CARIAN ANDA

Sunday, April 10, 2011

SIAPAKAH GERANGAN BEN ASHAARI?

????????????????????????????

Tertanya-tanya juga (dalam hati jer la) Siapakah gerangan Ben Ashaari yang kebanyakan blogger dok cecita dalam Blog mereka , alkisahnya Cik Kak ni kan terperuk dok bawah tempurung (tak campur masyarakat sgt la aku nie hah). Apa best sgt dia ni? Pelakon ke? Ahli Politik? Ahli Muzik? Hakim? Lawyer? Menantu Ibu MertuaKU?????? (hak tu suka2 ati je tambah no)… Setelah dijelajah diseluruh antero google dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai (macam byk sgt la aku ni cari maklumat cam CSI plak la) rupa-rupanya Beliau adalah antara Blogger yang tersohor saat ini. (ini yang dengki ni). Apa rahsia beliau? Adakah beliau memelihara toyol-toyol cyber?(lagi sekali Tanya dalam hati nih)
Cari punya cari punya cari jumpa gak link ke blog beliau http://www.benashaari.com/
Bukan niat nak tumpang glamer (blh ke tumpang hahahahahaha) beliau entri ni dibuat tetapi sekadar nak berkongsi sedikit maklumat tentang beliau (tak seberapa pun maklumatnya huhuhuhu).

Dari pengamatan Cik Kak (yang rabun ni) beliau seorg yang sgt bertimbang rasa dalam dunia blogging ni masih sudi membantu blogger2 baru. Tak sangka kan ada gak org macam ni. Yelah dalam dunia skang ni susah nak cari ornag yang baikhati dan bertimbang rasa . Kesudian beliau mereview blog2 blogger lain sedikit sebanyak menaik kan speed trafik ke blog mereka. (ni yang buat cik kak tambah2 dengki lagi) Rezeki dorang la tuh…Apapun setiap amalan yang baik pasti ada balasannya. Tak gitu… Rezeki semakin bertambah-tambah kan3….Buat apa nak dengki mendengki sesame manusia kan bukankah lebih baik kita saling Bantu membantu dari menjatuhkan sesame sendiri….apa yang penting…..kerjasame…. Sama2 untung kan…Sebagai peringatan (terutama diri sendiri yg degil keras kepala) byk2 la bersabar dan sentiasa bersangka baik sesame manusia. Biar orang buat jahat kat kita tapi kita jgn buat jahat  kat orang.(boleh pakai lagi ke). Anyway terpulang kepada masing-masing membuat penilaian.

Disini ada beberapa blog yang buat entri kisah beliau check it out okeh




No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts