CARIAN ANDA

Thursday, August 16, 2012

SALAM AIDILFITRI

Bismillah...

Assalamualaikum semua, sedar tak sedar dah tinggal lagi 2 hari je nak sambut Syawal, sungguh la sekejap jer rasa puasa kali ni. Preparation pun ala kadar saja. Tumpuan lebih kepada perkara-perkara lain. Sungguh pun begitu mak nak ucapkan kepada semua geng yang selalu bertandang ke Blog mak ni Salam Aidilfitri n Maaf Zahir Batin. bagi yang balik kampung berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang. 

Taklupa juga selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55...


2 comments:

Unknown said...

selamat hari raya..

maaf zahir batin

raya jemputlah dtg umah yer

emma marini said...

Selamat Hari Raya juga dari kami sekeluarga dan jangan lupa ya..'Janji Ditepati' huhuu Salam Merdeka 55

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts