CARIAN ANDA

Tuesday, May 22, 2012

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK DEGIL - USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ

Alhamdulillah, mak dapat lagi share dari kawan2 fesbuk pasal doa melembutkan hati anak ni. Setakat ni kalau teringat tu mak buat juga, kekadang terlupa. Jadi ada juga mak buat koleksi doa-doa supaya dapat berkonsi dengan orang lain,  dijadikan amalan bukan simpanan saja (huhuhuuhuh). Memang bab-bab mengamalkan sesuatu yang baik selalu aje mak terlupa,  selalu sangat terjadi. Moga-moga mak dapat buat selalu untuk anak-anak mak yang 2 orang tu dan anak-anak mak yang lain(insyallah kalau ada lagi).


Dibawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil.

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.
Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.
Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 12 di ubun-ubun anak anda. ( Sila refer gambar disertakan )

Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.

disalin daripada daripada Majalah Q & A edisi 5

6 comments:

Unknown said...

terima kasih mak atas perkongsian ni... :) mmg sedang mencari amalan2 tuk lembutkan hati anak.. anak den tu keras hati sgt.. degil pun boleh tahan.. umminya yg dah x tahan ni.. :)

SABARINA said...

sesama...sharing is caring...caring to sharing...hihihihihih...yer la mak cik queen, anak2 baru nak membesor macam2 kerenah, kalau tak tahan leh kene darah tinggi, berbanyak bersabor ler hendaknya kita nih...walaupun kekadang sabar hilang juga

Anonymous said...

Où est un bon endroit pour démarrer un site Web d'entreprise à un prix très bas?

Anonymous said...

Last step is to modify your registry which is damaged by Family keylogger 2.
Ad-Aware and Malwarebytes Anti-Malware are good secondary programs that you can retrieve later.


Also visit my weblog keylogger free

Anonymous said...

masalahnye yg degil ni adik ipar sy. parents dia x penah marah anak dia ni
..ade sesiapa boleh bantu x?

Unknown said...

Allhamdulillah tk diatas petua dan panduan yg diberikan

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts