CARIAN ANDA

Friday, April 15, 2011

KISAH COUPLE-COUPLE

Jalan-jalan menjelitakan diri di Blog Melur Jelita Cik Kak suka sgt la kongsikan kisah  ni APA GUNANYA BERCOUPLE TETAPI DAH MACAM LAKI BINI? KAHWIN JE TERUS.
Bagi yang Ber kapel tu jangan marah ok, sebab memang ada kebenarannya. Cik Kak akui.  Kira standard sangat la perkara macamni sekarang. Ni ada 1 kisah Cik Kak nak kongsi so jemput-jemput baca dan makan jempot2 sekali yer...sambil dengar lagu nih





Salam ukhwah buat anda semua yang sudi jd kwn sy di fb ini..Artikel Dislusi yg sy ingin kongsikn ini agk menarik sebab dgn mbaca artikel inilh sy dpt hdyh dr Allah.
Alhamdulillah!! Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.  Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.  Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk.  Ada pula yang kata saya kuat emo.  Sikit-sikit nak marah.  Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.  Lepas tu saya cuba buat lawak Kononnya nak tarik perhatian orang lain Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya Terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti).  Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Tapi saya tetap merasakan kekosongan.  Memang lumrah manusia.

Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’. Di dorm, sms awek sampai pagi. Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Saya mula berfikir. “Adakah aku perlu BERCINTA?” Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu. Saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya. Mula-mula awak jual mahal.

Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. Akhirnya, dipendekkan cerita.. Saya pun mulalah BERCINTA.. Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat Apa orang kata..’ALL OUT’lah.. haha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. ‘gayut’ malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu.. Tidak terasa pun kehilangannya.. Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak Kalau merajuk saling pujuk-memujuk..

Kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama.. Untuk diri ini, terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. Saya pernah terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, Kata saya macam-macam.. Asalkan awak memahami saya.. Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya kena berubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan.. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah.. Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, Saya tak nak jadi baik seorang diri.. Jadi saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran..

Saya kejut awak bangun subuh..(calling) Saya ajak awak saling beri tazkirah.. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah.. Bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je.. Ada yang siap wat mksiat lagi.. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara’.. Tak guna ayat jiwang-jiwang Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat.. Cuma sms dan call je.. Dan awak terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awak pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredhai..

Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.. Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah.. Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf, Surah ke 7,ayat ke 164: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?”

Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”. Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik Tegur mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa.. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa.. Saya terbaca pasal couple.. “COUPLE HARAM” Saya tak percaya.. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. Macam betul pulak.. huhu~~ Tapi biasala.. Kalau kita suka satu benda tu.. Kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita.. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. Dan teruskan saja hubungan kita.. Kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan tak pegang tangan.. Tak jiwang-jiwang.. Cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tzkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah.. Masa terus berlalu… Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. Lagi tiga minggu sebelum trial.. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..

Buat study group Pada masa yang sama, bagi tazkirah.. Ada yang terima.. Ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur.. Saya kena marah pula.. Macam-macamlah alasannya Ada kata saya tegur tak berhikmah.. Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah.. Saya ada tempat mengadu.. huhu~~
Suatu masa.. Ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. Saya terjumpa ayat ini.. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44) Saya pun terfikir..

“Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, Ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?”
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan.. “Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon..” Berfikir sejenak.. Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali.. Saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah.. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.. Dalam perjalanan ke seminar tu.. Saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini,  solat awal waktu..
Dalam fikiran saya.. “Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..” ****** Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf, Pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. Pihak penganjur pun faham.. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak..

“Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?” Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri. “Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?” “Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?” “Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..” “Bercinta ke?” Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata..mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?” “Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.
Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

“Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.” Saya tak mahu mengalah. “Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.” Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38) “
Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?

” Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”
“Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call die pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple..”

“Zina hati?” Saya menduga. “Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati. ” Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.. “Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta.”
“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat.”

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab.. “Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya terdiam lagi. “Pasal dia pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.

” Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram. “Jadi apa saya nak buat bang?” “Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”
“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?” “Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada ‘sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.” Tiba-tiba saya terfikir.. “Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?” Saya cakap.. “Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?” Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

“Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra’du, surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.”

Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga. “Semuanya dah jelas rasanya.. Nampaknya saya kena tinggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.” “Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.” “Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.” Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.. “Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..

” Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.. “Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..”

Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send]. Lepas tu tertera di skrin.. [SENDING..] [MESSAGE SENT] Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

“Terima kasih bang..” “Takpe, dah tanggungjawab..” Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..memang tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah.
surah Al-Baqarah,ayat 216.. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. *******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gak yang setuju..tapi tak kisahlah semua tu.. Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.. “Seindah gubahan pertama..” Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya.
Saya pun fikir..”Kena tegaskan rasanya”.

Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi.. seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya.. Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan, Tidakkan pernah mengecewakan Itulah cinta abadi.. Cinta yang diredhai.. -Yang Terakhir- ” [SEND][SENDING..] [MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik.. Semoga ianya amt bermanfaat utk anda semua..artikel Dislusi ini telalu mnyentuh shgga menitis airmata ketika mmbacanya…lalu ditnggalkn apa yg dilarang krn Allah dn sy hrp Allah memberikan yg terbaik dr sebelumnya..sama2 lh kita ambil iktibar dr crta ni… Syukran jazilan kepada penulis asal artikel ini. Asif jiddan tidak dapat mengenal pasti penulisnya.
Jazakallahu Khairan Khatira………di edit oleh Muhd Muin….

thanks to sumber

Thursday, April 14, 2011

PETUA DAPAT ANAK PEREMPUAN

Hai selamat petang semua...Dah makan ke belum? Arinih Cik Kak makan masak lemak cili api kulit lembu. Memang marvelos la rasa dia. meletops...huhuhuhu pedas gilos... 
Sapa-sapa tak pernah try apalagi terai la....sedap tau..

Makan2 tengahri tadi ngan geng2 otai akak2 yang lama dah tak jumpa,  pastu sambung sembang gebang kat fesbuk ngan cousin Cik Kak, akceli kitorang satu tempat keje tapi tak dan nak bersembang gebang. Tadi jumpa kat kantin siap main mata  nak bagitau ada rahsia lagi. 

Apa rahsianya ???? Jeng jeng jeng.....
mari kita sama-sama bongkar.....zassssssssss


hahahahahaah ni hasil copy paste rahsia tu...bagi sesapa nak mencuba dipersilakan. Taktaula mana sepupu Cik Kak dapat petua ni, malam ni gak dia nak terai... Maklumlah anak semua lelaki teringin gak anak pompuan.....hehehehehehe  apa pun...selamat bermalam jumaat la yer.... bagi yang dah berumahtangga sahaja yang belum berumahtangga anggaplah ini pengetahuan am sahaja....hahahahahhaha









Wednesday, April 13, 2011

Mencela seseorang Muslim adalah haram



betul kata mak incik siti sifir orang dah mintak maap maapkan jer la


Asyik Blogwalking kat Blog Mak Incik Siti Sifir ni terbaca lah entri kisah ni...klik link bawah kalau nak tau...
http://sitisifir10.blogspot.com/2011/04/cacatkah-ibu-tidak-boleh-menyusu.html
Cik Kak turut bersimpati dengan siempunyerdiri yang mungkin tersilap ayat dalam penulisan beliau. Kalau boleh yang lepas tu lepas lah jangan dihangat-hangatkan lagi buat dosa kering jer. Cecita pasal dosa kering ni sukalah Cik Kak nak kongsikan sedikit cerita dibawah ini agar jadi pedoman untuk kita semua.

Maklumlah kekadang terlajak bahasa kan  maklumlah seronok berBlogging ni sedar tak sedar kita telah menguris dan menghiris perasaan orang lain. Siapalah saya, hanyalah seorang manusia yang sering melakukan kesilapan huhuhuhu...


Bahayanya apabila kita melakukan kesilapan pada orang yang kita tak kenal kemudian kita panjang2kan pula hal2 ni dalam Fesbuk atau blog seolah2 kita telah berbuat dosa dan menyambung2kan lagi dosa2 tersebut pada orang lain dan dah berkongsi plak takut jadi subahat plak hal2 camni...Cik Kak bukanlah pandai dalam bab2 agama ni tapi imbas kembali apa yang Ustaz cakap aritu masa Cik Kak pergi kursus SPIES.
Ustaz cakap nanti kat akhirat kita jadi orang yang muflis sebab semua pahala solat, puasa, dan lain-lain dah ditransfer kepada orang yang kita aniaya tu. Taknak lah camtuh kan dahla pahala tak banyak mana abis semuanya ....huhuhuhuuu...so tak mau gadoh2 oker....
Jadi Cik kak kongsikan disini. Semoga yang baik2 itu jadikan teladan dan yang tak elok dijadikan pengajaran...


Di dalam sejarah Islam budaya kritik dan menyanggah pendapat seseorang sudah lama wujud sejak zaman rasulullah salallahualaihiwassalam lagi dan ianya bukanlah semestinya buruk bahkan kadang-kadang amat dialu-alukan sebagai usaha pembaikan dan penilaian untuk mencari kebenaran.

Hukum mencela tidak sama dengan kritik kerana kritikan bermaksud teguran dan menginginkan pembaikan manakala celaan bermaksud memburukkan seseorang atau memalitkan kebencian kepada orang yang dicela.
Apabila setiap manusia berupaya melakukan kesilapan dan tidak ada yang akan selamanya betul maka sudah pasti kritikan dan teguran itu perlu diberikan ruang untuk memperbaiki keadaan dan mencari kebenaran.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاتِهِ وَصِيَامِهِ وَزَكَاتِهِ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيَقْعُدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْتَصَّ مَا عَلَيْهِ مِنْ الْخَطَايَا أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, 'Tahukah kalian siapakah orang yang muflis (bangkrup) itu? Para sahabat menjawab, 'Orang yang muflis (bangkrup) di antara kami adalah orang yang tidak punya memiliki dirham dan tidak memiliki harta.' Rasulullah SAW bersabda, 'Orang yang muflis (bangkrup) dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) melaksanakan salat, menjalankan puasa dan menunaikan zakat, namun ia juga datang (membawa dosa) dengan mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini dan menumpahkan darah orang ini serta memukul orang ini. Maka ia dikenakan hukuman balas dengan diambil kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang lain. Dan jika kebaikannya habis sebelum selesai hukumannya, diambillah keburukan dosa-dosa mereka, lalu dicampakkan padanya dan ia dilemparkan ke dalam neraka. (HR. Muslim, Tirmudzi & Ahmad)

 Mencela seseorang Muslim adalah haram
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menyebut keburukan antara satu sama lain. Adakah seseorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Hujurat : 12)

Di dalam sebuah hadis Rasulullah kepada para sahabatnya : Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab : Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, Iaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang Dia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah salallahualaihiwassalam menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka bererti kamu telah mengumpat dia, dan jika tidak ada padanya seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka bererti kamu telah membuat satu tuduhan kepada dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa'ie)

 Perbuatan ini adalah termasuk dalam perkara yang dicela oleh Allah dan mendapat ancaman sebagai pengumpat lagi pembuat cela dalam kitab-Nya dan termasuk dia si pembuat itu sebagai orang yang disabdakan oleh Nabi salallahualaihiwasalam : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan belum beriman dengan hatinya, janganlah kalian menyakiti kaum muslimin dan janganlah pula kalian mencari-cari kekurangan dan kelemahan mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari-cari kekurangan-kekurangan orang lain maka kelak Allah akan membukakan kekurangan dirinya dan akan membiarkan orang lain pula mengetahui keaibannya, sekalipun di dalam rumahnya."(Lihat hadis ini dalam Sunan At-Tirmidzi)

thanks to
sumber

CUKAI PINTU OH CUKAI PINTU






Sebelum buat entri ni Cik Kak dah gelak2 guling2 kat opis semalam. Alkisahnya ada seorang public datang bising2 sebab beliau tak puashati dengan Notis Cukai Pintu yang dikenakan padanya. 

Pak Incik: Apa ni,  rumah saya pakai pintu plywood saja cukai pintu mahal macam ni ke???

Kakitangan Awam: :) :) :) (muka kontrol gelak). Sbenonya tak tahu nak bagi jawapan apa.
Macam ni Encik. Cukai pintu ni takde kene mengene ngan pintu apa yang ada kat umah encik tu. Cukai pintu ni adalah cukai taksiran yang dikenakan kepada penduduk sesebuah kawasan. Kadar cukai pintu ni ditetapkan berdasarkan nilai rumah kediaman dan kawasan tempat Encik tinggal. Rumah Encik di kawasan membangun jadi mahal la sedikit.

HUuhuhhuhu rupanya masih ada juga yang tak tahu apa itu Cukai Pintu... hehehe Cik Kak dulu kalau tak koje sini pun tak tahu gak...hahahahahah...moga2 info yang tak seberapa nih boleh membantu...kalau ada sebarang pertanyaan ...boleh tanya kaunter pertanyaan...muahahahahahahah....

Cukai pintu atau Cukai Taksiran merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.

Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.

Menurut undang-undang, mereka yang tidak menjelaskan cukai pintu boleh didenda atau pada akhirnya harta mereka dirampas(sita). Cukai pintu biasanya perlu dibayar 2 kali setahun dan hendaklah dibayar sebelum/pada 28 Februari bagi setengah tahun pertama dan  sebelum/pada 31hb Ogos bagi setengah tahun ke dua.

Sekiranya anda masih tidak mendapat bil-bil tersebut lajul2lah datang ke Ibupejabat Pihak Berkuasa Tempatan dikawasan anda untuk mendapatkan bil. Jangan tunggu last minit baru nak pergi bayar. LAgipun bayar awal kan bagus tak jem orang pun tak ramai.

Apakah perbezaan di antara Cukai Tanah dengan Cukai Taksiran yang perlu dijelaskan dalam negeri Selangor? 

 Cukai Tanah ialah jumlah wang tertentu yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai sewa di bawah Kanun Tanah Negara. Cukai Taksiran / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong.Dibayar  Setahun sekali sahaja dan pembayaran berakhir pada 31 Mei dan masuk 1 Jun bayaran denda lewat akan dikenakan.



 

CONTOHI WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK

Blogwalking pagi2 di blog http://mysweetworld-didie.blogspot.com/  terjumpa entri yang sangat2 menarik dan WAJIB  dikongsi dengan semua sahabat handaiku tak kira siapa jua... tq kepada mak incik yang datang blogwalking di blog ini kalau tak jumpa kisah menarik ni...

Tersentuh jua hatiku bagaimana selebriti ini mendidik anaknya ..sungguh saya berbangga dengannya. Sebagai seorang ibu sudah tentu Cik Kak juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak. 

Tapi adakah antara kita yang sedar tentang pentingnya didikan solat ini. Cik Kak percaya ramai antara kita terlepas pandang perkara sebegini Cik Kak tak terkecuali. 

Mungkin kerana merasakan anak2 masih kecil tak perlu bertegas dalam soal ini tapi bila terbaca kisah ini betapa silapnya pemikiran ku ini, didikan solat dari kecil perlu ditekankan bukan sekadar menghantar anak-anak pergi ke sekolah untuk belajar membaca, menulis dan mengira sahaja. 

Kita berbangga anak-anak boleh membaca tetapi berapa ramai pula anak-anak kecil yang tahu bersolat dan menjaga solat? Sedangkan yang dewasa pun boleh terbabas dan mengambil mudah tentang soal ini. Benarlah kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebung". Sama-samalah kita mendidik anak-anak agar jadi insan yang berkualiti. Anak-anak soleh dan solehah adalah harta yang sangat bernilai....





 
bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Tuesday, April 12, 2011

kisah HANG TUAH 5 BERSAUDARA

Sebenornya ni gambor kete proton baru di Auto Show tahun lepas terlupa nak update sebab tak ingat letak mana gambor2 nie...alang2 udah jumper Cik Kak pamerkan kat sini tapi tak de gambor penuh jangan marah okeh... Tapi tu la puas CIk Kak keliling dalam tuh tak jumpa pun Lekirmana tah dorang letak si Lekir ni...



oleh kerana lekir takde Cik Kak gantikan dengan yang lain yer....



hehehehehehehehe jangan marah hahahhahahahah....


JOM TENGOK TV

" Aku Dia & Dia "
Jumaat 8/4/2011 , Jam 10.00 Mlm - Rtm 2 !




Cute Emoticons
Kisahnya melayan  cite Tv2 drama komedi romantic lakonan Jue aziz, memey, iqram dinzly, syed ali, layan gaklah..Boleh tahan citenyer...lama gak cik kak tak layan drama tv2 sebab kekadang malas nak tengok banyak cite tak  best dan selalunya tido kan anak  ngan CIk Kak pun tertido dan terlepas la tengok  tv.

Cute EmoticonsTomboy bercinta….lakonan Jue Aziz sebagai Lia tu memang okeh la….lakonan Memey tu mencik la (tahniah sebab berjaya wat cik kak meluat ngan watak ko)….lakonan lembut Syed Ali sebagai Joy pun okeh dan bab dia jatuh cinta ngan Lia tu agak sekel sikit, tak berapa nampak sangat la ….biasalah cite melayu bab romantic tuh  macam ada takde jer…cam kureng sikit plak...ahahahahah...

Tapi bile nengok part Joy datang melawat Lia kat umah tolong masak, pastuh dia ubah cara Lia dari tomboy jadi wanita baru lah lega sikit rasa hati Cik Kak ...nasib baik ending dia hepi kalau tak terbakor dah CIk Kak ...Monkey Emoticons

Kebanyakan cite2 cinta Melayu kat Tv ada yang okeh dan kekadang tak berapa nak okeh pun ada. Kalau cite Indon tu sori la kekadang naik bosan nak tunggu cite tu abes panjang berjela2 no citenyer.... Kang kejap pompuan tu nak, kang pompuan ni nak, kang jantan tu suka kang jantan lain pun tetiba suka, sesuka  hati jer.Cute Emoticons

Naik menyampah plak tengok. Timing cite plak kadang2 tak kene waktu pun ada, huhuhu sedihnya. Takperla tengok kartun jer la.



Setakat arini la kalau cik kak tgk cite kat tv lakonan pelakon lelaki yg boleh buat cik kak turut cam jatuh cinta adalah Remy Ishak, Ady Putra, dan Bront Palarae  ….ada cam betul 2 feeling la…

terutama tang renungan mata tuh...bukan sebab dorang hensem jer okeh…hahahahahhaha hensem tu bonus tapi dari renungan mata tuh yg tak boleh blah…sebab apa cik kak tak pasti…Minat pada Remy Ishak ngan Bront masa first time tengok cite Akulah Sindarella.

Fasha Sandha menang aritu pun sebab ramai suka tengok cerita Chinta dan Samsons dan Delaila. Bila tengok 2 gadingan pelakon hebat ni buat Cik Kak panas punggung nak balik umah aritu. Cuma endingnya tak best. Pelik gak cite Melayu ni kekadang tang ending tu cam pendek dan tetiba macamtuh jer... Potong stim betol...Nasib baik la cerita dalam tv kan kalu tak dah bakor dah...cik kak  kalau tengok cite cinta2 ni ending kalau tak best membebel la pelagi..tak puas  hati betul...Cute Emoticonsending tangkap muat jer..over sgt plak kan cam aku plak dalam cite tuh ...hahahahah….laki aku pun cakap camtuh …over la mama kau nih….Monkey Emoticons

















MAXIS OH MAXIS

Hai selamat pagi u ols...Cik Kak tengah hangin 1 badanni...apsal la brok cik kak lembab cam siput sedut masak lemak da....

Apalagi laju2 la Cik Kak yang jelita ni tepon Maxis. Tanya Naper ler lembab benor ...selalu tu laju jer...


Ohhh rupenyer dah lebih had guna ...(kes anak dok tgk youtube sampai 3 pagi) malu saya dibuatnyer...keh..keh keh...

Pastuh Cik Maxis ni bagi la tawaran untuk topup quota bagi laju balik brok Cik Kak....dan dalam masa 2 jam (x sampai pun) dia dah okeh...cayang Maxis...emmuahhh...alhamdulillah..

Kalau ada masalah boleh call atau terus ke portal web dorang secara online. Servis 7 hari seminggu 24 jam sehari. Non stop...pastuh cas akan dikenakan terus ke dalam bil akaun anda...sekian terima kasih...










Monday, April 11, 2011

ARTIS KENE RABA


Akibat mendedahkan aurat kepada lelaki.

Larangan yang allah tetapkan dah tentu2 nya ada kebaikan. Lumrah manusia pula melakukan perkara dilarang itulah yang paling disukai. Wanitapula sememangnya amat sukakan kecantikan. Ada sesetengah wanita gemarkan perhatian atau suka bila mendapat perhatian di atas daya tarikan yg ada pada dirinya. 

Tetapi awas bahana yg mengundang. Pencabulan, rogol, fitnah dan sebagainya boleh berlaku. Walaupun hakikat kes rogol isu cara berpakaian bukan punca utama tetapi ianya tetap membawa kemudaratan kepada sepemakai yg seksi. Memang ada wanita rasahebat apabila diri mereka mjadiperhatian tetapi adakah anda selesa mata2 yang memandang seolah2 ingin menelan anda. 

Sesungguhnya apa yang ada pada wanita adalah perhiasan indah-indah yang wajib ditutup bukan untuk ditonton atau dipamerkan...

So cik kak nak kongsikan gambor2 nih untuk tatapan umum....ni bahana mededahkan aurat ...so layanzzzz dan jadikan pengajaran

Beginilah keadaan seorang penyanyi seksi, Marwa dari Arab selepas membuat satu
persembahan di Alexandria, Mesir. Kesian...iskkk3



sumber gambar :http://artisglamer.fotopages.com/?entry=1420991&back=http://artisglamer.fotopages.com/?page=7 
eceh ceh tunjuk bodi nampak


jap lagik ada yg dah geram ...muka2 jantan desperate giler


larik...larik selamatkan diri
ada gak yang sempat raba dah
huwaaaa..... kan dah kena
mak aiiii semua jantan jer tengok konsert nih...

Alkisah spiderman yang boring


"Mama, mama...oooo mama" ...

"Iye, nak apa?"

"Mana baju superman syabeel?"


"Ada. Mama dah lipat kat tempat baju syabeel la. Nak buat apa plak tu"

"Takde pun mama."


"Hah, jangansepah2 yer mintak tolong ayah carikan yer . mama dh susun cantik2 tu jangan pungah2 yer.."


"Yela mama ada ada… dah jumpa dah…(sambil tunjuk2 tayang depan mata)"


"Hah nak buat apa plak tuh??. Kan dah pakai baju ?"

"Nak bagi sepaideman pakai la mama"


"Ait…dia kan dah ada baju sendri wat per pakai kan."


"Dia nak jadi superman plak la mama dia taknak jadi sepaideman dah boring"


Pulak……macam-macam hal..

hensem tak saya

hensem kan









Sunday, April 10, 2011

I'M IN love



I'M IN LUV...Bila layan lagu-lagu jiwang malam macamnie teringat plak kenangan zaman lampau …huhuhuhuhuhu…kenangan lalu mengusik kalbu gitu…. Dulu-dulu masa zaman remaja (zaman purba dulu2 tua sgt aku ni hah) cik kak suka dengar lagu lama terutama rock leleh2 ni la…antranya lagu damasutra, slam, exist, laksamana, stings. Heheheheh biasala gadis remaja sunti biasanya ada fantasi cinta tersendiri. Kelakar lah kalau ingat2 balik. Hahahahhah boleh gelak sampai guling2 cam tengiling la. Tu pasal Cik Kak layan Novelog Melur Jelita Awak SukaSaya Tak?? Saya suka ..saya suka… Hhahahahah bab2 baca novel cintan cintun ni membuatkan hormone remaja Cik kak sentiasa muda remaja hehehhehe awet muda gitu…..sapa2 tak pernah baca novelog awak suka saya tak silalah kelaman melur jelita yg jelita tuh yer…ehek3…..sampai demam2 la cik kak mengikuti cite tuh...ada apa dengan cinta ya….ahaks..

SIAPAKAH GERANGAN BEN ASHAARI?

????????????????????????????

Tertanya-tanya juga (dalam hati jer la) Siapakah gerangan Ben Ashaari yang kebanyakan blogger dok cecita dalam Blog mereka , alkisahnya Cik Kak ni kan terperuk dok bawah tempurung (tak campur masyarakat sgt la aku nie hah). Apa best sgt dia ni? Pelakon ke? Ahli Politik? Ahli Muzik? Hakim? Lawyer? Menantu Ibu MertuaKU?????? (hak tu suka2 ati je tambah no)… Setelah dijelajah diseluruh antero google dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai (macam byk sgt la aku ni cari maklumat cam CSI plak la) rupa-rupanya Beliau adalah antara Blogger yang tersohor saat ini. (ini yang dengki ni). Apa rahsia beliau? Adakah beliau memelihara toyol-toyol cyber?(lagi sekali Tanya dalam hati nih)
Cari punya cari punya cari jumpa gak link ke blog beliau http://www.benashaari.com/
Bukan niat nak tumpang glamer (blh ke tumpang hahahahahaha) beliau entri ni dibuat tetapi sekadar nak berkongsi sedikit maklumat tentang beliau (tak seberapa pun maklumatnya huhuhuhu).

Dari pengamatan Cik Kak (yang rabun ni) beliau seorg yang sgt bertimbang rasa dalam dunia blogging ni masih sudi membantu blogger2 baru. Tak sangka kan ada gak org macam ni. Yelah dalam dunia skang ni susah nak cari ornag yang baikhati dan bertimbang rasa . Kesudian beliau mereview blog2 blogger lain sedikit sebanyak menaik kan speed trafik ke blog mereka. (ni yang buat cik kak tambah2 dengki lagi) Rezeki dorang la tuh…Apapun setiap amalan yang baik pasti ada balasannya. Tak gitu… Rezeki semakin bertambah-tambah kan3….Buat apa nak dengki mendengki sesame manusia kan bukankah lebih baik kita saling Bantu membantu dari menjatuhkan sesame sendiri….apa yang penting…..kerjasame…. Sama2 untung kan…Sebagai peringatan (terutama diri sendiri yg degil keras kepala) byk2 la bersabar dan sentiasa bersangka baik sesame manusia. Biar orang buat jahat kat kita tapi kita jgn buat jahat  kat orang.(boleh pakai lagi ke). Anyway terpulang kepada masing-masing membuat penilaian.

Disini ada beberapa blog yang buat entri kisah beliau check it out okeh




SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts