CARIAN ANDA

Monday, December 19, 2011

PEMERDAGANGAN MANUSIA



Apsal tetiba aku pilih tajuk kat atas tuh??
Sebenornya saja jer pilih isu ni sebab per tau, malam tadi aku sempat ler singgah ke Pasar malam kat area aku ni hah, nak beli Nasi Ayam Berempah utk laki kesayangan aku tuh.

Apa yang aku peratikan malam tadi ialah pengemis-pengemis yang semakin ramai pulak kat sini. Sebelum ni yang biasa aku tengok ialah orang buta jer tapi malam tadi, dengan pengemis yang berbagai-bagai rupa, dari yang lelaki dan perempuan yang memang dah tak de upaya, dan termasuklah sorang budak sekitar usia 5-6 tahun yang tak boleh berjalan dan  tangannya mengalami kecacatan.

Kalau tengok orang tua tu, aku ni tak berapa sedih sangat, tapi bila tengok budak kecik tu alamak aiii memang sedih la dengan keadaannya yang tak berapa upaya tu, kesian la dan aku hulurkan juga sumbangan yang tak seberapa banyak. Dalam hati dok terpikir mana la budak ni tinggal, sapa la punyer anak agaknyer, ni mana punya la puak kejam dah angkut dia dan jadikan dia pengemis. Kesian sangat2.



Dah tentu-tentu ada sindiket-sindiket tertentu yang telah mempergunakan mereka. Semoga Allah menyelamatkan mereka dari kekejaman manusia-manusia  puaka. Dahla bersusah payah dipaksa mengemis hasilnya belom tentu lagi mereka dapat, kalau tak dapat dah tentu2 kene pukul, seksa lagi (hissssshhh macam dalam cite drama2 tu la, aku pun dah terpengaruh gak ) tapi itulah realitinya harini.

Isu pemerdagangan manusia sememangnya amat menyedihkan. Mereka yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia ini sangat kejam sehingga sanggup mempergunakan kanak-kanak, orang tua untuk mengisi poket mereka sendiri. Bukan setakat menjual, malah mereka sanggup melakukan apa saja demi duit.

Apa pendapat  korang, bagaimana kita dapat membantu kerajaan menangani bersama isu seperti ini dari berterusan. Jangan lupa komen tau...

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts