CARIAN ANDA

Wednesday, March 9, 2011

MERLIN

 

Siapa suka tengok cerita Merlin kat TV3?? Saya suka. Saya suka tengok cerita Merlin nih.

MySpace

Dari musim pertama lagi Cik Kak tengok cerita Merlin ni. Bukan apa jalan ceritanya menarik dan pelakon2 pun hensem gak (muahahahhehehe). Merlin ni adalah kisah Fantasi dunia magic. Kiranya Merlin ni hero walaupun badan kurus cam cicak kubing.. Cite kekadang lawak pun ada...Camana pun cite ni best sebab dia banyak nilai-nilaimurni persahabatan, percintaan, semangat cintakan negara, dan lain-lain lagi la. Kalau yang jahat tu jangan ikut ..ikut yang baik-baik jer...

 

Berkisar tentang kisah seorang penyihir muda, Merlin (Colin Morgan) yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan ujian yang semakin merbahaya serta pertarungan yang lebih sengit demi memperjuangkan misi sulit menyelamatkan Prince Arthur (Bradley James) di tanah air Camelot, sebuah negara magis dibawah kepimpinan Raja Uther Pendragon (Anthony Head) yang melarang segala bentuk sihir dan magis di sepanjang pemerintahannya.

Konflik dan pengembaraan MERLIN musim ketiga bermula dengan kepulangan Morgana kerana ingin membalas dendam kesumat beliau terhadap Raja Uther dan kerajaan Camelot yang kebetulannya sedang menghadapi kemelut dahsyat. Malangnya, tiada siapa dapat menyangkal misteri di sebalik kehilangan Morgana sebelum ini kecuali Merlin.








Great Dragon kawan Merlin

MySpace

Dalam siri musin terbaru juga bagaimana Morgana memerangkap Gween dan Arthur sehingga dijatuhkan hukuman bunuh. Nak tau apa kan jadi seterusnya jangan lupa saksikan di TV3 jam ahad 10.30 malam














No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts