CARIAN ANDA

Wednesday, May 18, 2011

NORA ELENA

Kantoi2...
Tak pasal-pasal jam 7 malam -8 malam Isnin sampai khamis Cik Kak Kantoi lagi depan tivi. Ni la masalahnya kalau dah terjebak tengok cite AKasia di Tv3 nih... Semua tak boleh buat. Sebelum ni cite-cite tak berapa menarik jadi Cik kak tak kisah sangat nak berebut Tivi dengan anak-anak.
Start dari minggu lepas terpaksa plak melepak depan tivi angkara cite NORA ELENA ni la...
Sebab Cik Kak memang minat ngan hero-hero ngan heroin cite ni dan jalan cite ni pun cam best jer jadi terpaksa lah tengok dan waktu memasak pun terpaksalah ditangguhkan sementara....heheheheh
jom ramai-ramai layan cite nih....

Episod 1-3 cik kak terlepas tengok so kene la tgk kat website tv3 nanti bila2 pree...kalau sebelum nih cite Chinta pernah mengantoikan Cik kak sedikit masa dulu taktau la camana plak cite kali nih adakah Cik Kah akan terus terkantoi depan tivi lagi...sapa nak jawab nih...acara lipat kain baju la jawabnya pasni...

Tengok cite nih watak-watak lakonan semua pelakon oke la. Heroin cantik hero hensem tapi dari segi lakonan Siti Saleha seolah-olah masih kekok-kekok lagi. Bukan tak bagus tapi rasanya dia boleh memberikan lakonan yang lebih baik lagi. Teringat cite lakonannya dalam Qaseh Ramadhan dulu lakonan nya lebih baik Cik Kak rasa.  Apapun lakonan sapa yang berlakon sebagai tunangnya si Eid memang tunang yang kepala hangin  1 badan ...sampai Cik Kak pun hangin nengok jantan nih...nak marah2 jer..

manakala lakonan Aaron aziz...rasanya dah selalu sangat kot tengok dia pegang watak camnih rasa cam sama jer...standard jer la lakonan dia...jadi bos, anak orang kaya, watak lelaki  gentleman...biasalah kan..apa-apa pun cite baru mula jadi tengok camana klimaks cite nih nanti okeh...


 

 

 

Synopsis:

Kelihatan NORA ELENA, 15, pulang dari kelas tambahan. Dia tercari-cari rakannya. Kemudian, rantai basikal tersangkut, tak boleh bergerak. Hari sudah gelap. Tiba-tiba seorang lelaki telah mencekupnya dari belakang dan mengheretnya ke dalam semak, lalu merogolnya.jeng..jeng jeng
Nak tau tengok sendri la ek....kekekkekeke

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts