CARIAN ANDA

Friday, May 6, 2011

TENGAH STUDY

heheehh disebabkan tengah dilanda demam peksa (ececeh cam budak-budak sekolah ribena plak) Cik Kak agak sibuk (sebenornya wat2 sibuk dan menyibuk jer) tak berapa nak sempat nak posting apa-apa entri.
Sebab tak pernah lagi gi exam KPSL ni sebenornya. Selain nak cari pengalaman dapat gak cuti tanpa rekod. Apa tu KPSL ? Ni exam untuk kakitangan kerajaan yang nak naik gred. CAm Cik Kak gred N17. KPSL ni Gred N27.

Sapa nak tau lanjut nanti2lah Cik Kak cecita panjang2 okeh. Doakan saya berjaya okeh.... Kepada Jurutera bunyik terima kasih atas teknik2 peksa yang korang turunkan tuh...terutama teknik penyerapan memang marbeles la... Kak Melur Jelita mesti saya rindu ngan Hilman dan juga Intan...nampak ari jumaat depan baru boleh online balik..okeh kekawan nanti Cik Kak blogwalking yer.....kepada yang sudi jengah2 blog CikKak nih mekasih yer....lup u all...

Tuesday, May 3, 2011

TERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN KEPRIHATINAN INI YANG SAYA MAU

Alhamdulillah posting tentang salam tu ada gak yang memberi teguran memperbetulkan kesilapan saya. Sebenarnya Cik Kak tak tau nak tanya ngan sapa mengenai artikel tu. Statetment salam tu sememangnya meragukan dan kerana itu Cik Kak memostingkan dalam blog ngan harapan ada lah sesiapa yang akan memberikan teguran. Cik Kak cuba gak masuk ke laman tuan empunya  fesbuk tersebut tapi tak boleh posting apa-apa ke wall tersebut. Tak pasti kenapa...

Alhamdulillah jutaan terima kasih kepada Melur Jelita mengomen entri salam tu dan hari ni dah dapat jawapannya. Sebab tu dalam posting tuh Cik Kak tak dan nak tulis apa2 pun maklumlah internet lombab bonar hah jadi hasil pencarian agak mendukacitakan.

Sekiranya terdapat apa-apa kesilapan yang u all rasa patut diperbetulkan jangan segab-segan dan malu-malu bagi komen pada Cik Kak. Saya amat menghargainya. Agar dapat diperbetulkan dengan sumber yang betul lagi benar. Terimakasih pada Jejaka Coklat, Tokwan Muda, Diana yang prihatin ...sayang u all semuah....

Haah kalau nak baca detail tentang perkara ni sila klik link blog ====> Melur Jelita (sila klik disini untuk baca penuh)




SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts