CARIAN ANDA

Friday, November 1, 2013

Makan oh makan




Sedihnya, dah beberapa hari tahap kemualan sangat-sangat tinggi. Terutama waktu malam memang dah xde tenaga. Makan merupakan satu mimpi ngeri sekarang. Minum air jangan cerita la kalau selalu 4 atau 5liter sehari . 2 liter pun tak tentu lagi. Sangat sedih, sensitif saat-saat macamni sebab apa pun serba tak kena je rasanya. 



Tahap malas nak urus rumahtangga jgn cite la. Memang bersepah je rumah tu hari-hari sampai somi mak dah bising. Apanak buat mood memang xde nak ngemas-ngemas ni.  Hatta tengok sinki pon boleh muntah. Belum basuh pinggan lagi. Ada orang cakap senang apsal la teruk sangat ko ni mengandung aku rileks je. Betol mana sama pengalaman setiap orang. Kalau aku ni xmabuk teruk macamni beranak 10kali pon tak kisah. Ingat mabuk-mabuk ni buat-buat ke. Aduiii kalau dah kene tau la ko nanti. Nak buat apa serba tak kena. haru biru. Ni adalah antara dugaan ujian yang Allah bagi. Terima dengan redho. Keje pun kejela. Nak cari nafkah hidup. 


Habes dah semua mc amik. Huhuhuu pasni mana nak nagih mc kuota dah abes. Kalau nk kene gi klinik kerajaan jer.... 

Anak-anak Syabeel dah makin besar dah faham Aqiefiee plak semenjak ni ragamnya kurang skit dari mula. Dia dah paham kalau mamanya masuk bila dan tido awal. Mula-mula komplen juga mama ni asik nak tido je jom la tgk tv ngan adik. Huhuhuhu sian dia. Maaflah dik mama tak larat dah nak tido jer. Adik tak kesian mama ke? Mama kan selalu muntah-muntah. Ooo mama sakit yer, sayang mama mama baring yer. Adik ngan syabeel tunggu ayah balik. Ada sekali bapaknya tengah vakum kat depan kena marah, ayah ni mama tido la jangan bising-bisingla. Sungguh memahami anak-anakku ini. 
macamni kalau dapat tido dgn bantal keliling


Syabeel biasanya suka buat hal sendiri. Main atau melukis, adik plak ikut apa yang abang buat. Asalkan masing-masing tak bergaduh ok la tu. Boleh la rehat ngan aman. Kene tengok gak sebab dorang ni ada jer aktiviti yang tak disangka-sangka. Kalau ayahnya ada kat umah memang aku rileks jer. Lantak jer bior ler dia buat. Sebab time-time ni aku sangat-sangat mementingkan diri sendiri.

Nak Makan apa? Ayat ni laki aku memang suka tanya skang ni. Biasanya suh belikan untuk anak-anak je ngan dia makan. Aku memang xtermakan.
Soal makan ni memang sedih sket. Takleh silap nanti keluar segala isi balik.
Memang paksakan diri untuk makan. Habes apa la yang ko makan??



Sarapan pagi memang tak lari dari rutin biasa minum shake herbalife. Dan sesudu madu. Ni wajib. Nilah pemberi tenaga segala. . Sehari 2 atau 3kali kalau rajin. Kalau malas kekadang sekali je. Terpaksa untuk nutrisi badan dan baby. Tengahri paksa juga diri makan nasi tapi sket je. Jadi la. Kadang-kadang makan biskut lemak atau roti buah-buah sekali suap ok masuk 2kali dah malas nak ngunyah  gusi dah mula sakit ngunyah lama-lama. Kurang calsium dah ni. Paksakan gak diri minum susu. Malam sebelum tido memang tak makan cuma minum shake n susu+nestum. Pastu sesudu madu. 

Kali ni makan ayam macam boleh tengok jenis masakan gak kot. Aritu kemain membalun  makan ayam. Member opis ulur ayam kenny rogers n kfc tapi aku mkn yg kenny rogers punyer je sbb kfc tu xlalu bau dia.

Memang kene kuatkan semangat untuk tempuh 7bulan lagi rasa macam lama jer. Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran sepanjang aku mengandung sehingga melahirkan anak ini. Moga sayangku didalam sihat.


No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts