CARIAN ANDA

Wednesday, August 7, 2013

SATE GORENG UWAN MENU WAJIB RAYA






Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 29 hari kita berpuasa dan esok dah menjelang hari raya. Mak masih bertugas di kaunter bayaran tercinta ni, nasib baik semalam dah siap beli lauk dan keperluan untuk memasak. Jadi harini takdelah kelam kabut baru nak gi cari kan. Tadi saja singgah beli serai mak aiii arini kat simpang tu dah penuh orang, semalam masa pergi tak de la ramai sangat. Tahun ni ramai plak yang jual daging itik. Bila-bila nanti nak try beli la daging itik buat goreng2 heheheheh....Sekilo rm13 je..hehehe 
Apa menu kegemaran raya korang? Macambiasa la kalau mak ni ketupat, kuah kacang, rendang ayam, masak lodeh serta paling spesel menu sate goreng. Menu ni turun temurun keluarga kami. Dari arwah uwan sampai la ke saya. Dulu-dulu masa zaman anak dara rajin gak le tolong ibu kat dapur masak lauk pauk ni, cuma dulu kurang rajin nak nyalin resepi jer

Esok raya, tapi kali ni amik cuti lepas raya, takpelah bg laluan pd orang-orang yg sibuk nak cuti awal. Anak-anak kat rumah ayahnya ada, dah cuti. Mak cuti lambat skit je. Janji cuti. 

Masak pun tak ler makan masa sangat kot.




Resepi Sate Goreng
Boleh la nak pilih daging ka ayam ka paru ka...ni bahan utk 2kilo yer

2kg daging potong dadu
4Sudu  Jintan Manis (kisar)
3Sudu ketumbar (kisar)
2 gengam bawang putih (kisar)
4gengam bawang besar (kisar)
10-15batang serai (kisar)
halia 5cm (kisar)
lengkuas2cm (kisar)
sedikit serbuk kunyit
sedikit gula
sedikit garam
2 cawan minyak untuk memasak


Dah siap blend semua bahan2 tadi masukkan kedalam daging dan gaul untuk diperap selama 2-3 jam sebelom dimasak.Lagi lama perap lagi bagus.Resepi sate goreng ni turun temurun resepi arwah uwan yg bagi. Diam xdiam dah berbelas tahun arwah tiada. Alfatihah untuk arwah Uwan Habsah Daud n Arwah Ayahku Kamaruddin Othman.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts