CARIAN ANDA

Friday, October 15, 2010

Kisah Aku Sebagai Anak, Isteri dan Ibu

Sebagai anak seringkali juga aku melukakan hati ibu, bukan niat nak melukakan hati ibu tetapi adakala tindakan yang aku buat menguris perasaan ibu. Entah berapa banyak airmata ibu mengalir demi membesarkan aku dan adik2. Dulu sebelum bergelar seorang ibu aku sendiri tertanya-tanya kenapa ibu seringkali membataskan apa saja yang ingin kulakukan sedari kecil hinggalah aku menginjak ke alam dewasa. Semuanya aku rasakan halangan, kongkongan dari insan yang bergelar ibu. Ada saja bebelan ibu yang membuat kurasakan semuanya penuh dengan kongkongan. Kini setelah bergelar seorang ibu barulah aku sedar semua itu didikan yang mahukan anak-anaknya selamat dan sihat. Mungkin dari kacamata kita sebagai anak apa saja arahan dari ibu kita anggap sebagai bebelan. Kasihan ibu. Patutlah Allah meletakkan taraf syurga di bawah telapak kaki ibu. Betapa besarnya pengorbanan ibu yang melahirkan dan membesarkan. Bayangkan ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Dalam keadaan sihat atau tidak kita diusung ke sana kemari sehinggalah saat melahirkan. Kemudian kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tetapi bila kita mula mengenal alam dewasa kita mula melupakan ibu kita, kita mula melawan kata-kata ibu membuatkan ibu menangis siang malam mengenangkan kita anak-anaknya. Sanggup kita menegenepikan ibu hanya kerana orang lain yang tiada pertalian dengan kita? Jangan lupa restu seorang ibu umpama keramat untuk anak-anak. Sekiranya kita hidup  tidak bahagia, kita lihat semula punca sebenar mengapa terjadinya kehidupan kita tidak bahagia. Mungkin ibu kita tidak merestui pilihan kita. Walau siapa ibu kita wajib kita sebagai anak menghormati mereka. Tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia. Sebagai isteri di mata suami, sebagai anak dimata ibu dan sebagai ibu dimata anak-anak. Dunia ini ibarat roda yang sentiasa berpusing. Hidup kita juga merupakan kitaran kehidupan. Saling lenkap melengkapi. Hari ini lahir sebagai seorang anak,  menjadi isteri kepada  suami dan kemudian bergelar ibu kepada anak-anak. Inilah kitaran kehidupan di dunia ini. Hidup ini cuma sekali berbaktilah kepada orang tua kita selagi hayat masih ada dan berikan didikan yang sempurna untuk anak-anak agar berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara.

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts