Labels

CARIAN ANDA

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Thursday, May 10, 2018

I LUV PM

Image result for tun angkat sumpah pm 
 sumber gambar dari google
 
Image result for tun angkat sumpah pm
sumber gambar dari google

Image result for tun angkat sumpah pm
 sumber gambar dari google

Image result for tun angkat sumpah pm
sumber gambar dari google

 Related image
sumber gambar dari google



ALHAMDULILLAH, kita merasai, melihat, menyaksikan perlantikan Tun sebagai PM untuk kali ke 2. Sejarah dunia kita dapat PM yang paling tua dan hebat. Rasa nak nangis ke apa pon xtaula. Semua perasaan bercampur aduk. Sebak. Bila tengok Tun angkat sumpah rasa cam menitik air mata.

Wednesday, May 9, 2018

JOM MENGUNDI





Jom kita mengundi jom kita mengundi...

Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Pagi-pagi dah bangun konon nak pi awal. Sekali gi tengok mak oiii kemain panjang beraturnya. Dahla panas tak bawak apapon ni. Jadi pakat balik dulu kang tengahari la baru mengundinya.

Balik rumah masak dulu untuk budak-budak. Dah kenyangkan perut untuk tenaga nak beratur kang kol 12.30 baru la pergi lagi sekali bersama sebotol air sejuk , kad kenduri kawin(nak buat kipas), ngan payung sebab panas. Kete park jauh jalan kaki la apalagi.

Kali ni memang ramai gilor la yang pi mengundi, hah kau. Sib bek la cik kak dah tukar alamat tempat mengundi kalau mengundi tempat lama aiii jenuh ler juga. Masa terjumpa kaunter begerak spr, tanya kat kaunter semakan spr, dorang bagitau kalau nak tukar tempat mengundi tukar alamat dlm ic dulu pastu gi pejabat pos isi borang untuk pertukaran alamat mengundi. Mujurlah 2016 aritu lagi dah buat kalau idok meraung la oii.

Rasa lega giler lepas selesai mengundi. 2jam beratur berbaloi baloi. Alhamdulillah, aritu PH ada umum kalau depa menang kita dapat cuti 2hari khamis jumaat. Yippieee.. ok nanti sambung...


9.30malam
Malamnye, pengumuman mcm lambat je tido la dulu. Tapi wassap grup bedesup2 update news macam2. maklum la geng2 bawang ramai...kih3

Kejap2 tanya bos, esok cuti ke? Kih3... meraung bos aku sebab dorang masih kat pusat undi tak balik2 dah kol 2pagi tu. Bertabahlah bos. Yang mana dok bertugas tu bertabahla ye. Kita kat rumah pon xlena tido asik bangun je. Kol 3.30 pagi kot baru dapat update kata Kerajaan baru dah naik. Alhamdulillah...moh sambung tido ...yey cuti





Friday, April 20, 2018

DINNER KELANA SEAFOOD BAGAN HAILAM

Sesekali join makan makan dengan ofismate mmg seronok. Ilang stress... lainkali kita makan lagi sini yeh...kih3
Meraikan birthday, orang nak pencen dan mengeratkan ukhwah sesama kita. Makanan pon sedap-sedap


















Saturday, March 24, 2018

CUTI CUTI dash box cyberjaya

ASSALAMUALAIKUM UOLS..
LAMA x bersiaran dialam maya..
Cuti sekolah bulan 3 tadi merasa la bercuti ke dashbox 2hari 1malam je..gi khamis jumaat dah balik.
Kalau ikutkan banyak lagi gambar. Tapi upload dulu mana yg larat ler hihii.. Seronok datang sini sebab ko boleh mandi bila bila masa je. Kolam dekat je bukak pintu boleh dah terjun. Anak-anak paling seronok ler.

Booking bilik Studio King Garden lokasi tingkat bawah la.. Muat2 la anak beranak 5org. Bawak la tilam toto ngan bantal lebih. sebab katil king ni mmg katil tu xbleh nak digerak kemana camtuler terletak je. Kitorg tido semua atas katil 5beranak. Zaara tak suka bersempit dia bangun tido kat bawah. Masa booking dapat harga 260. Masa cek in tu kol 3 kene bayar ler deposit tunai RM100 ye ibu-ibu... pastu aku tenyeh kad kredit la bayar abis. Deposit sebelom cek out blh amik balik. 

Cik kak book dasbox ni online je. Sbb dah tanya kalau walkin mmg ko xmerasa la sbb weekend mmg penuh sesaja. Inshaallah bulan sept ni pergi lagi secara berjemaah dgn sahabat2. Tu pon sama booking online dapat plak hr jumaat. Itu je yg ada. Nak makan kalau rajin ada je dekat2 area cyberjaya ni banyak je restoren mamak n lain-lain kalau rajin nak pergi. Kot malas siap2 la bawak apa yg patut. MCm kami siap2 bawak roti, maggi cup, air kotak, ade je fridge kecik dlm tu tp xusik pon. Kita makan apa yg kita bawak lg sedap. Pasni nak bawak periuk nasi letrik senang nak masak nasi pastu panaskan rendang dalam tin, hah makan. 

Dorang pon ada cafe sndiri.. Nak makan kalau ada bajet lebih boleh jek. Tapi harga agak mahal skitla. Nak beli fries or burger pon ada jual kat cafe tgh2 kolam tu.. mahal skit la ye buk.. siapkan duit je.. hahaha..




 jom cek in


time tengah xde manusia
 hah dah xsabor la tu
 muka xsabor nak mandi kolam
 ni ler rupa bilik. cermin kemain beso. untuk nampak kan bilik luas ler konon
 bukak pintu jalan depan skit dah nmpak kolam


bukak je pintu kereta depan tu je,, senang kan.
 tu dia...
 budak ni mmg nk berendam je
 kolam budak paras buku lali

 malam pon mandi selagi boleh
 bilik atas tu 1 je. katanya luas. bawah yg ada 2 pintu slide tu sebelah bilik lain lain yer..
 bergambor kenangan
best kan...lain kali datang lagi... bye



Monday, October 2, 2017

AWAK SUKA SAYA TAK


Image result for awak suka saya tak drama


AKHIRNYA ...DRAMA AWAK SUKA SAYA TAK, bersiaran juga. Tahniah kak Melur Jelita your dream come true,


Sebenarnya dah lama kot Novel Kak Melur Jelita ni.. dulu kat blog kemudian jadi buku dan akhirnya dah jadi Drama pon. Dulu pernah post pasal NOVEL ASST ni baca SINI


Hero n heroin drama pun antara pelakon yang mencipta nama. ALvin Chong n Emma Maembong. Dua-dua comel sangat.








Image result for awak suka saya tak drama



LINK FULL EPISOD ASST. Jom layan.





Tuesday, March 28, 2017

Friday, August 19, 2016

INFO UNTUK PELAJAR LEPAS SPM

Google punya google jumpa satu Blog yg banyak info tentang halatuju selepas SPM. Kalaula masa zaman aku dulu dah ada kan bagus. Budak zaman skang senang kan info dihujung jari je ko tu pon malas lagi taktau la nak kata apa dah. Oke macam2 info  segala tok nenek ada rasanya. Sapa nak study apa nak buat apa lepas SPM ko baca la kat situ dik oii.


Jangan memalu nak sambung belajo lagi kalau ko memang minat. Macam hakak ni xkuasa dah aku. Aku belajar agama belajar mengaji je dah skangni. Belajar benda lain malas dah. Yang muda tu rajin-rajin la belajar yang tua pon kalau minat lagi apa salahnya. Teruskan berjuang. KIPIDAP..

Tuesday, August 9, 2016

INDAHWATER




SEJAK 10tahun dok sini xpernah lagi ada masalah ni. Tapi minggu lepas air penuh plak apalgi banjir la dapur aku tu. Call Indah Water buat komplen ari Jumaat dalam jam 3 dorang datang buat keje. Alhamdulillah semua berehh... Senang je pas ni kene la bayor Indah water sebab lepas dorang buat keje masuk bil untuk kita bayor la. kalau x memang xpernah bayar pun sebab xde bilnye pon. Selepas bil aktif barula bayor ye.

Monday, August 8, 2016

BERLALU SUDAH RAMADAN DAN SYAWAL

Alhamdulillah tahun ini bertemu lagi Ramadhan dan Syawal. Moga bertemu lagi di tahun hadapan. Tahun ni raya macam biasa je. Yang seronok sebab masih ada Ibu adik2 anak2 suami tercinta yang sentiasa meraikan bersama-sama. Beraya dengan dorang ni xgi beraya mana pon xpe. 

Tak terkurang pon keseronokan raya tu.

Syukur sangat sebab masih ada ibu tercinta yang Allah berikan kesihatan yang baik untuknya. Sentiasa mendoakan kesihatan ibu semoga sentiasa sihat dan ceria. Allah ampunilah segala dosa kedua ibubapa ku dan lindungi lah mereka dari azab api neraka. 

Sambutan hari raya ala kadar je. Macam biasa je la. Yang penting kan semua ada. Pastu cuti tahun ni kan panjang sempatla berkunjung kerumah ibu saudara sebelah suami. Yang tak bestnya xsempat nak braya kerumah jiran-jiran sebab sibuk sangat sabtu ahad ke open house kenduri kawin. Mujurla jiran-jiran pon faham. Terjumpa makcik-makcik ni dan berborak je depan rumah ajak masuk xnak pulak.. haha xpela 











adik2 ipar











ni anak2 adik n anak2 saya

raya pertama

ni famili suami adi beradik n sepupu2

raya ke 3 rasanya ni ke raya ke 2 aku pon lupa dah hahaha

baru cukup korum aritu xcukup

my big family

last syawal open raya jabatan kesihatan mpk  dgn officer dari jabatan2 lain


ngan kak aida kak renggamah n ayu

e cececeh...




SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts