CARIAN ANDA

Wednesday, March 16, 2011

CUTI SEKOLAH

MySpace

Hai semua bloggers diluar sana apa khabar cik kak harap semuanya sihat-sihat aje...Cik kak tak berapa sehat la...demam-demam. Ni  hari baru Cik Kak sihat sikit dan gi kerja. Batuk-batuk masih bermaharajalela sampai sempot dibuatnyer...

MySpace

Cuti 2 hari termasuk sabtu ahad tadi genap 4 hari la cik kak cuti. Dok umah ni pun bukan dapat rehat sangat pun dengan kerenah anak-anak cik kak yang tengah melasak sakan tuh...hilang gak separuh sabar dibuatnya....huhuhuhuhuhu..terjerit-jerit ngalahkan tarzan sampai suara pun dah serak2.....Anak Cik Kak baru 2 orang.. lelaki plak tu apalagi pakat dok punggah rumah la jawabnyer...ada2 jer pakatan rakyat yang dibuat 2 beradik nih....huhuhuhuh kesian kat mama la sayang oiiii ...nak suruh tidor jangan harap la.....yang abangnya boleh wat derkkk jer....tunggu malam la mama ni siang lagi la....huhuuhh ayat2...menikam kalbu...yang kecik plak tak padan ngan kecik main cam orang besor...tak moh kalah ngan abang la tuh...


MySpace

Yang abang umur 6 tahun adiknyer 1tahun3bulan. Huiii maknye tengah demam memang tak larat aku nak buat pape pun korang wat la apa korang suka yer anak-anak...





mama rehat jap yer...

MySpace

KELEBIHAN AZAN



Assalamualaikum,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!,

Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya'ala-s-solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!,

Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!.

Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha,theta dan delta. Sekarang keadaan sudah semakin jauh berubah. Dianggarkan hampir 90% populasi dunia berada dalam gelombang beta. Ia melibatkan gelombang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambanya. Melalui azan, Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.

Aturannya begini, semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Kemudian apabila masuk waktu solat, kita mengambil wuduk, masa itu gelombang turun ke alpha. Kemudian apabila azan, gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap dan menghayatinya. Semua ini ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya, ketika badan berada dalam gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.

Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan Innalillah... iaitu kembali kepada Allah atau pun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga paling kuat.Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah. Azan itu meransang otak kanan dan menguatkan jiwa.

Akhirnya, Allah tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

sekian,
PETIKAN DARI
http://www.lailahaillallah.com/profile-2281/blog/kelebihan-azan/


sedikit info mengenai Masjid Nabawi
Susunan UMMI NAJIHAH SUHAIMI

Masjid Nabawi merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah penghijrahan baginda berserta para sahabat dan pengikut setia ke Madinah. Masjid tersebut dibangunkan pada bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah bersamaan September 622 Masihi. Pada masa Nabi s.a.w dan Khulafa ar-Rasyidin, masjid itu berfungsi sebagai tempat beribadah (solat), menuntut ilmu dan musyawarah bagi melaksanakan kegiatan kemasyarakatan. Kini masjid tersebut berdiri megah, dengan lebih daripada 230 tiang setinggi 5 meter dan memiliki 10 buah menara, enam di antaranya setinggi 99 meter. Dengan berkembangnya Islam di dunia, Masjid Nabawi mengharumkan kota Madinah al-Munawwarah (kota penerang dunia dengan ajaran Islam). Hingga kini, jemaah haji sering berziarah ke makam Nabi Muhammad s.a.w yang terletak di dalam kompleks masjid tersebut.
Selain itu, terdapat makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Pada bahagian lain, terdapat taman (raudah), di antara bekas rumah Nabi s.a.w dengan mimbar yang ditandai dengan tiang-tiang berwarna putih. Di tempat inilah jemaah haji dan umrah melakukan solat, wajib atau sunat, sesuai dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Di antara bilikku dengan mimbarku terletak sebuah taman di antara taman-taman syurga.” (Anas bin Malik)
Masjid Nabawi memiliki keutamaan dan keistimewaan tersendiri berbanding masjid-masjid lain. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Solat di masjidku lebih utama daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali daripada solat di tempat lain.” (Riwayat Ahmad)
Pada awalnya, Masjid Nabawi hanya berukuran 70 x 60 hasta (1 hasta bersamaan lebih kurang 61 cm). Lalu Nabi s.a.w memperluaskan masjid itu ke sebelah timur, barat dan utara sehingga menjadi 2,475 meter persegi. Saidina Umar al-Khattab (581-644 M) memperluaskan lagi masjid tersebut menjadi 140 x 120 hasta dan menambah tiga pintu; dua pintu di sebelah utara dan sebuah pintu untuk jemaah wanita di sebelah timur. Saidina Uthman ibni Affan (576-656 M) menggantikan tiang pohon kurma dengan batu, menggantikan atap dan memperluaskan bahagian lantai.
Kerja-kerja pembaikan dan perluasan masjid itu juga dilakukan pada zaman pemerintahan Walid bin Abdul Malik (705-715 M) dan Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), khalifah Bani Umaiyah. Pada zaman al-Mahdi (775-785 M), khalifah Abbasiah, berlakunya penambahan atau perluasan 100 hasta lagi. Sultan Malik az-Zahir (m. 1277 M – penguasa Mamluk) memperbaiki atap yang terbakar dan menambah menara. Salim II (1566-1674 M), sultan Uthmaniah, mula menggunakan marmar. Pembangunan dan pembaikan besar-besaran dilakukan oleh Sultan Abdul Majid (1839-1861 M). Dinding, tiang serta mihrab diukir dan dihiasi dengan kaligrafi. Hingga ke zaman Uthmaniah, keluasan Masjid Nabawi telah mencapai 10,303 meter persegi. Kerajaan Arab Saudi meneruskan perluasan masjid tersebut sehingga 16,500 meter persegi.
Di Masjid Nabawi terdapat beberapa mihrab: Mihrab Nabawi (di timur mimbar), tempat pertama kali Nabi Muhammad s.a.w mengimami solat berjemaah; Mihrab Sulaiman (di sebelah mimbar), hadiah Sultan Sulaiman bin Salim (Turki); Mihrab Uthmani (di tengah kiblat); Mihrab Tahajjud (di sebelah utara), tempat Nabi s.a.w sering melakukan solat tahajjud; dan Mihrab al-Majidi (di sebelah utara), tempat berkumpul ahl as-suffah, Muhajirin yang kehabisan bekalan ketika hijrah ke Madinah.
Kronologi Masjid Nabawi
622 (Masihi) – Didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
629 – Diperluas oleh Nabi s.a.w.
638 – Diperluas oleh Saidina Umar al-Khattab.
650 – Saidina Uthman Affan menggantikan tiang dan atap serta memperluas bahagian lantai.
707 – Diperbaiki oleh Walid bin Abd Malik dan Umar bin Abd Aziz (Bani Umaiyah).
778 – Diperluas oleh al-Mahdi (Bani Abbasiah).
1247 – Terbakar.
1256 – Malik az-Zahir (Mamluk) menambah menara serta lantai bahagian hadapan.
1468 – Diperbaiki oleh Asyraf Qaitbay (Penguasa Mamluk).
1481 – Terbakar lagi.
1574 - Salim I (Uthmaniah) menggunakan marmar.
1818 – Diperbesar oleh Mahmud II (Uthmaniah). Kubah dicat hijau.
1849 – Dibangun besar-besaran oleh Sultan Abdul Majid (Uthmaniah).
1952 – Diperluas oleh Raja Abd Aziz ibnu Sa’ud (Arab Saudi).
1984 – Diperluas dan diperbaiki oleh Raja Fahd (Arab Saudi).

Thursday, March 10, 2011

KAMI BERSAMAMU

sila bantu

sila bantu
Sedikit info tentang bayi malang ini. QISTINA BALQIS MAISARA..berusia 3 bulan dan dilahirkan di hospital Manjung, Perak. Baby Qistyna ini mempunyai masalah jantung berlubang, sumbing dan juga mempunyai masalah paru paru. Kini, Qistina sedang menerima rawatan di HUKM. AKAUN MAYBANK : 114160850396 NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis) H/P : 017-3476764
 
sumber dari :http://www.rafinamimi.com/ 

Wednesday, March 9, 2011

'THE MESSAGE' THE TRUE STORY OF ISLAM




Siapa yang nak tengok cerita ni silalah klik link dibawah.. Movie ni telah diiktiraf oleh universiti al azhar mesir dan negara negara islam. filem the message ini adalah satu satunya filem hollywood yang menceritakan tentang sejarah agama islam. video ini juga telah menjadi rujukan oleh beberapa penceramah dari malaysia dan luar negara untuk menunjukkan beberapa babak seperti babak peperangan dalam islam, dan babak ujian yang dihadapi oleh sahabat nabi

Dibintangi oleh:
* Anthony Quinn - Hamzah
* Irene Papas - Hind
* Michael Ansara - Abu Sufyan

Dibantu oleh:
* Johnny Sekka- Bilal ibn Ribah
* André Morell - Abu-Talib
* Wolfe Morris - Abu-Lahab
* Rosalie Crutchley - Somaya
* Damien Thomas - Zaid

TENGOK SECARA ONLINE
http://theoccultnetwork.com/the-message-story-of-islam-and-prophet-muhammad-p-b-u-h/



DOWNLOAD SUBTITLE THE MESSAGE (1976)
http://subscene.com/the-message/subtitles-25447.aspx


DOWNLOAD THE MESSAGE 1976
1. Part 1
2. Part 2
3. Download Subtitle Melayu

SINOPSIS THE MESSAGE (STORY OF ISLAM AND PROPHET MUHAMMAD)
Sebagaimana judulnya film "The Message" menceritakan sejarah perjalanan Muhammad SAW yang secara garis besarnya sbb :

Muhammad SAW menerima wahyu digua Hira dan setelah itu baliau berusaha mengingatkan kaum Quraisy. Namun yang diperoleh Muhammad SAW jutru ejekan, hinaan dan terror serta siksaan kepada beberapa pengikut beliau yang jumlahnya baru hanya puluhan.

Terror semakin hari semakin menegangkan sehingga akhirnya Muhammad SAW diperintahkan Allah SWT untuk HIJRAH ke Madinah. Sesampainya di Madinah Muhammad SAW disambut oleh masyarakat Madinah dan dibuat rumah & tempat Ibadah dan dikenalah saat itu pemanggilan umat melalui Adzan.

Semakin hari umat Islam semakin berkembang di Madinah, namun disisi lain dikota Mekah jutsru sebaliknya banyak provokasi dan ejekan serta fitnah dilakukan kaum Quraisy atas diri Muhammad khususnya oleh Abu Sofyan yang sangat membenci Muhammad SAW.

Selanjutnya Allah SWT memerintahkan Muhammad SAW untuk menyerang Mekah (dikenal dengan Perang Badar) supaya tidak terjadi Fitnah lagi dengan hasil kemenangan yang gemilang dipihak kaum Muslim.

Sebagai tindak balasan kaum Quraisy menyerang kaum Muslim (dikenal dengan Perang Uhud) dengan hasil kemenangan dipihak kaum Quraisy yang saat itu Abu Sofyan menyatakan keadaan sudah 1 : 1 perang Badar sudah dibayar dengan perang Uhud yang kemudian di lanjutkan dengan perjanjian perdamaian. Dalam kondisi perdamaian, ternyata banyak kaum Quraisy yang tergugah dan dibuka pintu hatinya oleh Allah SWT termasuk Abu Sofyan sendiri & keluarganya masuk Islam.

Akhirnya datanglah waktunya perintah Allah SWT kepada Muhammad SAW untuk kembali ke Mekah untuk melakukan Ibadah Haji sekaligus mengambil alih Ka'bah dan mengembalikannya menjadi Rumah Allah SWT ( Baitullah).

Dengan di iringi oleh ratusan ribu umat Islam, Muhammad SAW datang ke Mekah dan disambut oleh penduduk Mekah dengan rasa ketakutan dan terjadilah pengambil alihan Ka'bah. Semua berhala dikeluarkan, dikumpulkan, dibakar sedang yang terbuat dari Emas dikumpulkan untuk dizakatkan kembali kepada rakyat. Inilah awal mulanya ibadah Haji dilakukan oleh kaum Muslimin.

Sejak saat itu Islam semakin berkembang dan mendobrak hati setiap manusia dibumi Mekah dan Madinah serta merobah akhlak dan pola hidup jahiliyah yang mereka anut sebelumnya.





ULASAN FILEM THE MESSAGE
Sineas Hollywood Oscar Zoghbi akan memproduski film berjudul "The Messenger of Peace" yang menceritakan tentang kelahiran Islam dan kehidupan Rasulullah Muhammad saw. Film ini akan menampilkan kehidupan pada masa Rasulullah dan pembuatannya akan mengambil lokasi di Makkah dan Madinah, Arab Saudi.

"Film ini bukan film tentang perpecahan dan konflik, tapi secara menyeluruh akan fokus pada kekayaan nilai-nilai yang selama ini dikenal secara umum bagi semua Muslim, seperti rasa kasih sayang dan toleransi," kata Zoghbi.

Ia juga menegaskan tidak akan memvisualkan sosok Rasulullah dalam filmnya dan ia menyadari sensitiftas serta tantangan dalam pembuatan film ini. Sebelum ini, Zoghbi pernah terlibat dalam pembuatan film yang bertema sama, yaitu film "The Message" yang diproduksi tahun 1976.

Film "The Message" sempat memicu kontroversi karena pemeran utamanya, Anthony Quinn diisukan memerankan tokoh Rasulullah. Isu itu tidak terbukti, karena tokoh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya tidak ditampilkan sosoknya secara utuh menghadap kamera, tapi hanya dipedengarkan suara dialognya saja.

Produser film "The Messenger of Peace" Ramsey Thomas mengatakan, film ini akan menjadi film kedua yang dibuat oleh Barat, dengan menggunakan bahasa Inggris, yang menampilkan potret kehidupan di awal dakwah Islam. "Di abad 21, ada kebutuhan akan sebuah film yang secara emosional bisa membuat para penontonnya mengingat kembali pada perjalanan lahirnya agama Islam," kata Thomas yang juga merangkap sebagai penulis skenario.

Hal serupa diungkapkan oleh produser eksekutif "The Messenger of Peace" Haji Subhia Abu Alheja. Ia mengatakan, selama lebih dari tiga dekade, hanya film "The Message" satu-satunya film Hollywood yang mengisahkan tentang lahirnya agama Islam.


posting ini telah dicopy daripada:

MERLIN

 

Siapa suka tengok cerita Merlin kat TV3?? Saya suka. Saya suka tengok cerita Merlin nih.

MySpace

Dari musim pertama lagi Cik Kak tengok cerita Merlin ni. Bukan apa jalan ceritanya menarik dan pelakon2 pun hensem gak (muahahahhehehe). Merlin ni adalah kisah Fantasi dunia magic. Kiranya Merlin ni hero walaupun badan kurus cam cicak kubing.. Cite kekadang lawak pun ada...Camana pun cite ni best sebab dia banyak nilai-nilaimurni persahabatan, percintaan, semangat cintakan negara, dan lain-lain lagi la. Kalau yang jahat tu jangan ikut ..ikut yang baik-baik jer...

 

Berkisar tentang kisah seorang penyihir muda, Merlin (Colin Morgan) yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan ujian yang semakin merbahaya serta pertarungan yang lebih sengit demi memperjuangkan misi sulit menyelamatkan Prince Arthur (Bradley James) di tanah air Camelot, sebuah negara magis dibawah kepimpinan Raja Uther Pendragon (Anthony Head) yang melarang segala bentuk sihir dan magis di sepanjang pemerintahannya.

Konflik dan pengembaraan MERLIN musim ketiga bermula dengan kepulangan Morgana kerana ingin membalas dendam kesumat beliau terhadap Raja Uther dan kerajaan Camelot yang kebetulannya sedang menghadapi kemelut dahsyat. Malangnya, tiada siapa dapat menyangkal misteri di sebalik kehilangan Morgana sebelum ini kecuali Merlin.








Great Dragon kawan Merlin

MySpace

Dalam siri musin terbaru juga bagaimana Morgana memerangkap Gween dan Arthur sehingga dijatuhkan hukuman bunuh. Nak tau apa kan jadi seterusnya jangan lupa saksikan di TV3 jam ahad 10.30 malam














Tuesday, March 8, 2011

MENGANDUNG LUAR NIKAH




Tajuk atas tu tengok cam ngeri sekejap kan.... Kenapa la sekarang ni perkara sebegini semakin harisemakin menjadi-jadi. Kasihan dengan budak-budak ni sebenarnya takde tempat nak mengadu selepas pakwe-pakwe yang tak berguna sesen pun dah lari tinggalkan korang. Tak guna nakmenyalahkan sesiapa atau nak tunding jari kat sesiapa pokok pangkal didikan dan asuhan dari ibubapa  adalah penting. Kebanyakan yang cik kak tengok skang ni mentang-mentang anak-anak dah besar pergaulan anak-anak tidak dipantau. Biarkan anak-anak keluar sesuka hati dengan kawan-kawan yang mereka sendiri tak kenal. Seeloknya pantau lah anak-anak kita tu walau kemana mereka pegi jangan dibiarkan walauapun mereka dah menginjak dewasa. Cik kak faham naluri anak remaja sekarang terutama anak gadis mereka mudah terpengaruh dan terikut-ikut kawan-kawan. Cik kak pun pernah jadi remaja jugak. Memang betul masa remaja ni anak-anak sedikit memberontak bila masuk bab kawan-kawan ni....dan pandai dah cari pakwe. Kalau setakat rakan-rakan sekolah tu masih boleh diterima lagi asalkan mereka tahu batas susila yang  harus dijaga. Adab berkawan lelaki dan juga perempuan. Biasa la Allah jadikan Lelaki dan Perempuan masing-masing tentunya akan saling tertarik. Ini adalah normal. Naluri seorang anak remaja biasanya mereka teringin untuk mencuba sesuatu yang dilarang dan disinilah sebagai ibubapa, kita harus menekankan pendidikan agama dalam jiwa anak-anak sedari mereka kecil. Beritahu dan jelaskan mengapa agama melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan akibat sekiranya mereka melanggar larangan tersebut.


Bagi anak-anak gadis dibawah umur sekiranya anda telah melakukan perbuatan yang tidak bermoral masih belum terlewat untuk membetulkan  keadaan. Sekiranya takut untuk berterus terang dengan ibubapa jumpalah guru kaunseling disekolah anda yang boleh membimbing anda. Bincangkan masalah anda. Sekiranya anda mengandung jangan sesekali mengugurkan kandungan atau membuangnya setelah dilahirkan.  Anda harus berani bertanggungjawab dengan apa yang anda lakukan bukankah Allah itu Maha Pengampun. Jangan sesekali mengambil jalan singkat membunuh diri dan lain-lain jalan gelap yang hanya menambahkan dosa.




Muda cuma sekali, hidup pun hanya sekali
usah dibazirkan hidupmu yang sekali itu dengan mengadai diri
hanya kerana janji-janji manis seorang lelaki
yang kita tak pasti
Dalam dunia ini
ada banyak lagi yang harus kau pelajari
dan kecapi
Ibu dan Ayah menanti dan mengharap
anak yang dikandung dan dibesarkan
berjaya didunia dan akhirat
jangan sesekali
tergoda akan janji-janji
yang belum pasti
Hidupmu pasti kan lebih
bahagia dengan doa restu
ibu dan ayah
cinta boleh dicari
tapi kasih ibu dan ayah
sampai ke syurga
adalah pasti...

Monday, March 7, 2011

AKU DAN INTERNET





Sebenarnya aku sangat sukakan internet...sangat2 suka sekali....Dengan internet yang jauh jadi dekat dan yang susah jadi senang. Lain orang lain pandangan tapi bagi aku , itulah kemudahan yang aku gunakan sejak 10 tahun yang lalu. Dengan kehadiran internet tak yah susah-susah drive ke bank waktu tghari semata-mata untuk deposit duit tunai ke akaun bank, buat pindahan duit, bayar bil-bil air,bayar kad kredit, telefon, api, cukai tanah, cukai taksiran hatta beli prepaid pun pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. KEmudahan sudah ada jadi gunakan lah...Alasan susah, tak pandai guna, leceh, dan lain-lain hanya alasan kepada orang yang malas belajar dan buta IT.
Lihat saja bagaimana penggunaan telefon bimbit pada satu ketika dulu, semua kata membebankanlah, mahal lah dan lain-lain (ayat2 yang stereotaip). Tapi sekarang ni mereka jugalah yang sanggup keluar duit beribu ringgit semata-mata nak dapatkan Iphone atau Hp terkini di pasaran (bukan reti sangat guna pun) tapi untuk menunjuk-nunjuk yang ramai pun.
Bukan niat nak mengata sesapa tetapi sekadar pandangan aku saja tak suka takper bukan kene jual pun kannnn....Dalam dunia harini sekiranya kita tak reti nak merebut peluang yang ada didepan mata sangat2lah merugikan kerana zaman semakin  hari semakin berubah teknologi menjadi semakin canggih. Dengan adanya teknologi yang bagus tapi kita tak pandai guna juga amat merugikan. Jadi belajarlah dapat menjimatkan kos dari sedi masa dan tenaga. Tak perlu berpusu-pusu ke bank2, kaunter2 pejabat pos, untuk membuat bayaran yang boleh dilakukan di internet. Jika tak tahu belajarlah dari mereka yang tahu. Malu bertanya sesat jalan tau.....

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts