1. ketika hamil
Hadiri kelas ibu mengandungdapatkan sebanyak mungkin informasi yang ada
2. Ketika hendak bersalin
- Pastikan anda bersalin di hospital ‘rakan bayi’ ini adalah penting dalam menentukan hala tuju ‘dunia breastfeeding’ anda….
- Semua hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi…
- KPJ Selangor(SMC) juga hospital rakan bayi.–>sebab saya bersalin kat sini 3 tahun 11 bulan yang lalu…
- Tak perlu bawa botol berputing ke hospital…
- susukan anak sebaik sahaja dilahirkan (dalam 1 jam pertama) namun depend pada keadaan anda..
- memang diawal kelahiran bayi susu tidak akan keluar mencurah-curah…maka jangan risau..kolustrum yang akan keluar dulu…1-7 hari pertama..susukan juga walau tidak ada susu…kerana rangsangan hisapan bayi akan meransang penghasilan susu..saya dulu 3 hari baru rasa bengkak susu…
- Bagi kes bersalin secara pembedahan: menyusukan anak tiada kena mengena dengan perut maka..BOLEH..saya bersalin secara c-section ya…Alhamdulillah…..BOLEH menyusu anak..
- kalau nak makan jamu etc silalah tapi wajib monitor perkembangan anak dan susu
- kalau susu kurang/tak keluar-keluar sila stopkan jamu..
- jika anak kuning tak hilang-hilang..sila stop
- jika anak sembelit/cirit/meragam juga sila stop jamu…
- pemilihan jamu hendaklah betul
- ada jamu untuk mencatikkan ibu tak ambil kisah hal bayi
- ada jamu mencantikkan/menyihatkan ibu dan anak…
- jamu/set bersalin cadangan:HPA set bersalin or Amway set bersalin….
- Setakat ini dua set bersalin ni dilaporkan banyak membantu ibu dalam pantang…membanyakkan susu…
Mengapa nak perah susu?
Bagi ibu bekerja yang ingin memberikan anaknya susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun..ini step penting!
Membuat stok susu untuk anak minum ketika ibu keluar bekerja…
Tempoh hayat susu beku:
- Disimpan di dalam peti ais 2 pintu- 3 bulan
- Diisimpan di dalam peti ais sepintu – 2 minggu
- Di simpan di dalam deep freezer(peti ais krim tu)- 6 bulan
- di simpan di ruang sejuk peti ais 2 pintu – 7 hari
- disimpan di ruang sejuk peti ais sepintu – 2 or 3 hari..
barangan keperluan untuk menyimpan susu perahan
kalau nak perah dengan tangan:
- botol untuk simpan susu atau
- plastic line untuk simpan susu
kena ada pam
- botol untuk simpan susu atau
- plastic liner untuk simpan susu
Bekas khas untuk simpan susu banyak di pasaran sekarang ni..Cuma..itulah agak mahal sikit..
Guna botol susu memang berbaloi….tapi ambil banyak runag dalam peti sejuk/ais…maka alternatifnya disposable liner(di’double layer’kan)
Kalau guna bekas dadih tu silalah rendam air panas terlebih dahulu sebelum guna…
6. persediaan ibu bekerja
apa perlu ada?
Bagi kes nak perah dengan tangan
- Kena tahu macam mana nak perah(hahahhaa)
- Cooler bag
- Chiller
- Bekas simpan susu
- Breastpad/breastmilk collector- yang mana anda selesa
- Sapu tangan/tisu
- Kena ada pam..
- Pilihlah pam yang anda selesa menggunakannya
- Saya dulu guna avent isis manual dan spectra 3
- Perah susu dalam sela 3-4 jam sekali
- Pam yang dah digunakan tak perlu dicucui setiap kali, simpan di dalam cooler bag atau peti ais…
- Boleh simpan EBM/susu perahan di dalam cooler bag atau peti ais…
- Kalau simpan dalam cooler bag make sure chiller anda tahan beku/sejuk sampai anda tiba di rumah.
- Susu yang diperah dalam tempoh 24 jam boleh dicampur
- Isikan/simpan susu dalam kuantiti kecil cukup sekali bayi minum…untuk mengelakkan pembaziran susu yang amat berharga itu
Wanita yang bekerja merangkap isteri dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.
Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.
Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.
Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.
# Luangkan waktu sebelum anak tidur
Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa lagi kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Cara begitu, anak anda pun mengerti bahawa meskipun ibunya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluannya diabaikan.
# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh
Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.
# Dahulukan keutamaan
Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.
# Komunikasi
Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.
# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan
Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.
Sebenarnya banyak masalah boleh diselesaikan dengan perbincangan. Berbincang dengan suami apa pilihan terbaik.
2 comments:
Luar biasa kuatnya seorang ibu,salut saya :)
General Insurance
Great post. I used to be checking continuously this blog and I
am inspired! Very useful info specially the final part :) I take care of such information much.
I was seeking this particular information for a
very long time. Thanks and good luck.
Feel free to visit my site ... book auf ra kostenlos spielen
- -
Post a Comment