CARIAN ANDA

Thursday, April 9, 2015

MENU SIHAT

 Jalan-jalan blogwalking jumpa ni....hohoho must simpan ni...for future reference.... btoika ayat omputih aku ni...gasakla


copy paste dari WANISTA
http://www.wanista.com/5-menu-sihat-untuk-dapatkan-perut-rata-dalam-sehari/

Tahukah anda dengan diet yang sihat, anda boleh mendapatkan perut idaman bak supermodel Victoria’s Secret. Ada cara mudah, cepat namun sihat boleh anda amalkan di rumah. Cuba 5 resepi ini, Inshaallah anda boleh dapatkan perut bak Kendall Jenner.
Bermula dengan sarapan
Anda perlukan 1 instant oatmeal, 1 cawan buah berry – ikut kesukaan anda, 1 batang pisang, 2 sudu makan kacang yang dikisar halus
Cara buat:
Tuangkan instant oatmeal ke dalam mangkuk lalu campurkan dengan kacang. Aduk rata dan taburkan buah berry di atasnya.
breakfast
Snek pagi
Hanya mengunyah badam dan beberapa buah limau.
morning cnakck
Makan tengahari
Untuk membuat caesar salad, anda perlukan-
  • 4-5 keping roti untuk croutons
  • 2 sudu butter 
  • 2 sudu parsley yang telah dicincang halus (atau guna yang kering)
  • 1 sudu teh garlic powder
  • 2-3 keping anchovies di hancurkan (jeruk ikan yg dalam boto)
  • 1 ulas bawang putih disagat halus
  • 1/2 cawan serbuk parmesan cheese 
  • 3/4 cawan minyak zaitun
  • 1 biji lemon diambil jus
  • garam dan pepper secukup rasa
  • Romaine lettuce dicarik-carikkan
Cara-cara-
1. Untuk buat croutons, campurkan butter, garlic powder, dan parsley. Kacau sebati. Sapu dekat roti dan bakar dalam oven sampai garing. Lebih kurang 5-6 minit. Sejukkan dan setelah sejuk, di potong bentuk dadu.
2. Untuk salad dressing, dalam mangkuk, campurkan anchovies, bawang putih, minyak zaitun, lemon jus, dan parmesan cheese dan kacau sebati. Perisakan dengan garam dan pepper secukupnya.
3. Toskan lettuce dengan salad dressing sejurus sebelum dihidangkan. Dan taburkan croutons diatasnya.
salad
Minum petang
Cuba taburkan serbuk kayu manis ke atas greek yogurt untuk tambah kesedapan dan mengenyangkan.
yougurt
Makan malam
Anda perlukan 5 auns ikan salmon, 1 ikat sayur bayam, 1 sudu kecil minyak zaitun, 1 ulas bawang putih
5 auns ikan salmon
1 ikat sayur bayam
1 sudu kecil minyak zaitun
1 ulas bawang putih
Cara buat:
Ikan salmon dibakar. Untuk bayam, rebus bayam dengan mencampurkan minyak zaitun dan bawang putih ke dalam air rebusan. Angkat dan tiriskan. Anda boleh taburkan pepper. 
salmon

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts