakak dia panggil Anak 1 Malaysia gitu..eheeee....Lahir di KPJ Selangor, urinya kali ini, ibu mertuaku bagi kawan dia tolong basuh. Kali ni ibu mertuaku yang uruskan dengan bantuan incik hubby.. Dia cakap kena tanak kat depan-depan rumah..ok lah ada tanah luas depan rumah nenel so tanamlah kat situ, pastu dia cakap kena buh pensel , raba (pemadam), esok2 anak ko cepat menulis, membaca bagai. Ha..lagu tu ka...incik hubby kata baik buh tiket kapal terbang juga, manatau dia buleh pi ngaji di luaq negeri ka..ahahahahha..macam-macam no. Kalau anak pompuan kena tanam uri dia tepi2 jalan, mudah dapat jodoh la konon. Pastu pula jangan tanam kat tanah berair satni budak tu kembung pulak.Tudia macam2 tok nenek nih punya petua dan pantang larang.

Yang sebenarnya, uri tu dibasuh sebab tak mau bagi dia berbau yang boleh dihidu oleh anjing ka or binatang2 len. Tanam pun nak bagi dia mudah reput salam tanah tu...so len-len kaedah tu cumalah khurafat belaka....untuk cerita lebih terperinci pi la baca kat metro tu ya...

Ini pun copy paste dari artikel sebuah blog saya kongsikan bersama.

sumber asli daripada: http://blog.nuaeman.com/pengalaman/menguruskan-uri.html
Setelah kelahiran anak kedua aku ni bermakna ini kali kedua jugalah aku membasuh dan menanam uri. Masa mula-mula dulu aku macam tak tahu nak buat apa jugak bila disuruh uruskan uri ni tapi untuk kali kedua ni dan takda masalahla. Ada macam-macam pendapat serta pantang larang yang berkait dengan nenek moyang dalam pengurusan uri ni tetapi aku laksanakan apa yang aku rasakan perlu serta tidak dikategorikan sebagai syirik atau khurafat.
Apa dia uri?
Emm.. selain dipanggil uri ianya disebut juga sebagai tembuni, placenta dan ada juga yang menggelarkannya sebagai qarin. Berkaitan dengan qarin aku kurang pasti kerana apa yang aku tahu qarin adalah satu makhluk yang ada disetiap anak adam apabila lahir. Kiranya macam jin jugaklaa. Tentang uri pula berdasarkan apa yang aku tengok adalah sesuatu yang lahir bersama bayi dan dinasihat supaya diuruskan dengan baik kerana ianya darah daging kita juga. Pada uri tu sendiri pun ada darah dan daging. Kedudukan uri tu boleh kita tengok dalam gambarajah yang kat atas tu. Sampai situ sahaja pemahaman aku. Sekiranya diikutkan ada banyak lagi pemahaman-pemahaman lain tetapi bagi aku macam dah tersasar terlalu jauh hingga boleh menimbulkan syirik pulak.
Membasuh Uri
Ada yang kata tak basuh pun tak menjadi masalah tapi secara rasionalnya bagi aku seeloknya dibasuh dan dicuci dengan bersih (bersih pada kacamata individu). Macam kita urus mayat juga. Bukankah sebelum ditanam ianya dimandikan dulu. Rasanya macam tak selesa pulak kalau nak ditanam dengan darah-darah yang melimpah tu. Biasanya orang lumurkan dengan garam dan asam jawa bagi menghilang bau hanyir. Untuk pengalaman aku sendiri masa first time tengok uri ni dengan darah-darah yang melekat tu macam geli pun ada tapi bia dah mula pegang dan membasuh haa.. masa tu dah tak kira apa dah.. lama jugak proses membasuh untuk menghilangkan darah tu. Apapun segalanya ikut kemampuan sendirila..
Menanam Uri
Sebelum ditanam seeloknya uri tu diletakkan terlebih dahulu didalam sesuatu benda yang memungkinkan binatang tak dapat untuk mencapainya. Jadi mengikut pengalaman aku pulak aku bungkuskan dengan kain bersih ( ada yang guna kain putih macam urus mayat tu) kemudian diletakkan dalam periuk tanah. Tahu apa periuk tanah? heh.. kalau kat kampung-kampung ada juga yang letak dalam tempurung kelapa. Lepas tu cari mana-mana kawasan yang sesuai untuk ditanam. Untuk mereka yang tinggal dibandar mungkin agak sukar nak jumpa tanahkan, jadi kebanyakkan mereka tanam disekitar masjid. Tanam di masjid ni bukan satu kemestian cuma biasanya kawasan masjid ni tanah waqaf jadi takde masalah nak menggali dan menanam. Kalau sebarang-sebarang kawasan nanti ada pulak kena saman. heh. aku tanam depan rumah mak mertua aku jee.. :)
Beberapa hal yang boleh jatuh syirik dan khurafat
Emm.. ini berkenaan proses untuk menanam. Ada yang kata kena letak pensillaa, pakulaa dan kalau nak bagi dia terer main bola letak bola sebijik dalam tu. Huh! Jadi sesiapa yang nak anak jadi macam Bill Gates bolehla letak Laptop satu pastu bagitau aku kat mana korang tanam ye.. Aku dah tanya beberapa ustaz dan menurut mereka benda-benda tu takde kaitan langsung pun tetapi hanya kepercayaan nenek moyang sahaja. Satu lagi pasal nak menanam kena pakai smart, baju kot pastu ada kawasan-kawasan yang spesifik emm.. jangan diikutkan sangat kerana bolah jatuh kepada perlakuan syirik dan khurafat dah tu.



Ini pun  copy paste dari artikel sebuah blog saya kongsikan bersama.

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam  di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.
Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti  jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam  perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.
Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?
“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.
Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.
Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.
Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.
“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah bersungguh sungguh. –
Oleh: Khairunnisa Sulaiman. Foto: Syefry Moniz.
MASTIKA  Oktober 2002
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jika anda bercadang utk  menyebar atau meng’copy’ and ‘paste’  artikel ini
 pastikan anda meletakkan nama penulis  dan penerbit asal artikel ini juga jgn lupa  url asal artikel nya.
Sebarang penerbitan bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran 
bertulis drpd penulis dan penerbit asal artikal ini.
Sebarang saman menyaman drpd pihak  pertama, kedua dan pihak pihak lain adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.

Contoh: 
Penulis: Khairunnisa Sulaiman
Penerbitan asal: Majalah MASTIKA Oktober  2002 
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/18554
 
*jangan kata aku tak bagitau!!
lain-lain sumber asal:

SUMBER:http://whymore.blogspot.com/2011/01/buang-khurafat-tentang-tanam-uri.html

http://www.hmetro.com.my/articles/Buangkhurafattentangtanamuri/Article

Tuesday, January 25, 2011

PELUANG BAIK BISNES DI RUMAH





PeluangBaik.com menyediakan satu platform kepada usahawan-usahawan di dalam Malaysia untuk tampil berada di dalam strategi pemasaran secara online melalui pakej laman web PeluangBaik yang amat berpatutan.
PeluangBaik.com memberi kaedah terbaik di dalam dunia pemasaran secara online. Usahawan yang baru berjinak di dalam dunia perniagaan tidak jauh ketinggalan di dalam menguasai kebaikan pemasaran secara online.

Sehubungan dengan itu, pihak PeluangBaik menawarkan satu pakej eksklusif untuk golongan usahawan di samping itu, mereka juga boleh mengambil peluang dengan menjadikan platform PeluangBaik sebagai salah satu medium perniagaan mereka yang baru.


PeluangBaik.com menyediakan 4 pakej laman web, dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kriteria tersendiri, supaya dapat memenuhi kehendak pelbagai usahawan dilapangan perniagaan di Malaysia.

Platform Yang Disediakan Adalah Sesuai Untuk:-


Laman Web Syarikat
Laman Web Produk
Laman Web Blog
Laman Web Peribadi
Laman Web Pengiklanan


KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT CARI KERJA PARTIME

Monday, January 24, 2011

PETUA RAMBUT ANAK LEBAT

Mesti ramai antara ibu-ibu dan bapa-bapa nak anak-anak mereka rambut tumbuh lebat kan...Hehhehe ada cara dan petua sebenarnya. Lebih elok lagi kalau di amalkan semasa mengandung lagi. Amalkan meminum air mineral kerana air mineral kaya dengan sumber air bersih tanpa klorin. Pemakanan juga amalkan makan daging dan ikan. Kurangkan makan ayam. Makan makanan yang kaya dengan sumber kalsium dan asid folik kerana ianya baik untuk tulang dan otak. Sebab apa, semasa mengandung saya sememangnya tak minum air selain air mineral sebab air paip yang dimasak berbau busuk sangat-sangat.  Kalau minum juga nanti muntah2. Setiap bulan suami belikan air mineral Bleu 2 karton khas untuk saya. Dan masa mengandung, (ini kuasa Tuhan) saya ni mulut kadang-kadang cakap lepas masa mengandung ni kalau tengok perkara-perkara tak elok istigfar panjang-panjang dan jangan bagi komen sesedap mulut ajer ok...kalau sesuatu yang cantik, indah mungkin bagus kot(agaknya). Masa tu kat rumah tengah tengok Konsert  Jom heboh kat TV nampak la satu artis lelaki nih rambut mak aiiii panjangnya ...saya nengok pun rimas... saya tanya suami tak rimas ke budak ni rambut terkirai2 tutup muka....iskk3  tu la antara ayat-ayat saya yang tak boleh blah. Tu pasal bila anak ke dua saya lahir rambutnya sebijik cam artis yang saya dok kata tuh....  yang elok Allah nak bagi syukur alhamdulillah...
ni lah dia artist tuh ...

ni la anak saya aqiefiee...sama tak??ni masa 4 bulan tak cukur rambut lagi ni


2 bulan pertama pemakanan saya agak teruk sebab tak boleh makan makanan yang biasa saya makan dan saya cuma makan roti Gardenia, Jem strawberi, Kacang Panggang dalam tin sahaja. Ianya berlarutan sehingga ke usia kandungan saya mencecah 5 bulan. Akak hanya boleh makan nasi selepas kandungan masuk 6 bulan masa tu rasa syukur sangat dan happy sangat2 sebab dah boleh makan nasi. Yahuuuuu...

Cara yang ini pula boleh diamalkan selepas kelahiran bayi. Rambut bayi biasanya tipis sehingga terlihat kurang menarik. Untuk itu ada cara alami untuk membuatnya menjadi lebat tanpat bahan kimia yang dapat memberikan efek samping yang tidak baik bagi anak bayi kita. Diharapkan rambut sang buah hati kita bisa tumbuh banyak, panjang, rapi, lebat, dan subur.Gunakan air kelapa yang sudah tua lalu usapkan di sekitar kepala bayi yang akan ditumbuhi rambut. Setelah dioles air kelapa tua biarkan beberapa saat lalu bersihkan dengan membilas dengan air bersih hangat. Cara ini dilakukan di pagi dan sore hari agar bisa berhasil. Jika tidak berhasil hentikan cara ini dan jangan dipaksakan. Semoga berhasil.

DAMPING MALAM ???


AHah entri kali ni seram sikit bunyinyer kalau takut Jangan Baca Waktu malam oK....

Apa sebenarnya dimaksudkan dengan pendamping ni? Kalau korang nak tau details hah ni akak kongsikan dengan korang serba sedikit info tentang benda ni...

Pendamping....Suatu gelaran yang diberi kepada Jin yang mengikuti seseorang samada diketahui atau tidak...

Pendamping kepada 4 jenis....

a) Dampingan Teman - Biasa dampingan begini di beri oleh orang tua-tua semasa depa hidup..tidak dikira saka kerana mereka di amanahkan semasa hidup...macama pembahagian harta le pulok... Pemilik baru mungkin tahu atau tidak...Biasa kalau cucu ingin merantau memang selalu dibekalkan Pendamping oleh Ahli keluarga...Kalau tak percaya scan pendatang dari negara jiran...Perghhh banyak

b) Dampingan Ikutan - Dampingan begini biasa mengikut secara diam2 setelah kita melewati sesuatu daerah yang angker...Dampingan begini boleh pergi sendiri setelah beberapa lama, namaun ada juga yang nak lepak terus...Dampingan boleh juga dari sebab mereka (JIN) suka kepada seseorang yang kononnya baik dan lurus..biasa orang yang lurus bendul amat suka didampingi bunian...Biasa mereka masuk kedalam mimpi menawarkan perlindungan dan kehebatan dunia samada menjadi bomoh atau pendekar...Namun banyak pantang larangnya dan kaedah memanggilnya...

c) Dampingan Penuntutan - Dampingan dari amalan atau ritiual tidak kira untuk perubatan atau Silat. Penuntut mungkin tahu atau tidak...Yang pasti biasanya dampingan ini akan menyerupa Wali dan lazimnya Wali Songo...Maka terpedaya lah mereka...Maka mana2 bomoh atau guru yang mengaku didampingi Wali Songo...sepak aje...


d) Salah Emak Bapak - Ini kerap terjadi.......itulah ustaz kata sebelum bersama baca doa...kalau tidak nanti ada makhluk lain yang menyetubuhi isteri anda... So agak2 makhluk lain tu klimak ke tak ? Bercampur tiga benih...AYAH, IBU dan dot..dot..dot


Membezakan antara keempat PENDAMPING serta SAKA dan SIHIR memerlukan kepakaran tersendiri...bukan main hentam keromo je macam seorang perawat di Paya Jaras...Pendamping dikatakan saka..last2 bini sendiri yang sedang sakit dirasuki JIN yang melompat/berpindah dari pesakit terus masuk hospital... Sepatutnya kunci le dahulu...baru JIN tak melompat merasuk orang sekeliling...

Pendamping ada yang boleh disuruh ada yang tidak dan ada yang memandai je terus buat tanpa arahan tuan......

a) Jenis yang memandai je ni yang leceh...terdiri dari jenis yang di ketahui atau tidak oleh pemiliknya...misalnya kalau pemilik tersebut menyumpah mat rempit yang2 tiba2 rammm dan whelley motor depan dia...dan dia terkejut..lantas menyumpah..jatuh ko nanti...Pasti mat rempit tu akan tergolek dog...Ramai orang ingat cakap masin...bukan...pendamping tu yang pandai2 je pi block motor tu..maka mereka yang selalu menyumpah terjadi begini...Jangan Pandang Belakang

 SUMBER :http://darulsaka.blogspot.com/2009/07/den-tongah-fikir.html

Pendamping manusia



Mimpi merupakan sebahagian daripada permainan tidur dan menjadi lebih dramatik apabila roh orang yang telah meninggal dunia tiba-tiba menjelma dalam mimpi.
Malah tidak kurang juga yang menganggap mimpi sebagai medium untuk seseorang dari alam lain memberitahu sesuatu kepada mereka yang masih hidup.
Kita juga biasa mendengar pengamal perubatan tradisional atau bomoh memperoleh ilmu, petunjuk atau ilham daripada roh para guru mereka menerusi mimpi.
Dalam satu senario lain, orang tua-tua menceritakan bagaimana roh orang yang telah meninggal dunia balik ke rumah untuk melihat ahli keluarganya yang masih hidup di dunia.
Pemujaan
Penjelmaan semula roh bukan sahaja dipopularkan oleh filem-filem Asia dan Hollywood seperti Ghost lakonan Demi Moore, bahkan meresap jauh ke dalam sanubari sebahagian masyarakat Melayu beragama Islam.
Persoalannya, apakah sebenarnya yang dikatakan roh itu dan bagaimana ia boleh muncul semula di alam nyata?
“Apa yang didakwa roh itu sebenarnya qarin iaitu pendamping manusia yang terdiri daripada golongan jin.
“Qarin itulah yang selalu dipanggil dan dipuja dalam pelbagai acara pemujaan.
“Kadangkala qarin itu boleh menjelma dalam mimpi dengan menyerupai orang yang telah mati,” kata pengamal perubatan Islam terkenal, Dr. Amran Kasimin.
Penjelasan itu membuka dimensi baru mengenai qarin dan roh yang sering saja disalahertikan.
Dalam bahasa Arab, qarin bermakna ‘teman’ atau ‘rakan’.
Apa yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak dari kelahiran seseorang bayi sehinggalah dia meninggal dunia.
Orang mati
“Sekiranya ada orang mendakwa mendapat mimpi tentang kehadiran seseorang yang telah meninggal dunia, itu sebenar adalah jelmaan qarin dan bukan roh si mati,” ungkap Amran.
Merungkai salah tanggapan masyarakat Melayu khususnya mengenai roh, Amran menjelaskan bahawa tidak berlaku sama sekali pertemuan antara alam roh dan alam nyata.
Jelas Amran, roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali bergaul dan berbual-bual seperti biasa dalam kehidupan harian manusia termasuk melalui mimpi.
Tambahnya, alam roh dan alam manusia yang nyata ini tidak akan bertembung sama sekali kerana terdapatnya alam barzakh yang menjadi pemisah.
“Justeru, tidak terjadi perkara roh naik atau turun pada waktu-waktu tertentu seperti yang dipercayai oleh kita selama ini.
“Apa yang kita lihat itu sebenarnya qarin,” tegasnya.
Menjelaskan lebih lanjut, Amran berkata, terdapat perbezaan jelas antara syaitan, jin dan qarin.
“Jin ini ada daripada golongan kafir dan ada pula yang beriman.
“Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, syaitan dan qarin,” jelas Amran.
Mengaitkan antara jin dan amalan pemujaan oleh bomoh bahkan kaki ekor, Amran memberitahu, sudah menjadi sifat qarin untuk membuatkan manusia percaya terhadap perkara khurafat seperti itu.
Ungkapnya, apa yang berlaku ketika amalan menurun ialah bomoh menggunakan jin untuk memberitahunya apa yang sedang berlaku sahaja.
Kembar
“Bagi perkara-perkara yang lepas, bomoh tersebut mengetahuinya melalui qarin. Ini kerana qarin adalah satu-satunya makhluk yang paling akrab dengan manusia.
“Dia seperti menjadi kembar manusia dan kerana itulah qarin boleh memberitahu perkara lampau mengenai seseorang,” kata Amran.
Bukan sekadar itu, keberkesanan amalan sihir yang menggunakan darah orang mati dibunuh juga berlaku atas ‘campur tangan’ qarin si mati.
Menyentuh mengenai gambaran qarin, Amran menjelaskan ia sesuatu yang di luar kemampuan manusia untuk menzahirkannya melalui pemikiran biasa.
Namun menurutnya, kemungkinan qarin menyerupai manusia kerana secara logiknya, ia umpama kembar manusia.
Qarin sentiasa berada di samping manusia. Kerana itu dia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang berkenaan.
“Qarin tidak seperti jin atau syaitan lain yang menjelma sebagai haiwan atau pokok kerana ia secara harfiahnya adalah pendamping manusia,” kata Amran.
Apa yang jelas, kewujudan qarin sama seperti jin dan syaitan lain iaitu berusaha untuk menyesatkan manusia sehinggalah manusia itu meninggal dunia, barulah qarin ini akan terpisah dengan manusia.
Hal ini turut ditegaskan dalam hadis Riwayat Ahmad dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap kamu ada qarin daripada golongan jin dan juga qarin golongan bangsa malaikat.
“Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qarin itu dapat aku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan.”

SUMBER :http://berita-harian-online.com/pendamping-manusia/

DRAMA TIRA MISU BEST SANGAT KE?



Hah saper yang ada tgk cite slot akasia TV3 jam 7 malam Isnin - Khamis....
Apa pendapat korang cite Tiramisu nih...Akak suka pelakon-pelakon cite ni sebab semuanya favorite artis akak. Barisan pelakon terdiri daripada  Pierre Andre, Sharifah Amani, Noni AF, Zain Ruffegde, Tania Hudson(nyampah aku ngan pompuan ni watak ni memang sesuai ngan dia), Sheila Mambo dan yang paling menarik sekali adalah adik Mia Sara Nasuha! Best kan semua pelakonnya. Terutama Pierre Andre dan Sharifah Amani adalah favorite saya. Memang best dengan perangainya yang giler2 sikit tu... Sharifah Amani memegang watak Melur so cute cute sangat.


cute2

Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

hensem konon hihihik

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Jeng3 nantikan episod seterusnya....Jangan lupa..



PAYUDARA PANJANGKAN USIA LELAKI


HAHAHAHAHHAHAHA ... betuahnyer tajuk kali ni rahsia bagaimana lelaki boleh hidup lebih lama lagi....heheheheh jgn tak caya...percayalah.
Mengikut 1 kajian yang dijalankan merenung payudara selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki 5-6 tahun. Mak aiiii kemain lagi statement dia...Korang rasa camana???
Pasni aku gerenti ramai yang mencuci mata mereka dengan merenung payudara2 yang terdedah luas dipasaran...hahahahahahhahahahahaha percayalah cakap akak ni weii....

takla besar sangat pun hhhehehe

Wahai encik lelaki kalau dah kawin tu alhamdulillah dah ada tempat atau port yang halal utnuk di tatap setiap hari. bagi yang masih bujang huhhuhuhhh pepandailah korang nak idup lama...jangan idup taklama kene pukul sebab dok intai buah dada orang sudah la yer....huhuhuh..

TIPS MEMANTAPKAN DIRI

 

TIPS MOTIVASI DIRI saya copy dari email saya kiriman Irfan Khairi. 
Tak susah sebenarnya nak memotivasikan diri kalau kita benar-benar nak ubah hidup kita. Kita tak mampu nak ubah dunia tapi kita boleh cuba ubah diri kita. Jangan cepat mengalah kalau kita belum benar-benar mencuba.  Gagal sekali tak bererti kita akan gagal sekali lagi. Usaha tanggan kejayaan. Betul kan!!Hah pandai pun apalagi pasni jangan malas2 ok...jadi kenalah jadi orang yang rajin dan bersemangat...(camla aku rajin sangatkan...heheheh.)
Cari "pesaing" yg JAUH lebih hebat untuk bersaing. tak kira, dlm perniagaan & kerier. kalau jual burger, letak McD sebagai pengukur utk menyaingi. Kalau jual tudung kecil2an, letak Tudung Ariani sbg pesaing. Kalau seorang jurugambar, letak nama2 jurugmbar hebat sbg "pesaing". Bila letak diri dgn pengukur yg lebih hebat, kita akan lebih kreatif dlm perhebatkan diri kita


Push your limit. kalau kerja 1 minggu, boleh tak dilakukan dalam 1 hari. kalau selalu target untung RM1,000, cuba target untung RM10,000. kalau selalu hasil biasa-baisa sahaja boleh tak kali ni hasilkan yg terhebat. adakalanya kita perlu paksa diri kita utk "push to the limit". memang susah utk dilakukan, tetapi, kepuasannya sekira berjaya... kita je dapat merasai ;)


Dalam apa sahaja kita lakukan, kita tidak dapat untuk memuaskan hati semua pihak. tentunya ada yang suka, ada yang tak suka. ada yang sokong, ada yang benci. Semuanya berpasangan ;) Ambil semua yang positif, dan buang segala yang negatif!

Kejayaan kita hari ini bergantung kepada keputusan kita mungkin 3-5 tahun yang lalu. Oleh itu, kejayaan kita 3-5 tahun akan datang pastinya bergantung kepada keputusan-keputusan yang kita lakukan hari ini! Hidup & kejayaan kita adalah berdasarkan keputusan yang kita lakukan.
Bina pada kekuatan anda untuk capai kejayaan yang anda inginkan. setiap insan mempunyai kekuatan dan keistemewaannya tersendiri. yakin pada kebolehan diri sendiri dan tak perlu ikut orang lain- build on your strength! Cara paling pantas untuk mencapai kejayaan adalah dengan membina pada apa yang kita sedia ada & ketahui!

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts