CARIAN ANDA

Thursday, October 24, 2013

Adab Masuk Rumah Baru



Soalan: Assalamuaikum, apakah perkara-perkara sunnah masuk rumah baru? Adakah azan di 4 penjuru termasuk dalam sunnah?


Jawapan:
Waalaikumusalam,
Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato’Dr Harun Din, cara untuk memasuki rumah baharu ialah seperti berikut:

1) Baca Bismillahirrahmanirrahim.
2) Tepuk daun pintu 3 kali.
3) Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah.
4) Jika tiada reaksi dengan apa-apa bunyi (sama ada cicak dan seumpamanya) maka rumah itu belum ada berpenghuni. Rumah tersebut selamat didiami untuk anda sekeluarga.
5) Sekiranya semasa/selepas beri salam terdengar bunyi cicak, itu bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak nampak. Sebagai jalan penyelesaian anda kena buka pintu depan dan belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah tiga (3) petang di ruang tengah rumah. Habis azan tutup kedua-dua pintu, lakukan selama tiga petang semasa maghrib.
SHARE JIKA BERMANFAAT…

copypaste :SUMBER

Wednesday, October 23, 2013

Letih dan mual




Pretty purple butterfly
Huhuhuuhuh,

Fairy emoticon Minggu ni keadaan agak teruk sedikit, walaupun tak seteruk dan selemah dulu kali ni morning sickness hanya teruk disebelah malam. Tidur memang tak lena. Siang plak agak lemau diwaktu petang namun digagahi jua. Meneruskan rutin seperti biasa memandu sendirian ketempat kerja bersama anak-anak. Hantar ke sekolah dan ke taska. Memang agak meletihkan sebab penin-penin kepala dan mual-mual mula terasa. 



Fairy emoticon Awal-awal pagi rutin minum Shake Herbalife sebagai sarapan memang diteruskan 700ml dicampur dengan oats atau nestum sedikit sebanyak membantu memberikan tenaga selain selera memang tak keruan. Bau-bauan kuat memang meloyakan dan memeningkan kepala hatta wangian kegemaran en suami aku dah sorokkan... kikiki...rasa nak buang semua minyak wangi kat umah.
Yang pasti selera makan semakin kurang nak kena makan lagi maka pagi-pagi makan lagi tosey.

Fairy emoticon Raya haji yang lalu sempat bawa Ibu balik kerumah sebab ibu demam dan berseorangan kat rumah sewanyanya di Jeram. Bila dekat rumah baru tau ibu pun ada kena tempias aku mabuk ni. Kesian ibu. Ketara minggu ni selera makan memang xde. Semuanya serba tak kena pada hidung dan tekak. Sudahnya makan saja nasi berlaukkan ikan masin dan sup sayur kosong atau telur goreng. Paksa makan walau pun sedikit. Syukur alhamdulillah kali ni mampu juga telan nasi walaupun payah nak habiskan sesenduk nasi. Seperti biasa kali ni daging lembu atau ayam tak boleh nak dimakan. Sedih-sedih. Mau setahun tak makan ayam lepas ni. Huhuhuhuhuhu...takpelah kan. Nak buat camana. 

Kemalasan sangat-sangat masa ni taktau nak cakap la, memang tinggal lantak ler tak berkemas kat umah. Perangai ni dah dikenalpasti encik suami dan beliau dah mula bebel. Memang xlarat sangat kat rumah lepas balik keje. Baru nak basuh pinggan tiba-tiba jiran sebelah menumis  Ya allah, terus rasa nak pengsan2..... lari-lari masuk bilik selamatkan diri. oksigen2.....huwaaaaaa....lepass tu terus tertido


Pas ni nak kene gi bukak buku pink plak kat Klinik Desa mungkin tunggu bulan 12 nanti baru nak buat. Bila keadaan camni nak rasa-rasanya cepat-cepat la bersalin. huhuhuuhuu
Cute baby girl

Tuesday, October 22, 2013

Alhamdulillah Rezeki

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana last week dapat berita saya mengandung lagi. Syukur sangat-sangat sebab memang dinanti-nantikan. Risau juga sebab umur dah menginjak ke 35 badan pun tak semuda dulu. Takut gak penat n letih keterlaluan. Sebab bila mengandung ni mak mula la macam-macam ragam.

Baru lagi usia kandungan pun baru 7minggu. Setakat ni takde la teruk lagi morning sicknessnye
2kali buat test ni. Sekali kat rumah nampak cam blur jer... esoknya gi klinik baru nampak jelas dan terang. Doktor kata tahniah. Due date 14 Jun 2014 Insyallah. Memang ditunggu-tunggu, doakan baby girl bakal lahir nanti yer.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts