Ini saya copy cat dari blogs ipar saya Dr Emma. Tajuk di atas sebenarnya takde kena mengena ngan cite Khurafat kat panggung okeh. Cuma entri kali ni saya kongsikan amalan2 khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat kita harini. So layan okeh...
Saya sangat tertarik dengan tajuk pada Harian Metro ruangan fikrah salam. Ni semua tentang tanam uri. Pada yang pernah melahirkan anak dan kepada bapa-bapa yang menerima kelahiran anak, kat mana you all tanam uri tu?
Teringat saya masa melahirkan anak pertama dulu di Manchester, England. Masa tu tahun 2003. Kami kat sana 4 tahun belajar suami isteri. Alkisah selepas melahirkan anak pertama, incik hubby pun mintalah uri (Plasenta) dari nurse nak bawa balik. Nurse pun tanya nak buat apa sebab nurse tu kata kalau tak amik pun dorang akan bakar benda tu. Kerana kawan-kawan kat sana dah pesan takut depa ni amik buat ingredient kosmetik ka, atau mungkin ubat-ubatan, maka kami pun amik bawa balik. Dah sampai rumah, simpan dulu dalam fridge sebab incik hubby tak reti nak basuh. Bila mak n abah sampai dari Malaysia, maka mak pun tulun basuh uri tu dan bungkus dengan kain untuk di tanam. Satu hal pula nak tanam kat mana. Mujurlah rumah sewa kami tu ada sekangkang kera tanah..huk huk huk jenuhlah depa dok cangkui tanah berbatu2 nak tanam uri tu.. selamat kiranya....Anak kedua pun sama jugak.
Anak ketiga saya lahir di Malaysia. Abang n kakak dia panggil Anak 1 Malaysia gitu..eheeee....Lahir di KPJ Selangor, urinya kali ini, ibu mertuaku bagi kawan dia tolong basuh. Kali ni ibu mertuaku yang uruskan dengan bantuan incik hubby.. Dia cakap kena tanak kat depan-depan rumah..ok lah ada tanah luas depan rumah nenel so tanamlah kat situ, pastu dia cakap kena buh pensel , raba (pemadam), esok2 anak ko cepat menulis, membaca bagai. Ha..lagu tu ka...incik hubby kata baik buh tiket kapal terbang juga, manatau dia buleh pi ngaji di luaq negeri ka..ahahahahha..macam-macam no. Kalau anak pompuan kena tanam uri dia tepi2 jalan, mudah dapat jodoh la konon. Pastu pula jangan tanam kat tanah berair satni budak tu kembung pulak.Tudia macam2 tok nenek nih punya petua dan pantang larang.
Yang sebenarnya, uri tu dibasuh sebab tak mau bagi dia berbau yang boleh dihidu oleh anjing ka or binatang2 len. Tanam pun nak bagi dia mudah reput salam tanah tu...so len-len kaedah tu cumalah khurafat belaka....untuk cerita lebih terperinci pi la baca kat metro tu ya...
Ini pun copy paste dari artikel sebuah blog saya kongsikan bersama.
sumber asli daripada: http://blog.nuaeman.com/pengalaman/menguruskan-uri.html
Setelah kelahiran anak kedua aku ni bermakna ini kali kedua jugalah aku membasuh dan menanam uri. Masa mula-mula dulu aku macam tak tahu nak buat apa jugak bila disuruh uruskan uri ni tapi untuk kali kedua ni dan takda masalahla. Ada macam-macam pendapat serta pantang larang yang berkait dengan nenek moyang dalam pengurusan uri ni tetapi aku laksanakan apa yang aku rasakan perlu serta tidak dikategorikan sebagai syirik atau khurafat.
Apa dia uri?
Emm.. selain dipanggil uri ianya disebut juga sebagai tembuni, placenta dan ada juga yang menggelarkannya sebagai qarin. Berkaitan dengan qarin aku kurang pasti kerana apa yang aku tahu qarin adalah satu makhluk yang ada disetiap anak adam apabila lahir. Kiranya macam jin jugaklaa. Tentang uri pula berdasarkan apa yang aku tengok adalah sesuatu yang lahir bersama bayi dan dinasihat supaya diuruskan dengan baik kerana ianya darah daging kita juga. Pada uri tu sendiri pun ada darah dan daging. Kedudukan uri tu boleh kita tengok dalam gambarajah yang kat atas tu. Sampai situ sahaja pemahaman aku. Sekiranya diikutkan ada banyak lagi pemahaman-pemahaman lain tetapi bagi aku macam dah tersasar terlalu jauh hingga boleh menimbulkan syirik pulak.
Membasuh Uri
Ada yang kata tak basuh pun tak menjadi masalah tapi secara rasionalnya bagi aku seeloknya dibasuh dan dicuci dengan bersih (bersih pada kacamata individu). Macam kita urus mayat juga. Bukankah sebelum ditanam ianya dimandikan dulu. Rasanya macam tak selesa pulak kalau nak ditanam dengan darah-darah yang melimpah tu. Biasanya orang lumurkan dengan garam dan asam jawa bagi menghilang bau hanyir. Untuk pengalaman aku sendiri masa first time tengok uri ni dengan darah-darah yang melekat tu macam geli pun ada tapi bia dah mula pegang dan membasuh haa.. masa tu dah tak kira apa dah.. lama jugak proses membasuh untuk menghilangkan darah tu. Apapun segalanya ikut kemampuan sendirila..
Menanam Uri
Sebelum ditanam seeloknya uri tu diletakkan terlebih dahulu didalam sesuatu benda yang memungkinkan binatang tak dapat untuk mencapainya. Jadi mengikut pengalaman aku pulak aku bungkuskan dengan kain bersih ( ada yang guna kain putih macam urus mayat tu) kemudian diletakkan dalam periuk tanah. Tahu apa periuk tanah? heh.. kalau kat kampung-kampung ada juga yang letak dalam tempurung kelapa. Lepas tu cari mana-mana kawasan yang sesuai untuk ditanam. Untuk mereka yang tinggal dibandar mungkin agak sukar nak jumpa tanahkan, jadi kebanyakkan mereka tanam disekitar masjid. Tanam di masjid ni bukan satu kemestian cuma biasanya kawasan masjid ni tanah waqaf jadi takde masalah nak menggali dan menanam. Kalau sebarang-sebarang kawasan nanti ada pulak kena saman. heh. aku tanam depan rumah mak mertua aku jee..
Beberapa hal yang boleh jatuh syirik dan khurafat
Emm.. ini berkenaan proses untuk menanam. Ada yang kata kena letak pensillaa, pakulaa dan kalau nak bagi dia terer main bola letak bola sebijik dalam tu. Huh! Jadi sesiapa yang nak anak jadi macam Bill Gates bolehla letak Laptop satu pastu bagitau aku kat mana korang tanam ye.. Aku dah tanya beberapa ustaz dan menurut mereka benda-benda tu takde kaitan langsung pun tetapi hanya kepercayaan nenek moyang sahaja. Satu lagi pasal nak menanam kena pakai smart, baju kot pastu ada kawasan-kawasan yang spesifik emm.. jangan diikutkan sangat kerana bolah jatuh kepada perlakuan syirik dan khurafat dah tu.
Ini pun copy paste dari artikel sebuah blog saya kongsikan bersama.
Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.
Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.
Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?
“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.
Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.
Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.
Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.
“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah bersungguh sungguh. –
Oleh: Khairunnisa Sulaiman. Foto: Syefry Moniz.
MASTIKA Oktober 2002
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jika anda bercadang utk menyebar atau meng’copy’ and ‘paste’ artikel ini
pastikan anda meletakkan nama penulis dan penerbit asal artikel ini juga jgn lupa url asal artikel nya.
Sebarang penerbitan bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran
bertulis drpd penulis dan penerbit asal artikal ini.
Sebarang saman menyaman drpd pihak pertama, kedua dan pihak pihak lain adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
pastikan anda meletakkan nama penulis dan penerbit asal artikel ini juga jgn lupa url asal artikel nya.
Sebarang penerbitan bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran
bertulis drpd penulis dan penerbit asal artikal ini.
Sebarang saman menyaman drpd pihak pertama, kedua dan pihak pihak lain adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:
Penulis: Khairunnisa Sulaiman
Penerbitan asal: Majalah MASTIKA Oktober 2002
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/18554
*jangan kata aku tak bagitau!!
Penulis: Khairunnisa Sulaiman
Penerbitan asal: Majalah MASTIKA Oktober 2002
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/18554
*jangan kata aku tak bagitau!!
lain-lain sumber asal:
SUMBER:http://whymore.blogspot.com/2011/01/buang-khurafat-tentang-tanam-uri.html
http://www.hmetro.com.my/articles/Buangkhurafattentangtanamuri/Article
No comments:
Post a Comment