CARIAN ANDA

Monday, March 21, 2011

AYAM MAHAL

 

mogok makan ayam selama sebulan

 

 

Boring betul...cam takde alasan lain selain daripada alasan2 yang tak berapa nak logik tu.Ada ke ayam tak cukup la, tsunami kat jepun la,(gile apa kene ngene ngan ayam) .Mentang-mentang la ramai orang kawin time cuti sekolah ni la ayam mahal. tak baik betul amik kesempatan tau...camana nak beli ayam kalau mahal...camni makan ikan je la...ngan sayur....  mogok ayam la camnihhh..tapi ikan pun mahal, sayur pun mahal gak....huhuhuhuhuhu makan roti lorr.....

aisey mahal plak

 

 

tengok jer la

 

takde kene ngene ngan gambar yang lelain heheheh

 

Harga ayam naik mendadak

KUALA LUMPUR - Bagaikan lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.
Ramai pengguna mengeluh berikutan harga ayam melambung sehingga kadar tertinggi RM1.30 sen di pasar di Pulau Pinang.
Daging ayam bukanlah barangan keperluan harian yang dikawal harga oleh kerajaan pada setiap masa seperti beras dan minyak masak.
Harganya hanya dikawal pada musim-musim perayaan tertentu sahaja.
Dalam tinjauan yang dibuat di Pasar Chow Kit dan Pasar Keramat di sini mendapati ayam dijual pada harga antara RM7.50 hingga RM7.80 sekilogram naik 50 sen dan 80 sen berbanding dua minggu lalu.
Seorang peniaga ayam di Pasar Chow Kit, Sahar Abdullah, 25, mendakwa, mereka terpaksa menaikkan harga berikutan mendapat harga tinggi daripada pemborong.
"Kami dapat ayam daripada pemborong pada harga RM6.80 sekilogram dan kami menjualnya pada harga RM7.50 sekilogram," katanya ketika ditemui di sini semalam.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

2 comments:

Muhammad Burn said...

serius mahai... terkejut bli bru ni 18rm...

ERYNAAKMA said...

betul tu...mahal sangat la...camana la kerajaan pantau masalah ni...nampak cam tak pantau pun :(

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts