CARIAN ANDA

Tuesday, September 24, 2013

JUMPA KAWAN SEKOLAH

Assalamualaikum kawan2 bloggers sekelian. Jarang2 dapat update cite dalam blog ni. BUkan per kadang2 tu terlupa lantaran kesibukan sebagai seorang pekerja dan surirumah tangga. Semuanya harus dibereskan sendri. Jika ada kelapangan pun biasanya ditempat kerja. Sebab apa?? Mesti ramai yang tertanya2 atau musykil keje apa yg boleh online internet ye?? Heheheh... kalau keje dalam opis jangan la ko harap bedahhh peah senahh nak bukak internet masa keje yer, disebabkan keje mak ni dekat kaunter bayaran kutip duit cukai so bila tak de orang tu takkan la nak tido berdengkur yer tak.

I love my job now....sangat2....kesibukan pada musim2 tertentu terutamanya pada februari dan ogos. Atau selepas dapat gaji hah time tu memang berduyun-duyun la orang datang bayar bil. Musim bulan puasa, sibuk dengan permit bazar ramadhan, musim akhir tahun orang sibuk renew lesen perniagaan. Musim perayaan memang busy giler, penuh giler ler kaunter bayaran kat opis tu hah sampai nak duduk pun tak de tempat.  Lagi-lagi kalau ada kempen pengurangan kompaun lagi ler meriah macam orang kenduri. Apapon mak memang enjoy dengan keadaan kerja sekarang yang banyak mengajar erti kesabaran dalam melayan kerenah orang ramai. Memberikan khidmat yang terbaik dan terpantas untuk semua.

So, ni dah merepek2 cite pasal kerje plak la kan. SO disebabkan ini juga sempat la kalau takde orang dok tengok status facebook kawan-kawan. Disini jugalah berjumpa semula dengan kawan sekolah yang dah 20tahun tak jumpa. Ya Allah cepat sungguh masa berlalu. Betul la Firman Allah dalam surah Al Asr.




























SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts