CARIAN ANDA

Sunday, November 13, 2011

11.11.11

Assalamualaikum bloggers semua.
Tarikh 11.11.11 ni memberikan memori  indah tuk Cik Kak kongsikan bersama kawan2 bloggers. Bagi kami kenangan terindah bersama anak menjayakan Majlis Konvokesyen Tadika Kemas Kumpulan De Safar memberi makna yang mendalam untuk kami sekeluarga. Maklumlah keterujaan kerana Syabeel adalah anak sulung kami. Jadi Cikgu dah bagi aturcara pada hari tersebut.  Selain Tadika Kemas Baitul Jannah, ada 4 lagi tadika kemas lain turut sama dalam acara ini. Meriah betol.
door gift


Sementara menanti ketibaan para jemputan pada Jam 2.00 petang. Masing-masing dok kalut menyiapkan  anak-anak. Maklumlah hari Jumaat, nak tunggu habis solat Jumaat dulu. Syukurlah, masjid tak jauh sangat dari hotel.

ceria bersama kawan-kawan

ni pesilat pembuka cara


tu dia dah mula
nasyid
nyanyi lagu 1 Malaysia


persembahan dah abes tunggu amik sijil
jom beratur

ayah, mama n syabeel


permintaan bapak budak nak bergambo ngan cikgu layan jer la

syabeel n cikgu Pauziah

makan time
meja parent

hadiah dari pihak tadika

gambar kenangan
buku penilaian
sijil

Syabeel dan semua pelajar juga mendapat hadiah seperti beg sekolah sepasang baju sekolah. Alhamdulillah, terima kasih cikgu.




hadiah dari pihak tadika


4 comments:

LadyBird said...

comelnye budak2 tu.. sweet..

SABARINA said...

memang semua nyer comel2 sangat...semuga anak2 menjadi2 anak2 yang soleh dan solehah sihat, bahagia, bejaya kaya, berkat dan cemerlang didunia n akhirat...amin

Anonymous said...

yer termaskla mak ngan ayah byabeel tuh..ikkiki

SABARINA said...

Cik Anon ...memang semua cecomel...termasuk kami nih hah...walau dah besor tetap menten comelnyer

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts