CARIAN ANDA

Friday, October 22, 2010

WAHAI HATI

Wahai Hati
Kenapa Kau mUdah Tersentuh
Secebis UCapan Nakal Lantas
Kau Muram Sepanjang HarI
Mana Hilang Tawa Manis mu

Wahai Hati
Cepat Benar Kau Terasa
Mudah Sangat Kau Goyah
Kenapa
Kemana Hilangnya Semangat Kentalmu
Kemana Hilangnya Kekuatanmu

Wahai Hati
MaafKAN mereka yang tidak mengerti
maafKan saja dengan hati yang murni
hilangkan dendammu dalam hati
Jangan disimpan walau seinci

Wahai Hati
Kuntumkan senyum dibibir hari
hilangkan segala lara dihati
kelak harimu pasti seriang bunga Matahari

DAPAT DUIT FREE DI PAY BOX

Tahukah anda dengan hanya mendaftar di PAYBOX (sign up) anda akan dibayar $50 percuma, kemudian setiap referral akan mendapat $5 dan berpotensi mendapat $20 setiap hari



Betul atau tidak boleh mendapat duit saya, mendapat beberapa pandangan termasuk blog OH DUIT ENKHA memberi maklumat mengatakan pihak paybox akan membayar selepas pelancaran pada  2011 kalau scam nasiblah. Anyway tak rugi mencuba sebab its totally FREE. Just rajin2 bukak log in hari2. Best jugak kan manala tau betul2 dapat kan bagus tak rugi cuba beb lagipun bukan kena bayar. Lagipun sambil berfacebook dengan kengkawan why not u try click this paybox and register saya sudah ANDA?? Just sharing and caring...if interested feel free to joint jangan takut tak perlu keluar duit satu sen pun setakat harini dalam dah terkumpul 300++ kalau convert ke RM dekat2 1000 jugalah. TRY IT!!


Tuesday, October 19, 2010

JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok

JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan
membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN KEMBALI KE SEKOLAH
nanti !!!  Kutipan akan dijalankan
bermula pada bulan Disember.  Mohon dipanjangkanemail  ini kepada kenalan2 tuan/puan.

Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni kini belajar di
Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah
pada tahun 2009.  Justeru itu pihak kami sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut sekolah bagi
anak-anak ini.  Walaubagimana pun bagi
menceriakan kali pertama mereka menduduki alam persekolahan diperingkat rendah
ini, diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang disumbangkan adalah yang masih elok.

Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk
bekalan kita di hari akhirat kelak.  Amin.

P/S -  TERKINI:  Sumbangan Alat-tulis
juga diterima, termasuk kotak pensil.

UNTUK
KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.ummuain.com/rumahamal.htm

Untuk kemudahan anda
menyumbang secara ONLINE sila gunakan akaun:
MAYBANK
5121- 8313- 4032
(RUMAH KASIH HARMONI)


WAKIL PENGUMPULAN BARANGAN
& PAKAIAN TERPAKAI UNTUK RUMAH AMAL
Lembah Kelang                                          :      Ustaz Zahari – 013 3303430
Kajang dan kawasan berdekatan        :      En.
Ku. Hafiz 012 4374379
Putrajaya, Puchong dan
sekitarnya    :      En. Usamah: 012 6453582
Petaling Jaya dan sekitarnya                :      En.
Zuki – 012 7697457 / 03 78038426
Gombak &
Selayang                          :      Pn. Fauziah - 0361385135 / 0162648651

__________________________________________________________________________________

MEMINDAHKAN KONSEP RKH & RSK KE KAWASAN BANDAR (LEMBAH KELANG)
Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan yang diketengahkan oleh Rumah
Kasih Rarmoni (RKH)dan Rumah Siraman Kasih (RSK) pihak kami bercadang untuk
memindahkan konsep ini ke kawasan bandar, dan kawasan yang dipilih ialah
kawasan Lembah Kelang.  Maklumat untuk
usaha ini telah dan sedang pihak kami kumpulkan agar usaha amal ini dapat
berjalan dengan lancar.

Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:

1.        Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.
2.      Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.
3.      Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.
4.      Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar,  daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas.  Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.
5.        Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah
amal  yang terpencil.  Usaha ini memudahkan golongan ini untuk
menziarahi dan menyumbang kepada mereka.
6.      Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah
Kelang

Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang
dalam berbagai cara:
1.      MEMBIAYAI:
A.      Sewaan bulanan bangunan
B.      Bil-bil utiliti
C.      keperluan dapor
D.      Belanja
persekolahan pelajar

2.        MEMBIAYAI
ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):
A.  Katil
dan tilam untuk asrama
B.  Keperluan dapur asrama
C.  Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik
D.  Kerusi
dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen
E.  Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah

3.      BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:
Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah
yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar,  berumur di antara 5 hingga 12 tahun.

4.        MENDAFTAR
SEBAGAI SUKARELAWAN:
A.  Tenaga
pengajar/tuisyen/guru agama
B.  Pengendali laman web
C.  Tenaga
perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana
D.  Wakil
perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD

5.      DOA MENDOAKAN
Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam
usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala
usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk
bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak.  Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita
mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi,  dimana anak-anak di Tadika (RKH) yang ada
sekarang akan mendaftarkan diri ke Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak
di asrama Sekolah Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim
persekolah baru.

Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan
sila hubungi :
Puan Mazlina : 019-3133430
Ustaz Zahari : 013-3303430
Lamanweb: www.rumahamal.org/wakaf.htm


Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.

Yang berusaha,
ROHANA BT. ALI
Emal: pengurus@ummuain.com
Penasihat
RKH & RSK
 

(A)  RUMAH KASIH HARMONI
(a)  TADIKA HARMONI:
No. 12, Jalan 8/5,
Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

(b)  ASRAMA RKH:
No. 12a, Jalan 8/5,
Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

PENGURUS: Puan Mazlina – HP: 019-4484103



(B)  RUMAH
SIRAMAN KASIH

(a)  ASRAMA PUTRA:
No.18-1,
, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes,  Rawang, Selangor  D.E.

(b)  ASRAMA PUTERI:
No. 2, Jalan 12/2,
Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

PENGURUS:  Mak Kamariah - HP :  016-3313546 /
013-3492273

Kanak kanak kupu kupu syurga

Kanak kanak kupu kupu syurga

Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh
digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga;
 

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama
 orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis
 kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas
tubuhnya.
 

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
 darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
 

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya  melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
 


4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan
 kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya
 mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
 

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
 Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
 menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa
 membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
 

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan. Aqrak
berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang
 pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang". Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan  dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang  yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.  Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia  memerdekakan anak Nabi Ismail.
 

7. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah  dia kerena meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan  anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.
 

8. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu  lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak atas dirimu".
 

9. Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun, maka kahwinkanlah dia.

Suami & Isteri...


Bagi yang bujang suatu iktibar

Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran

Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI.... renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya


Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana

Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH....
Amin....

Wahai ISTERI pula...
renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...


Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

"Kau menghiasi Hatiku...Yang dulu Kekosongan...Thank You ALLAH...."

Suara Hatiku...

Suara Hatiku...

Buat insan yg bakal memiliki diriku.....

Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku...Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH... Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...

Ya Allah
Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya insan ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."

Mama Pulangkan Tangan Ita

Kisah ini sama-samalah kita jadikan teladan. Anak harta dunia yang tak ternilai...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian
di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di
luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu
rumah
.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak
tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik
si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar
merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan,
si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit
menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah
kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa
di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu,
si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap
pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia
menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan
pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu
rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang
nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.."
katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong
kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan
ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik
pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis
kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah..
Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita
sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung
seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur
jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Ya Allah ampunkan daku!!! 

Monday, October 18, 2010

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam


Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang
bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia
dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira
kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki
suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan
ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada
orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri
yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk
seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara,
ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan
suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= ====
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.







Mitos hubungan seksual


Ramai yang tidak menyedari pelbagai mitos seksual yang terus mereka percayai akan menjejaskan hubungan intim.



 
WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.
Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.
Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.
Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?
mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks
Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.
mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia
Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.
mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid
Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.
mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan
Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.
mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar
Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.

MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.

mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali
Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.
mitos 7: Zakar besar bila beronani
Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.
mitos 8: Onani boleh mandul
Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina - hasil akhirnya adalah ejakulasi.
mitos 9: Seks berkait dengan etnik
Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.
mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme
Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

Mari ketawa dulu...

"1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? Suami :Kenapa? Isteri
:Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila
pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving
betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isterimenceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu
bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat
yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


3.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik..'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit....
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

4.Mamak dapat anak Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak:
Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya
banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…  5..kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.

6.Belajar bahasa English
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggarseorang pelancong US ketika berjalan2 di The mallGadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan olehpelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '

7.Kek Hari jadi...
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelakiitu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,
kemudian
sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata
lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya
itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada
isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika
kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki
itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


8.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi..
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah
:(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi,
jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula
kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin..
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!"

Apa punca anak derhaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" 
Life is a journey, not a destination...
Ya Allah SWT.  Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh kehidupanku.
Ya Allah, jika engkau menurunkan bala kepada sesaorang atau sesuatu kaum,janganlah kiranya engkau libatkan kami ya Allah, kau lindungilah kami ya Allah yang berusaha mentaatimu. Kami tahu, bala dan laknatmu amat dahsyat. Lindungilah kami ya Allah.
Ada kawan forwardkan, boleh diambil iktibar .....

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun
. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan
. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka


"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."  


Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
 

Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.  
Allah hu akbar!"  ameen.

Kerana Allah SWT kita ditemukan...Andai Terpisah...Itu ketentuan...

KAHWIN LAGI.....


Masih adakah WANITA semulia alia di bumi MALAYSIA ini?????????
YE BETULLLLLLLLL! !!!!!!!
PIKIR2 LAH DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN... ...BAGUS CERITA INI......RECOMENDED UTK BACA CERITA INI...... TAK KIRA POMPUAN ATAU LELAKI KEDU2NYA ADA PENGAJARANNYA. ...

Layan jap... 
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV,  sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalan benar-benar menjerat hatinya. "Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

 Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyahterlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang  isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

 "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
 "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

 "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

 "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"  Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah  bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.  Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

 Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. 
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

              "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
              jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
              jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

              Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:

 Asraf Mukmin
 Suami yang tersayang...

 Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaPengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.  Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana  apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg... 
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu,anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut
dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

              Abg yang disayangi,

              Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
              persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
              penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat
              penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
              Aliyah mengenalinya.

              Abg yang dicintai,

              Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.
              Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping
              tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di
              Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
              borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa
              nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu
              Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
              Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
              Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan
              Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

              Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
              hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
              Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air
              tangan Aliyah.

              Salam sayang,

              Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

              Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri
              Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
              kegemarannya. Dia tersenyum!

              Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
              isterinya!!! !!

              ************    

              MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah
              dengan apa yg kita ada. Cinta pada
              kecantikan tidak akan kekal
              selamanya.. You would only appreciate
              things when you lost it..

              Penulis asal tidak diketahui ...?????????

FAMILY??

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "




sumber asli:  isuhangat.blogspot

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts