CARIAN ANDA

Tuesday, March 29, 2011

PERBANKAN MAYBANK2U

Hai semua...Animated Emoticons

Pagi ni Cik Kak nak kongsi cerita tentang perbankan Maybank2u. Semalam Cik kak cuba masuk ke website Maybank2u tapi tak boleh plak. Rupanya dorang tengah upgrade sistem . Makin canggih sistem keselamatan Maybank2u ni.


Animated EmoticonsTentu ramai dah guna perkhidmatan online Maybank2u ni dimana ianya sangat mudah digunakan. Senang nak transfer duit, bayar bil dan lain-lain lagi la yang melibatkan pembayaran.Tak yah nak keluar ke bank, cari parking, beratur  panjang-panjang atau tunggu lama-lama.

Setakat nak transfer duit atau bayar bil boleh buat bila-bila masa jer dengan internet banking. Dan Cik Kak rasa ramai juga yang masih takut-takut nak guna perkhidmatan bank secara online ni kan.... Jangan takut la, senang jer kalau tak tau boleh belajar, macam Cik Kak sebelum ni pun tak pandai guna tapi bila dah pandai guna alhamdulillah sememangnya sangat2 memudahkan segala urusan Cik Kak.

Selain Maybank Cik Kak turut menggunakan Bank Islam Internet Banking dan Bank Rakyat Internet Banking. Setakat ini  Cik Kak sangat-sangat puas hati.. yang tak puashati bila line internet teruk tu je la...hangin satu badan la...hehehehehe


Pastikan anda menggunakan hanya  link maybank2u. Anda boleh search di google atau terus taip website tersebut, bukannya klik  link dari mana2 email okeh..Sebab sekarang ni ada banyak kes penipuan melalui email. Adalah diingatkan sekiranya anda menggunakan link2 melalui email berkemungkinan besar anda menggunakan laman web palsu.So hati-hati...

Kemudian yang terbaru nih pihak maybank masukkan ciri2  keselamatan lain iaitu mengenal pasti 1 imej yang kita pilih bersama satu kata rahsia hanya empunya diri saja yang tahu ini adalah untuk mengenal pasti samada itu adalah laman website maybank yang sebenarnya. bagus juga kan.

Jika tidak ada imej tersebut maka kemungkinan website tersebut bukan website sebenar maybank2u, maka jangan masukkan pasword. Jika imej tersebut keluar dan betul seperti yang anda pilih barulah boleh masukkan pasword anda. Atas sebab-sebab keselamatan Cik Kak dah padamkan gambarnya yer....heheheheheAnimated Emoticons


1 peringatan kepada semua bahawa pihak maybank tak pernah sesekali menghantar apa-apa email ke email kita atau call kita...sekiranya ada apa-apa notis pihak maybank akan menghantar ke dalam inbox akaun maybank seperti didalam gambar ini yer... segala pemberitahuan atau apa-apa notis akan dihantar hanya melalui surat official dari pihak maybank sendiri.

Kalau ada yang dapat melalui email tu semua tipu belaka . So berhati-hati okeh. Kang tak pasal-pasal abis duit kita. Oh tidak.... Ni semua kerja penyamun cyber.Animated Emoticons




Ni paling penting setelah selesai dengan urusan perbankan internet sila pastikan anda clear cache. Apa mende??
 Animated Emoticons
Hehehehe sebetulnya Cik Kak tak pandai sgt apa mende nyer tapi lebih kurang camnih la setiap kali selesai melakukan apa-apa transaksi kemungkinan username dan pasword tadi telah direkod dalam sistem internet di pc yang anda gunakan jadi untuk keselamatan pastikan anda clear recent history.

Apatah lagi jika anda  menggunakan pc di ofis atau di cyber cafe.oKEh diharap entri ini dapat membantu anda...bye bye...Animated Gifs

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts