CARIAN ANDA

Thursday, July 26, 2012

Bonus Raya Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Kerajaan





ALHAMDULLILLAH, rezeki di Bulan Ramadan .....seronoknya dapat bonus.Tq PM....macamanapun berbelanjalah dengan berhemah, yang pastinya diluar sana para peniaga pun tumpang gembira nak tolong perabiskan duit n amik kesempatan menaik harga barang. Kepada para peniaga janganlah amik kesempatan yer, bukan banyak mana pun kesian la kat yg xdpt bonus tu..



Tuesday, July 24, 2012

Subhanallah! Sungai Berwarna Biru Di Costa Rica



  • Share

Sebuah sungai yang dikenali sebagai ‘The Celeste’ yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela. 

Sungai ini mempunyai air sungai yang berwarna biru disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini..Jom lihat gambar di bawah ini.

Memang jelas sungai ini kelihatan cantik walaupun perubahan ini berlaku atas tindakbalas kimia semulajadi. Dikatakan juga fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu. Jadi, jika kita terlihat atau nampak sesuatu benda yang luar biasa, hendaklah kita sentiasa memuji ciptaan Allah SWT.

 



 sumber

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam




  • Share

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.


Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.


Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.  Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
  1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.



RAMADAN PERTAMA

Selamat Berpuasa Semua dan Salam Ramadhan yang penuh dgn keberkatan. Biasalahkan menjelang bulan puasa dh tentu ramai yng pulang berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Tk terkecuali mak ni. Syukurlah rumah makmentua mak tu hanya sekangkang kera jer. 

Olehkerana, Bazar Ramadan dekat jer ngan umah, mak pun pergila menyoping beli makanan yg diorder oleh suami, anak, adik ipar n anak sedara. Maklomlah firstday ni memang sakan orang meniaga dan juga orang yang nak membeli.... huhuhuhhuh....parking kereta n parking motor semuanyer full.

Nasib baikla i jalan kaki jer....penat sikit jerler. Memang pelbagai aneka juadah yang tak terlarat nak tengok la, dari Nasi beriani, nasi arab, nasi ayam, nasi kerabu, sate, ayam percik, kuih muih, air perkhhh tak terlarat nak tengok korang tengok sendiri la ek...

Ni adalah lokasi Bazar Ramadan Simpang 4 di Kg. Sungai Udang Klang, memang happening la Bazar Ramadan kat sini. 




waduh2 nasi beriani, mesti sedap ni ptg ni kta terai


huh sayup2 dari jauh nengok la orang parking motor ikut suka

ayam bakor ke ni

ni nasi ayam berempah memang terbaek wokk my peberet

murtabak ni paling sedap kalau nak beli kene beratur la

otak-otak....zombie suka ni


ayam percik2...

nampak seksi betol ayam percik ni marbeles

air tebu yang menyegarkan...

cendol

sate

kebaboo

ehhh cik hamid ada la....peace...

air naga....mengancam sukma kalernya ko

ahah ayam masak merah kat sini sedap tau

ayam masak merah


nasi arab...

kuew tiaw kawah


ramai dah umat datang

parking motor full

hasil yang dibawa pulang... sekian tq

D.I.Y WALLPAPER PROJEK

Salam semua, heheheh kali ni mak wat projek kemas dapur. Disebabkan dinding dapor dah naik kotor kene minyak segala masa memasak, jadi nak makeup kasi lawa sikitla. Maklumlah dah bertahun wallpaper free ni dok tercongok kat dalam lemari tak terusik pun. Oleh kerana semangat mengemas dah memuncak mak pun dengan rajinnnya mencari bahan-bahan sampingan yang diperlukan untuk memasang wallpaper nih.

Lagipun guna wallpaper lagi senang dari ngecat kan...

Barang-barang yang diperlukan antaranya ialah,


kene la ada wallpaper atau kertas dinding, tp kalau nakpakai kertas suratkhabar , sukati korang la kan3...


Gam ni, hampeh, dah aku guna banyak2 pun taknak melekat betul2 kat dinding, ngabeskan duit jer pegi beli.
 Scrapper, untuk meratakan kertas kat dinding nanti. Tapi aku tak guna sangat pun.

Roller cat, senang nak roll gam n roll kat dinding atau wallpaper nanti.

Menatang ni bagus, lepas jer tampal kertas dinding gunakan mende utk gosokkan kertas dinding bagi gam2 kat kertas tu merata pada dinding.
Ni la pengganti gam tadi, sib bek la ada sorang kawan dalam fesbuk dok kongsi camana dia gam kertas dinding. Hah ko guna jer gam kanji, masak sendiri jer, melekat kuat. Murah jer sebungkus tepung ubi kayu baru RM1.60 je ko, menangis la kalau kilang gam tau ni....muahahahah... Senang je buat gam kanji ni air 500ml pastu 4 sudu tepung ubi masak la sampai masak....dah siap leh makan...eh eh guna untuk menampal kertas dinding tadi....

 Dinding ni bakal bertukar......

Hah, gam tadi dah masak boleh la tuang dalam bekas dan gunakan roll ni untuk gam pada kertas atau terus ke dinding.

 Tara......bertukar...
 Siap gak dapor aku...
Nampak bersih dan cantik tak??? Murah dan senang....Cubalah sendiri.... Akan datang nak try kat ruang lain plak....heheheheh....

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts