Sebelum buat entri ni Cik Kak dah gelak2 guling2 kat opis semalam. Alkisahnya ada seorang public datang bising2 sebab beliau tak puashati dengan Notis Cukai Pintu yang dikenakan padanya.
Pak Incik: Apa ni, rumah saya pakai pintu plywood saja cukai pintu mahal macam ni ke???
Kakitangan Awam: :) :) :) (muka kontrol gelak). Sbenonya tak tahu nak bagi jawapan apa.
Macam ni Encik. Cukai pintu ni takde kene mengene ngan pintu apa yang ada kat umah encik tu. Cukai pintu ni adalah cukai taksiran yang dikenakan kepada penduduk sesebuah kawasan. Kadar cukai pintu ni ditetapkan berdasarkan nilai rumah kediaman dan kawasan tempat Encik tinggal. Rumah Encik di kawasan membangun jadi mahal la sedikit.
HUuhuhhuhu rupanya masih ada juga yang tak tahu apa itu Cukai Pintu... hehehe Cik Kak dulu kalau tak koje sini pun tak tahu gak...hahahahahah...moga2 info yang tak seberapa nih boleh membantu...kalau ada sebarang pertanyaan ...boleh tanya kaunter pertanyaan...muahahahahahahah....
Cukai pintu atau Cukai Taksiran merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.
Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.
Menurut undang-undang, mereka yang tidak menjelaskan cukai pintu boleh didenda atau pada akhirnya harta mereka dirampas(sita). Cukai pintu biasanya perlu dibayar 2 kali setahun dan hendaklah dibayar sebelum/pada 28 Februari bagi setengah tahun pertama dan sebelum/pada 31hb Ogos bagi setengah tahun ke dua.
Sekiranya anda masih tidak mendapat bil-bil tersebut lajul2lah datang ke Ibupejabat Pihak Berkuasa Tempatan dikawasan anda untuk mendapatkan bil. Jangan tunggu last minit baru nak pergi bayar. LAgipun bayar awal kan bagus tak jem orang pun tak ramai.
Apakah perbezaan di antara Cukai Tanah dengan Cukai Taksiran yang perlu dijelaskan dalam negeri Selangor? Cukai Tanah ialah jumlah wang tertentu yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai sewa di bawah Kanun Tanah Negara. Cukai Taksiran / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong.Dibayar Setahun sekali sahaja dan pembayaran berakhir pada 31 Mei dan masuk 1 Jun bayaran denda lewat akan dikenakan. |
No comments:
Post a Comment