CARIAN ANDA

Friday, August 17, 2012

SURAU SPCE U8 TERBAEKKK

Salam, ada sesiapa pernah pergi Space U8 Bukit Jelutong Shah Alam.... ada sekali 8 ramadan lepas sempat singgah ke sini. Saja jalan-jalan. Boleh tahan juga tempatnya luas, tapi belum banyak kedai bukak lgi.

Yang paling best adalah suraunya. Masa singgah solat asar disini, mak jatuh cinta dengan deko dalam surau ni. HMmmm sangat2 nyaman n selesa. Alhamdulillah, kawasan yang luas, tenang dan khusyuk menunaikan solat. Jangan lupa singgah tau....










tepi2 tu adalah air terjun yang mengalir dari dinding2 ..nyaman ko... gambar kurang cantik...sowi ek

ni kalau si kippi masuk dah tentu dia leka main air



luas kan

ni tempat solek2 ...

laluan kat belah dalam

tempt berwuduk.....cantik sangat



surau tu lokasi kt dalam food court ni

view dari atas

kolam air

luas gile n tak ramai orng




Thursday, August 16, 2012

SALAM AIDILFITRI

Bismillah...

Assalamualaikum semua, sedar tak sedar dah tinggal lagi 2 hari je nak sambut Syawal, sungguh la sekejap jer rasa puasa kali ni. Preparation pun ala kadar saja. Tumpuan lebih kepada perkara-perkara lain. Sungguh pun begitu mak nak ucapkan kepada semua geng yang selalu bertandang ke Blog mak ni Salam Aidilfitri n Maaf Zahir Batin. bagi yang balik kampung berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang. 

Taklupa juga selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55...


SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts