CARIAN ANDA

Thursday, July 12, 2012

BAJU RAYA OR BAJU BARU

nak beli ke idak ni
Edisi khas kali ni memaparkan kisah  nak beli Baju Raya or Baju Baru .. kikikiki...cam Karam sing waley plak muahahahha....sikit tak blah ayat merapu mak kali nih. Sebenornyer dok pikior nak beli baju Melayu untuk anak-anak, nak beli ke idak??

contoh je ekk..pinjam gogel

Bukan apa baju tahun lepas masih elok lagi, rasa malas plak nak beli baru pasal baju tu jarang no dorang ni pakai, kecuali dipaksa atau terpaksa pakai. huhuhuuhh. So rasa-rasa tahun ni malas nak beli baju raya jadi kita beli baju baru sahaja yer.

 Kikikiki ada bezaka? Ada beza,  Baju Melayu khas untuk pakai raya ajer atau ada spesel day yg kene paksa budak2 ni pakai, baju baru plak takyah susah paksa2 dorang pakai sebab denganrela hati dorang akan pakai la. 

cam ni ke

Baju Melayu ni dorang dah tentu pakai sekejap aje, maklumla budak-budak ni (jgn kata budak, bapak budak pon pakai sekejap aje.) jadi mood untuk beli lebih baju T-shirt or kemeja sahaja. Jadi permintaan ke atas baju2 berkartun seperti dragonball, spiderman, naruto, batman, superman, thomas n prens, boboiboy, upinipin, ironman dan segala makneka kartun lagi....Ya Allah , agak malas kalau soping bawak budak2 nih, tapi apakan daya kalau tak kang ada yang mooncong sedepa...
ni mana nak cari

Korang ada tak tempat2 yg best nak soping baju2 tshirt kartun yang murah2, setakat arini mak suka pegi beli kat kedai PENKO, Pasaraya MU, Pasarpagi or malam, Kedai Jit Seng kat Jalan Taiping klang, kedai Hari-hari sebab kat sini memang murah-murah la dalam RM6.00 pun dah boleh dapat. Tengok kualiti kain jugakla, yang murah tapi cantik aku rembat ajer le kan janji kartun tu ada.
pasar malam ada tak

Yang paling latest ni plak dorang ni suka sangat kartun Angry Bird, ntah camana leh tersuka pun taktaula. Mungkin pegaruh kengkawan kat sekolah or TAska gak kot. Kalau Syabeel plak semua harta dia beg sekolah, selipar, pensel box kalau boleh nak ada kartun angry bird nih. 

Penin gak pala nak melayan kerenahnya. Korang kalau tau ada port2 yang jual baju budak berkartun murah-murah bagitau la ngan mak ek.... nanti leh la mak gi jengok2.

4 comments:

Emma said...

Kalau masih muat pakai jer lah yang lama pun. Anak-anak kami dah tak muat. Lagipun si Danish memang dok pakai pi tahlil ikut sham baju melayu tu, pastu pakai pi tusyen memalam, jadi nak seronok aku pun buat lah juga untuk depa.

SABARINA said...

syabeel pakai gak ler baju Melayu yg lama2 tu cuma baju raya tahun lepas ngan yg korang buatkan tu jarang pakai, so pakai je la masa raya nanti, mcm malas plak nak beraya ini tahun. Encik sepol dah kesedihan tu nenek kesayangan kan dah takde. Jadi suasana raya tahun ni muram sikit lakan, aku pon raya tahun ni tak amik coti la aku keje, malas nak cuti, cuti yg public je raya ke 3 dah berangkat gi keje,

QueeN TerataI said...

baju raya a.k.a baju raya.. hehehe baju raya ammar semua dah settle..

Emma said...

Yer lah, aku maybe Balik jitra sebab makjang buat kawin anak, kalau sham tak mau balik aku hangkut jer anak anak balik, suh rina hantar ke airport, jasi memang aku kenalah apply cuti kan, lagipun aku setahun 2 ke 3 kali je balik kampung. Ada peluang bagus ni memang nak balik lah sangat....

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts