CARIAN ANDA

Friday, June 15, 2012

SYABEEL BIRTHDAY PARTY

angry bird pon semua dah beralih tempat aduyai


28 April lepas buat 1 Besday Party utk Syabeel, memandangkan kitorang selalu celebrate besday dia kat Taska atau Tadika ajer...malas sungguh nak buat kat rumah sebab malas nak ngemas dan masak. (kekekekek cengkelat btol).


Disebabkan anak bujang ni dah semakin besar, dia semakin pandai bercakap, dan banyak permintaan nak kene layan. Untuk pertama kali la jugak kitorang celebrate kan umah, panggil la jiran2 terdekat, sedara-mara, adik-beradik yang mana sempat.


Makanan plak, mak cuma masak mee goreng basah, makaroni goreng, pastu order rojak n roti jala mak mentua bagi.


tetamu kehormat dah sampai pe lagi...meh potong kek....yeaaaaa....... Alalalala, sian Nuha, Darwish, Mummy takde....huhuuhuh...dorang gi Kedah pulak...


 Pak uteh ngan anaknyer. 



Amboi pakngah khusyuk btol makan ngan Pak uteh lapor la tuh eh... Makan...makan...banyak lagi tuh...




Jiran-jiran dan sedara yang sempat meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis.



Yeah, sempat gak buat aksi-aksi stunt.


Acara yang ditunggu-tunggu dari tadi lagi.




Senyum lebor sebab dapat banyak hadiah. Mekasih semua. Lain kali bagi lagi tau...Muahahhahaha


Hah, dah bertabur semuanya... Sabarje la aku wehhh...

2 comments:

Emma said...

aisey..time ko buat kenduri ler aku kena utstation , time aku otstation ;la ko nak buat kenduri..mueahahhahahha

SABARINA said...

KEKEKEKE...malas la nak uat ari lain...Syabeel asik tanya bile nak uat besday....mana yg sempat jer...tgklah ada rezki tahun depan uat lagi...

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts