Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Pagi-pagi dah bangun konon nak pi awal. Sekali gi tengok mak oiii kemain panjang beraturnya. Dahla panas tak bawak apapon ni. Jadi pakat balik dulu kang tengahari la baru mengundinya.
Balik rumah masak dulu untuk budak-budak. Dah kenyangkan perut untuk tenaga nak beratur kang kol 12.30 baru la pergi lagi sekali bersama sebotol air sejuk , kad kenduri kawin(nak buat kipas), ngan payung sebab panas. Kete park jauh jalan kaki la apalagi.
Kali ni memang ramai gilor la yang pi mengundi, hah kau. Sib bek la cik kak dah tukar alamat tempat mengundi kalau mengundi tempat lama aiii jenuh ler juga. Masa terjumpa kaunter begerak spr, tanya kat kaunter semakan spr, dorang bagitau kalau nak tukar tempat mengundi tukar alamat dlm ic dulu pastu gi pejabat pos isi borang untuk pertukaran alamat mengundi. Mujurlah 2016 aritu lagi dah buat kalau idok meraung la oii.
Rasa lega giler lepas selesai mengundi. 2jam beratur berbaloi baloi. Alhamdulillah, aritu PH ada umum kalau depa menang kita dapat cuti 2hari khamis jumaat. Yippieee.. ok nanti sambung...
9.30malam
Malamnye, pengumuman mcm lambat je tido la dulu. Tapi wassap grup bedesup2 update news macam2. maklum la geng2 bawang ramai...kih3
Kejap2 tanya bos, esok cuti ke? Kih3... meraung bos aku sebab dorang masih kat pusat undi tak balik2 dah kol 2pagi tu. Bertabahlah bos. Yang mana dok bertugas tu bertabahla ye. Kita kat rumah pon xlena tido asik bangun je. Kol 3.30 pagi kot baru dapat update kata Kerajaan baru dah naik. Alhamdulillah...moh sambung tido ...yey cuti
No comments:
Post a Comment