CARIAN ANDA

Thursday, November 17, 2011

Dajjal Akan Keluar dari Tasik Tibriyah Part 2





Oleh kerana ada permintaan untuk Cik Kak mengeledah mencari sumber2 atau kesahihan hadis yang dikatakan tu, jadi Cik Kak pun cubalah mengogel segala sumber yang ada. Sebenarnya agak sukar nak cari sumber-sumber yang mengesahkan kesahihan hadis tersebut. 

Ada beberapa maklumat yang Cik Kak dapat ni, dari sebuah blog http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/12/tabut-dalam-hadis-tasik-tiberias.html
ni copy dari blog tersebut. Insyaallah, dimasa-masa akan datang Cik Kak akan cuba mencari lagi dimasa-masa akan datang.


Umumnya hadis-hadis tentang tabut bukanlah hadis-hadis yang kukuh. Namun begitu kita akan cuba untuk mencari sesuatu yang mungkin dapat membantu kita dalam hal ini. Kadang-kadang perkara yang kecil dapat menjadi kunci kepada perkara-perkara yang besar.



Hadis pertama:


”Al-Mahdi akan mengeluarkan tabut dari Tasik Tiberias/ Tibriyah.”

(Iqd al-Durar fi Akbar al-Imam al-Muntazar oleh Syeikh Jamaluddin Yusuf al-Damisyqi) (1)


Di mana Tasik Tiberias?



Tasik Tiberias terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter.



Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.



Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.




Terbang di Sekitar Tasik Tiberias



Tasik Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.



Menurut Sahih Muslim, Tamim a-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.



Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan berantai tangan dan kakinya. Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:



Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”

Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”

Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”

Mereka menjawab “Ya.”

Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”

(Ringkasan daripada Sahih Muslim)



Saya ingin menaik perhatian pembaca kepada pernyataan manusia berantai (Dajjal) itu tentang ‘keringnya’ Tasik Tiberias.


Apakah Imam Mahdi akan menguasai kawasan itu daripada tentera Israel lalu mengeringkan Tasik Tiberias dan mengeluarkan tabut?

Ataupun mungkinkah tentera Israel ada membina kompleks rahsia di bawahnya dan menyorokkan tabut di situ?







Wallahualam.1) Dipetik daripada artikel Harun Yahya bertajuk ‘Where is the Ark of the Covenant’ di http://us1.fmanager.net/api_v1/productDetail.php?dev-t=EDCRFV&objectId=3441 (2) Dipetik daripada kitab bertajuk ‘Ulasan Ringkas tentang Tanda-tanda al-Mahdi yang Dinantikan’ (terjemahan) oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy, ms 128 terbitan Syarikat Nurulhas, Kuala Lumpur




No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts