Tidak ramai yang sedar membeli harta khususnya untuk didiami sememangnya satu usaha yang memerlukan banyak masa, tenaga, wang, penyelidikan dan strategi pelaburan yang baik. Apatah lagi jika membeli hartanah sebagai pelaburan masa depan. Jika dilihat logiknya pada masa kini tak ramai golongan muda memilih untuk memiliki rumah. Jika diberi pilihan mereka lebih cenderong untuk memiliki kereta kerana mereka percaya dengan harta bergerak seperti kenderaan, telefon bimbit, kamera digital berbanding dengab harta tidak bergerak seperti bangunan dan tanah. Bukanlah saya nak katakanyang memiliki kenderaan itu tidak bagus Cuma dilihat anak muda sekarang sanggup berhabisan duit untuk memiliki kereta yang besar dan cantik, carilah kenderaan yang sesuai dengan bajet anda supaya tidak menmbazir kerana harga kereta susut nilai setiap tahun.
Lazimnya pilihan untuk membeli hartanah berbentuk rumah mula timbul apabila seseorang itu telah berumahtangga, tiada tempat tinggal atau sudah lama menyewa.
Biarpun ia dilihat sebagai 1 senario biasa namun ianya bukanlah tindakan bijak. Apatah lagi gaya hidup bermewahan yang tidak memberi apa-apa pulangan. Jika dilihat anak muda kini sebaik saja mendapat pekerjaan yang baik mereka terus melabur pada kenderaan mewah, pakaian berjenama, kad kredit, menyewa rumah yang luas dan selesa. Tidak ramai yang terfikir untuk melabur wang untuk simpanan, pada rumah atau bangunan Ini adalah kerana mereka tidak didedahkan kepada pelaburan berbentuk hartanah, Ramai yang tidak tahu pelaburan hartanah boleh menjana pendapatan lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun. Jika anda membeli sebuah kereta mewah misalnya nilainya susut hampir 50% selepas 5-7 tahun. Berbeza bagi rumah nilainya boleh meningkat sehingga 50% dalam tempoh masa yang sama. Kemungkinan nilai meningkat 200%. Walaubagaimanapun melabur pada hartanah bukanlah semudah yang disangka. Jika anda tersalah pilih rumah dan lokasi anda mungkin terpaksa menanggung mimpi ngeri sepanjang hayat. Berikut diantara tip-tip bagaimana untuk mendapatkan kawasan hartanah yang strategik.
- bajet
- lokasi
- jenis rumah
- fasiliti berdekatan( kemudahan pengangkutan awam, kedai, pasaraya, klinik, sekolah dan lain-lain)
- keamanan kawasan kejiranan
- cari pemaju yang tidak bermasalah (perkara ini boleh dirujuk/disemak dengan pihak berkuasa tempatan dikawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat dan pandangan)
- kawasan yang bernilai tinggi dimana tidak memberi kesan negatif dari segi keadaan ekonomi yang tidak seimbang
Kawasan yang bernilai tinggi seperti di lembah Klang, Puchong, Damansara, Klang, Shah Alam,dan lain-lain. Dengan adanya jaminan pembangunan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap nilai pelaburan pasti meningkat.
No comments:
Post a Comment