Labels

CARIAN ANDA

Showing posts with label MACAM2. Show all posts
Showing posts with label MACAM2. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Terlupa


Hah amek ko, dah masuk seminggu bulan Januari dok jenuh terlupakan satu barang yang takde dalam rumah ni. Nak taug apo dio? Kalender kuda la. Habes semua kedai aku pergi satu kedai pun tak ngulorkan  kalender percuma. Masa beli baju sekolah, kasut sekolah, barang-barang sekolah pun takde satu kedai pun bagi. Lantas mak terlupakan kalnder kuda.


Kalender kuda boleh dikatakan salah satu aksesori penting kat rumah, kalau takde kalender kuda ibarat tak cukup meriah tahun  2013 ni ko.

So, misi mencari kalender free diteruskan. Setakat ni kalender-kalender bank tu tak bestlah tak cukup menepati citarasa kekalenderan yang mak nak, takde info cuti sekolah, tak cukup infi cuti umum( uihh penting ni).  Maklumlah anak-anak dah sekolah jadi inila pentingnya kalender kuda ni.

Tuesday, July 10, 2012

ANAK TAK SIHAT


penat sampai tertido die...cian2


Dah hampir seminggu gak si Syabeel ni tak gi sekolah, disebabkan tak boleh juga nak antor ke Taska penyelesaiannya aku hangkot la anak teruna ni ke tempat kerja. Memandangkan cuti pon dah tak berapa banyak sangatdah. Isk2....tahun ni dah teramik banyak sangat cuti. 

sejuk2

Memandangkan demam dia pon dah ok, cuma ruam-ruam kat badan yang macam ruam campak tu ajer yg dah makin kering jadik mak pon angkot la sekali anak kesayangan yang sorang ni. Dia okeh jer, dapat psp, main game, makan, pastu tertido. 

sib bek la ada tilam ni hah

Kesian plak, mujur la mak nyer keje ni fleksibel kan, konter luar ni tak la ramai sangat orang, dan ada bilik kecik senang untuk kami bertugas. Memandangkan semua peralatan ada, dengan penghawa dingin bertambah sedapla dia melelapkan mata sambil menemankan maknyer bertugas. (kalaula bos mak tau isk3...ampon boss...kalau tak keje kang tak cukup plak staff kan).
semua orang taknak bayor bil ke...

Ni nasibla Syabeel dah besar dan mendengar kata. Jadi tak la payah sangat nak menjaga kalau si Kippi mau aku terjerit2 aje dalam nih.Sok raya pon ramai yg apply coti jadik mak kene bertugas. Mau raya kali ni angkut dua2 ke opis...mak aiii..tak mo2...ilang mood raya mak nanti...suh ayah ja jadik babysitter yer...

lepak la situ sampai jam 4

Tuesday, June 19, 2012

CARI HOMESTAY DI KLANG?




Kalau ada yang tercari-cari homestay di kawasan berdekatan area Klang ni, ada sorang kawan nih ada umah Homestay, tak jauh dari Kg Delek , mak tak pernah pegi umah tu lagi setakat lalu-lalu saja ler. Kalau ada yang menginap leh le kontek beliau seperti nombor yang tertera disini.

Menyediakan homestay budjet di Taman Sungai Serih (Sereh)

Kemudahan yang disediakan

- TV
- mesin basuh
- 3 bilik tidur yang boleh menempatkan 10 orang
- 2 bilik air
- ruang tamu dan ruang makan yang selesa dan luas

Lokasi dan kemudahan yang berdekatan:

- Stesen Keretapi / Komuter Kg Raja Uda. Port Klang
- Tesco/giant/GM Bukit Tinggi
- Kolam ikan untuk kaki pancing
- Kedai makan dan kedai runcit
- Kawasan tarikan seperti Tanjung Harapan,Pulau Ketam dan Pekan Port klang

Sesuai untuk sewaan harian, majlis perkahwinan, percutian keluarga,dan lain-lain.

*Harga RM150 satu malam.
*Check in 2pm dan Check out 12pm (keesokan harinya)

tuk tempahan deposit 50% dan bayaran selebihnya pada hari ambil kunci.

Contact: 019-6683423/019-6003420 eone/atiey

Monday, May 23, 2011

KISAH RM50

Duit RM1 bertemu dengan RM50 lalu bertanya:

"Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 puluh menjawab " Dah merata tempat aku pergi....
Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise,
gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY,
tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...
banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..
Surau, Masjid, Surau... ".

p/s: PIKIAQ LA SENIRI...

Monday, October 18, 2010

FAMILY??

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "




sumber asli:  isuhangat.blogspot

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts