CARIAN ANDA

Wednesday, October 15, 2014

PROF KAMIL IBRAHIM

Semalam bawa anak pi cek up kat klinik desa lepas tu terus ke opis. Otw ke opis bukak radio
dengar satu interview ni sangat menarik. So sampai opis log on kaunter then terus gogel cari Prof Kamil Ibrahim.
Tak sangka Allah bagi rezeki untuk dengar radio ttg beliau. Gigih mencari kisahnya dalam internet. Siapakah
gerangan insan ini.
Biasanya kalau topik kat radio ni bab temuramah macam bosan skit. tapi ni sgt menarik minatku utk
mencari maklumat lebih lanjut tentang beliau.
maklumla umur dah makin xmuda ni kita kena la cari ilmu. Kisahnya yang banyak kita blh jadikan
pengajaran dalam hidup. Prof Kamil Ibrahim. 


Muhd Kamil Ibrahim


Jom skodeng.

Tuesday, October 14, 2014

SAYA SUDAH GEMUK


Huhuhuhhuhu saya dah gemuk!!Okey bye!!
Chaiss lepas abes pantang makin menjadi2 plak napsu makan skang lapar kebulur cam ada polong dalam perot. Napsu lapar yang xboleh nak dikekang-kekang ni dah jadik habit plak sejak mula makan ayam. Hari2 makan ayam mana tak tembun cam ayam daging. Lelemak dah mula banyak. haissshhh tak buleh jadi ni. I must disiplin diet mcm dulu balik. Say no to gemuk. OMG aku gemuk dah...
Stress ko haritu dah elok2 turun sampai 54kg laki mak gak akata cengkung no. Apalagi aku pon naikkan la badan. Hah xsampai sebulan 60kg ko. Sakng dah terlajak 62kg... Abes aku....

SO moral of story.. Dont listen to your laki.

Tuesday, July 1, 2014

Buah hati baru


Alhamdulillah 14jun lalu mak dah slmt melahirkan seorang puteri. Bersalin kali ni secara operate. Macam2 hal tapi syukurlah segalanya dah pun slmt.
Maka bermulalah episod berpantang dibulan ramadhan. Bersama puteri tersayang. Eryna Ezaara Akmal makan masa juga nk cari nama baby. Maklomla sampai rambang mata bapaknya nak bg nama. Mak tak kisah sangat. Sblom ni bg nama anak encik suami 100% yg uruskan. Mak ikotkan aje. Tp kali ni teringin sgt n suka sangat ngan nama Zaara. Tu yg letak gak nama Ezaara. Eryna plak bapaknya kenan no nama tu nama fb mak tu disukanya padahal encik suami mana der fb. Kebetulan dia suka nama tu amik je la. Akmal plak abadikan nama mak la diakhir nama semua anak2 encik suami kata bio dia ingat slalu kat mak dia ni. ;).

Berpantang operate kali ni lglah mencabar sebab kene banyak berehat tak blh buat kojo berat2. Macamla kojo berat2 sgt. Nampak mcm xberat tp sebenarnya berat. Cuci baju, kemas umah, sapu sampah smua mak xbuat encik suami buat sejak mengandung n lagi2 pas bersalin ni.

Mula2 rasa mcm dah ok lepas 2minggu tp semalam luka kat tempat operate tiba2 keluo darah terus encik suami kata rehat jgn buat keje. Mandikan anak pon letak dalam air dlm bekas kecik dan lap2 je. Takut luka tu basah balik plak. Luka operate tu nampak mcm dah ok ntah macamana sebelah kiri mcm gatal2 n tergaru plak. Susu plak asik meleleh2 dan terbasah plak katsitu. Sekali tgk2 dah berdarah plak. Perit skit la. Takut terkena jangkitan kuman plak la kan. Terus cuci luka bersih2. N lap kering2 kawasan bdarah tu. Mujurla dah xde darah keluo lg. Cuak mak nak oii.


Pergerakan pon xblh kuat2 sgt. Adamasa ngilu n sakit perit. Xbrani la nk angkat ke tolak ke kusi meja ngemas2 dapo sgt
Bila tunjuk luka tu kat encik suami mmg nampak bengkak skit luka tu.

Dah lepas 2minggu ni dah 2kali amik pati ikan haruan. Saja jarakkan pgambilan pati ikan haruan ni sebab xnak minum tlalu kerap sgt. Alhamdulillah dr anak sulong sampai anak ke 3 ni susu mmg byk. Walaopon xamik apa2 supplement sblm ni. Rezeki utk anak2. Sblom ni dptla nyusukan dorg sepenuhnya sampai lebih dr 6bln. Lepas 6bln still nyusu bdn sampai setahun 2bln n pastu stop. Sebab?? Kene gigit. Xblh tahan lor.
Dan masing2 dah makin kuat makan maklomla dah ado gigi. Hrp2 dapat susukan Baby Zaara lebih 6bln. Berbeza dgn baby boy baby girl nyusu agak lemah lembut skit dr baby boy yg agak kuat nyusu. Ni xsampai 10min dah terlelap.
Ragam abang2 plak kalau dilayan blh kene darah tinggi. Ada je benda nk diamuk atau digaduh. Excited sgt dpt baby. Terutama abg kippi. Ingat lg masa lepas keluo dr wad bedah ingatkan tkde la sapa dtg sbb x expect mk mentua  dtg ngan adik ipar anak beranak serta bawak anak2. Kippi n syabeel mak mentua n adik ipar tolong jaga gilir2 spanjang dok kat spital. Tiba2 kippi muncul. Mama,  mama mana baby?  Tula soklan mula2 yg keluo dr mulut dia.
Dlm ramai2 org dlm wad dia blh cam mak dia.
Yela baru sedar. Encik suami pon ada mmg dia dok menanti lepas mak terus dioperate pd hari tu. Dia pon xsangka mama dtg bw smua. Sbb pesan ngan dia xpayah dtg ngan anak2 sbb xnk nyusahkn dorg. Taujela peel anak2 sdiri. Tu pon kippi sedih2 sbb nenek marah katanya. Alahai, kippi ko mmg la suka buat org naik angin. Mcmn nenek xmarah.
Kat hospital 3 hr jugakla br blh balik. Lepas doc tgk luka bedah tu kering n cantik. Dorg terus bg balik. Tp nunggu nk balik ptg gak br selesai. Xkisah la nk balik punye pasal.
Berpantang pon sdri. Ibu ada dtg lepas balik dr selasa temankan sampai ar sabtu. Lepas tu dah balik jeram. Jadila dtg sekejap. Mak mentua plak hari2 dtg kejap2 tgk2 kot2 ada apa2 yg diperlukan.
Baby pon xbanyak ragam sangat. Hari ke 4 dan ke 5 nurse dtg umah tgk baby katanya ada kuning skit. Pegi bawa baby cek darah masa tu bacaan 167. Tak tinggi sgt doc suh repeat test esok kalau bawah 150 xyah buat dah. Esok buat lg bacaan 140 alhamdulillah ok xyah buat test lg. Selamat.

Sunday, June 1, 2014

Sukaneka tadika

25hb mei ahad, sukan tadika sekolah akifie diadakan. Memang malas sungguh nak pegi kalau diikutkan maklumla hari ahad hari bergolek2 kat umah. Tiba2 nk kene plak bangun pagi2 macam nak pi koje memang la malas kan. Tapi demi nak pi sukan sekolah kuatkan tekad gak la.

Akifie dengan penuh semangat bangun awal pagi mandi n siap2 pakai baju sukan.

hensem tak saya?

bila hero Malaya berposing

anak bapak la katakan...sengeh je

nunggu cikgu

ngan geng

cari gula-gula dalam tepung








Monday, May 12, 2014

Persediaan Bersalin part 1

Diam tak diam dah masuk Mei next month dah masuk bulan Jun. Alhamdulillah kesihatan semakin baik walaupon sengal2 sana sini dan masih bersisa batuk-batuk yang terkencing-kencing ni. Persediaan kelengkapan barang-barang masa bersalin dah pon dibeli sikit-sikit. Dah masuk anak ke 3 kan. Ikut dari pengalaman yang lepas memang eloklah disediakan sikit2 masuk kandungan 5bulan dah mula cari barang-barang keperluan. Maklumlah nak beli sekali hadap kang mau banyak fulus nak keluar. 

Barang untuk baby
Yang ni beli pon tak banyak sangat, kebetulan aritu dok nyimpan baju2 bundle adik jual kat pasar pagi. Baju-baju tu dah diketepikan sebab amik baju2 saiz budak2 besar je. Jadi baki baju2 tu basuh2 balik yang mana boleh guna dah diamik untuk baby pakai nanti. Ada banyak gak la dalam 10helai camtu. Hohoho jadilah kan. Banyak plak kaler pink harap2 dapatla baby gurl nanti. Aamiin. Boleh la pakaikan. 
Selain baju beli barut baby yang baru. Dalam 6helai jugakla. Takla banyak mana. Yang penting gambo2 kartun yang cute tu hah. Tebal gak la. Yang ni beli ngan member kat ofis. Dia ada amik tempahan buat barut baby. 
Kain bedung. 
Ada banyak dalam 5helai gak la semua kippi punyer.

Diapers. 
Yang ni  beli secara bundel terus dari kilang diapers. Borong dari pak sedara murah pon murah je. Beli saiz S buat stok banyak. Ada dalam 5pek tapi dah terguna 1pek sebagai alas spenda sebab asik terkencing2 je dah tinggal 4beg je. Huhuhu nak kene order lagi nanti  nampaknya. 

Toiletries
Baby nyer minyak telon dah ada, bedak syampoo, baby wipes, baby oil otw beli. Yang ni xbanyak sangat nak distokkan melainkan baby wipes tu. 

Barang keperluan mak budak. 
Agak banyak gak la. Sebab nak all out jaga kesihatan maklumla makin tua bukan makin muda. Nak kene jaga elok2. Banyak gak kelengkapan yang dah dibeli dan masih ada gak yang belum dibeli. 

Sunday, May 11, 2014

HAPPY BIRTHDAY 9YEARS

28 APRIL 2014 aritu genap dah hero sulungku 9tahun. Disebabkan mama dah makin taklarat hajat nak buat party besday xdptla ditunaikan. Maka malam tu kami anak beranak sambut kat rumah je.

Terkena plak hari isnin balik keje malam tu kene plak buat bsp kat klinik desa jam 8. Lepas balik dr klinik barulah gi ronda cari kek. Dan beli mekdi je. Ikot permintaan budak2.

Dah malam2 kan, tambah lg dgn keadaan yg dh xlarat penat semua. Ikutkan je la. Kalau nk ikutkan besday boy mcm2 permintaan nak. Lain kali je la sebab dh malam mama ngan ayah penat. Tunggula hari cuti bila2 nanti ajakla ayah ko.nengok wayang.

1mei2014 aritu cuti jadi dptlah ayah bawk korang gi nengok wayang. Nak sgy tgk spiderman 2. Mama tinggal umah malas nk folo.

3mei plak sambutan besday mak mentua.Happy besday nenek cuma makan besar ramai2 tu je lewat sehari. Xpelah kan janji ado. Celebrate besday nenek yg ke 70.

Friday, May 2, 2014

Masuk Hospital

Bulan April lepas macam2 hal jadi. Dugaan betol mengandung kali ni. Kena plak demam denggi. Apalagi kene la masuk spital seminggu gak. Disebabkan demam dah beberapa hari dari hari jumaat. Badan mmg rasa semacam. Mmg tak larat kt umah xde selera makan asik tido je.
Ahadnye gi klinik halimah. Doktor suh gi cek darah esoknya kt pandamaran kalo demam lg.
Ahad tu mmg terasa dah xlarat. Tp dilaratkan jugak la. Siap muntah2 balik dr klinik. Esoknya dh ptg baru ke klinik utk ujian darah sbb malas nk pi pg2 org ramai. Bila buat ujian darah platlet dh 130. Dokto suh dtg repeat esok. Apalgi esok tgh dtg Repeat dah turun 80je. Kelamkabut doktor pompuan tu sbb tekanan darah pon dah rendah sgt 80/55 je. Dorang terus call ambulan utk anto hospital. Tak bg pi sdiri. Sbb dah emengency takot apa2 jadi lagi2 tengah pregnant.
Mmg xlarat sgt pon. Nak berjalan pon dah tak daya. Semua org angkat je. Naik kosi roda. Kesian anak2 n encik suami bila tgk mama n bini dh kene usung masuk ambulan.

Monday, March 17, 2014

Bilik Anak

Skang ni dah masuk 6bulan usia kandungan mak. ALhamdulillah baby sihat je. Maknyer yang kurang sihat. MAcam-macam alahan dan ragam masa mengandung kali ni. Sabar n cekal je la. Kali ni mood mak nak ngubahsuai bilik untuk anak bujang 2 orang ni. Bukan apa umah kecik je 2 bilik je pon. Barang2 mmg banyak dalam umah ni. Semua hasil simpanan encik suami. Tkpe2 nanti mana yg nyemak tu kita kasi buang la ye. Nyimpan pon bukan boleh dapat dividen. 

Paling banyak baju tshirt yang sampai tak terpakai. HAi la baju nanti sampaila masa ko nyer hukuman sampai.MAk dah tak larat nak tengok sesak barat dalam bilik tu kesian anak-anak dah makin besar terpaksa kongsi bilik ngan mama and ayah. Nanti kita kemas bilik tu ye. Tengah dok tercari-cari idea macamana nak deko bilik budak2 ni. Kalau boleh tak nak keluo bajet banyak-banyak. Tak nak letak katil. Permintaan dari Syabeel nak katil besor little tikes tu xdpat la dipenuhi. Mama ingat nak letak tilam besar je. Kang berkatil-katil ni ruang makin sempit. Macam-macam projek plak korang buat nanti. Jadi sementara korang ngah kecik lagi kita pakai tilam dulu ye. Ni pun satu cite nak beli tilam yg jenis macamana. Takpe pelan-pelan la kita buat yer.

Try goggel idea kat internet antara yg mak dapat tengok
     
kredit to http://hidupkurumahkuterurus.blogspot.com/2013/04/bilik-anak-anak.html
 kredit to : http://mamakembar3.blogspot.com/2011/05/make-over-bilik-si-kembar.html



Tak banyak sangat carian kat google deko hias bilik takde tilam ni. Kebanyakkannye deko yang high standard punye. Memang cantik la tgk la bajetnya plak kan. Takpe la sekurang2nya idea dah ada tinggal nak bikin saja lagi. Hope sangt dapat direalisasikan sebelom bersalin. Bila la agaknya nak mula sesi kemas umah ni. Tunggu ari cuti sekolah nanti la kot. Boleh la mulakan operasi. Nampaknya kene panggil adik-adik datang untuk tolong kemas skali. Alih2 almari ni keje orang lelaki kang kalau mak yang buat mau aku sakit2 badan.

Wednesday, March 5, 2014

SENTAP











akak MOOD SENTAP okeh.

Apsal sentap?
Mungkinkah saya hanya terbawa-bawa oleh perasaan sendiri. Maklumlah ibu mengandung kan ke sensitip. Kadang-kadang orang sekeliling ni taktaula apa motif bertanyakan sesuatu? 
Adamasa pertanyaan itu perlukah?? Tengok je tak bolehkah?

OOo dia pegi sini ke? OO skang dia buat ni ke? OOO macamtu ke? Dah tau diam-diam sudah. Lagi mau tanya. Aku ni nyusahkan kau ke buat macamni ?? Tak kacau kau pon kan. Biasalah nama pon manusia kalau x busy body memang tak sah. Kikiki...nasiblah nak buat camno. Sabor jela  iye. 

So kite ni haruslah beringat-ringat ye. Tak kisah la ngan sapa pon. Jiran ka, kawan ka, sedara mara ka. Sebelum nak tanya atau nyibuk tu pikir2 la dulu. Takut ado yang kocik ati. Peace yo!!




 



Monday, January 27, 2014

Menu lepas mabuk


Alhamdulillah lepas mabuk teruk aritu la ni dah blh makan. Syukur sangat. Nasi plak makan siang je. Makan pon sbelum kul 7malam. Bukan apa kalaumakan berat malam nanti susah nak tido. Balik koje kalau rajin masak menu yang simple je. Ikut selera tekak. Paling suka sangat makan makaroni stail melayu ni. Heheh resepi main campak2 je.
Tumis bawang putih merah skit ngan butter pastu letak tuna tin skit. Letak susu bagi creamy skit n chese sekeping. Siapla. Jom makan. Asalkn tk lapar.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts