CARIAN ANDA

Monday, January 24, 2011

DAMPING MALAM ???


AHah entri kali ni seram sikit bunyinyer kalau takut Jangan Baca Waktu malam oK....

Apa sebenarnya dimaksudkan dengan pendamping ni? Kalau korang nak tau details hah ni akak kongsikan dengan korang serba sedikit info tentang benda ni...

Pendamping....Suatu gelaran yang diberi kepada Jin yang mengikuti seseorang samada diketahui atau tidak...

Pendamping kepada 4 jenis....

a) Dampingan Teman - Biasa dampingan begini di beri oleh orang tua-tua semasa depa hidup..tidak dikira saka kerana mereka di amanahkan semasa hidup...macama pembahagian harta le pulok... Pemilik baru mungkin tahu atau tidak...Biasa kalau cucu ingin merantau memang selalu dibekalkan Pendamping oleh Ahli keluarga...Kalau tak percaya scan pendatang dari negara jiran...Perghhh banyak

b) Dampingan Ikutan - Dampingan begini biasa mengikut secara diam2 setelah kita melewati sesuatu daerah yang angker...Dampingan begini boleh pergi sendiri setelah beberapa lama, namaun ada juga yang nak lepak terus...Dampingan boleh juga dari sebab mereka (JIN) suka kepada seseorang yang kononnya baik dan lurus..biasa orang yang lurus bendul amat suka didampingi bunian...Biasa mereka masuk kedalam mimpi menawarkan perlindungan dan kehebatan dunia samada menjadi bomoh atau pendekar...Namun banyak pantang larangnya dan kaedah memanggilnya...

c) Dampingan Penuntutan - Dampingan dari amalan atau ritiual tidak kira untuk perubatan atau Silat. Penuntut mungkin tahu atau tidak...Yang pasti biasanya dampingan ini akan menyerupa Wali dan lazimnya Wali Songo...Maka terpedaya lah mereka...Maka mana2 bomoh atau guru yang mengaku didampingi Wali Songo...sepak aje...


d) Salah Emak Bapak - Ini kerap terjadi.......itulah ustaz kata sebelum bersama baca doa...kalau tidak nanti ada makhluk lain yang menyetubuhi isteri anda... So agak2 makhluk lain tu klimak ke tak ? Bercampur tiga benih...AYAH, IBU dan dot..dot..dot


Membezakan antara keempat PENDAMPING serta SAKA dan SIHIR memerlukan kepakaran tersendiri...bukan main hentam keromo je macam seorang perawat di Paya Jaras...Pendamping dikatakan saka..last2 bini sendiri yang sedang sakit dirasuki JIN yang melompat/berpindah dari pesakit terus masuk hospital... Sepatutnya kunci le dahulu...baru JIN tak melompat merasuk orang sekeliling...

Pendamping ada yang boleh disuruh ada yang tidak dan ada yang memandai je terus buat tanpa arahan tuan......

a) Jenis yang memandai je ni yang leceh...terdiri dari jenis yang di ketahui atau tidak oleh pemiliknya...misalnya kalau pemilik tersebut menyumpah mat rempit yang2 tiba2 rammm dan whelley motor depan dia...dan dia terkejut..lantas menyumpah..jatuh ko nanti...Pasti mat rempit tu akan tergolek dog...Ramai orang ingat cakap masin...bukan...pendamping tu yang pandai2 je pi block motor tu..maka mereka yang selalu menyumpah terjadi begini...Jangan Pandang Belakang

 SUMBER :http://darulsaka.blogspot.com/2009/07/den-tongah-fikir.html

Pendamping manusia



Mimpi merupakan sebahagian daripada permainan tidur dan menjadi lebih dramatik apabila roh orang yang telah meninggal dunia tiba-tiba menjelma dalam mimpi.
Malah tidak kurang juga yang menganggap mimpi sebagai medium untuk seseorang dari alam lain memberitahu sesuatu kepada mereka yang masih hidup.
Kita juga biasa mendengar pengamal perubatan tradisional atau bomoh memperoleh ilmu, petunjuk atau ilham daripada roh para guru mereka menerusi mimpi.
Dalam satu senario lain, orang tua-tua menceritakan bagaimana roh orang yang telah meninggal dunia balik ke rumah untuk melihat ahli keluarganya yang masih hidup di dunia.
Pemujaan
Penjelmaan semula roh bukan sahaja dipopularkan oleh filem-filem Asia dan Hollywood seperti Ghost lakonan Demi Moore, bahkan meresap jauh ke dalam sanubari sebahagian masyarakat Melayu beragama Islam.
Persoalannya, apakah sebenarnya yang dikatakan roh itu dan bagaimana ia boleh muncul semula di alam nyata?
“Apa yang didakwa roh itu sebenarnya qarin iaitu pendamping manusia yang terdiri daripada golongan jin.
“Qarin itulah yang selalu dipanggil dan dipuja dalam pelbagai acara pemujaan.
“Kadangkala qarin itu boleh menjelma dalam mimpi dengan menyerupai orang yang telah mati,” kata pengamal perubatan Islam terkenal, Dr. Amran Kasimin.
Penjelasan itu membuka dimensi baru mengenai qarin dan roh yang sering saja disalahertikan.
Dalam bahasa Arab, qarin bermakna ‘teman’ atau ‘rakan’.
Apa yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak dari kelahiran seseorang bayi sehinggalah dia meninggal dunia.
Orang mati
“Sekiranya ada orang mendakwa mendapat mimpi tentang kehadiran seseorang yang telah meninggal dunia, itu sebenar adalah jelmaan qarin dan bukan roh si mati,” ungkap Amran.
Merungkai salah tanggapan masyarakat Melayu khususnya mengenai roh, Amran menjelaskan bahawa tidak berlaku sama sekali pertemuan antara alam roh dan alam nyata.
Jelas Amran, roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali bergaul dan berbual-bual seperti biasa dalam kehidupan harian manusia termasuk melalui mimpi.
Tambahnya, alam roh dan alam manusia yang nyata ini tidak akan bertembung sama sekali kerana terdapatnya alam barzakh yang menjadi pemisah.
“Justeru, tidak terjadi perkara roh naik atau turun pada waktu-waktu tertentu seperti yang dipercayai oleh kita selama ini.
“Apa yang kita lihat itu sebenarnya qarin,” tegasnya.
Menjelaskan lebih lanjut, Amran berkata, terdapat perbezaan jelas antara syaitan, jin dan qarin.
“Jin ini ada daripada golongan kafir dan ada pula yang beriman.
“Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, syaitan dan qarin,” jelas Amran.
Mengaitkan antara jin dan amalan pemujaan oleh bomoh bahkan kaki ekor, Amran memberitahu, sudah menjadi sifat qarin untuk membuatkan manusia percaya terhadap perkara khurafat seperti itu.
Ungkapnya, apa yang berlaku ketika amalan menurun ialah bomoh menggunakan jin untuk memberitahunya apa yang sedang berlaku sahaja.
Kembar
“Bagi perkara-perkara yang lepas, bomoh tersebut mengetahuinya melalui qarin. Ini kerana qarin adalah satu-satunya makhluk yang paling akrab dengan manusia.
“Dia seperti menjadi kembar manusia dan kerana itulah qarin boleh memberitahu perkara lampau mengenai seseorang,” kata Amran.
Bukan sekadar itu, keberkesanan amalan sihir yang menggunakan darah orang mati dibunuh juga berlaku atas ‘campur tangan’ qarin si mati.
Menyentuh mengenai gambaran qarin, Amran menjelaskan ia sesuatu yang di luar kemampuan manusia untuk menzahirkannya melalui pemikiran biasa.
Namun menurutnya, kemungkinan qarin menyerupai manusia kerana secara logiknya, ia umpama kembar manusia.
Qarin sentiasa berada di samping manusia. Kerana itu dia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang berkenaan.
“Qarin tidak seperti jin atau syaitan lain yang menjelma sebagai haiwan atau pokok kerana ia secara harfiahnya adalah pendamping manusia,” kata Amran.
Apa yang jelas, kewujudan qarin sama seperti jin dan syaitan lain iaitu berusaha untuk menyesatkan manusia sehinggalah manusia itu meninggal dunia, barulah qarin ini akan terpisah dengan manusia.
Hal ini turut ditegaskan dalam hadis Riwayat Ahmad dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap kamu ada qarin daripada golongan jin dan juga qarin golongan bangsa malaikat.
“Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qarin itu dapat aku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan.”

SUMBER :http://berita-harian-online.com/pendamping-manusia/

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts