CARIAN ANDA

Monday, May 23, 2011

SALE SALE SALE

Anda tercari-cari info kat mana ada jualan murah. Taktaulah ni murah ke tak? Tapi leh la try usha-usha...Sesapa yang dah gi usha jangan lupa bagitau Cik Kak ek ok ke tak ok...Eleh tak jauh la kat Shah Alam jer...





27-29 May 2011

Teka Warehouse Clearance

Discount up to 70%


Products Offered
Hood
Hob
Fridge
Washer
Oven
Taps
Kitchen Sinks
and more

Time ; 10am to 5pm

Location (Tel 603 7620 1600)
Teka Kuchentechnik Malaysia Sdn Bhd
10 Jalan Kartunis U1/47
Temasya Industrial Park
Off Jalan Glenmarie
Shah Alam

SALE SALE SALE

Sesapa yang suka shoping moping...ehhehehehe ni Cik Kak ada info untuk korang.
Mulai 20 Mei 2011 sehingga 12 Jun 2011 ni The Body Shop ada sale hingga 70%. Jangan shopping sampai sengkek udah ler yer...Nanti makan meggi lor...





20May-12 Jun 2011

The Body Shop Sale

Save up to 70%

Extra 10% Off on Top of Discounted Prices
3 Days Only for Love Your Body Members


Natural Beauty Products
Skin Care
Fragrance
Make Up
Bath Body

TIPS MENGHARGAI PASANGAN



Hai3...Assalamualaikum dan Salam Ceria 1 Malaysia...Kebetulan arini Cik Kak rajin dok ngemas2 inbox yahoo mail yang dah berabuk2 dan banyak bebenor tah email apa-apa yang diterima tatau la dari sesapa...Dalam banyak2 tuh terbaca plak tips menghargai pasangan nih...So bolehlah kita kongsikan bersama-sama.... layan jangan tak layan...

Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge ...jangan di apply kasikan plak yer....babab nanti...jangan nakal2 okeh bagi meke2 yang belum disahkan nikah....Tuhan nampak apa yang sedang anda lakukan....Watch out!!!No noty2...

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta

tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2.
Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal
dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya.
Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu
jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti
lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya..........

KISAH RM50

Duit RM1 bertemu dengan RM50 lalu bertanya:

"Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 puluh menjawab " Dah merata tempat aku pergi....
Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise,
gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY,
tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...
banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..
Surau, Masjid, Surau... ".

p/s: PIKIAQ LA SENIRI...

SLEEPING BEAUTY

Tidur bagi muslimah merupakan saat yang sangat penting. Karena dalam tidurnya ia mengumpulkan tenaga untuk beribadah kepada Allah. Selain itu, ketika tidur hati seorang muslimah di antara jemari Allah. Seorang muslimah cantik karena agamanya. Jadi tidurnya pun harus cantik. Hendaknya seorang muslimah menjaga adab-adab dalam tidur deng...an adab yang diajarkan dalam agama Islam, ternyata tidur pun ada tuntunannya, apalagi untuk seorang muslimah, tidurpun harus dalam keadaan yang cantik;

1. Tidak tidur terlalu malam setelah sholat isya kecuali dalam keadaan darurat seperti untuk mengulang (muroja’ah) ilmu atau adanya tamu atau menemani keluarga.

“Bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (sholat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” [Hadist Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)

2. Tidur dalam keadaan sudah berwudhu

“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710

3. Mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) dan berbantal dengan tangan kanan, tidak mengapa apabila setelahnya berubah posisinya di atas sisi kiri.

“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

4. Membaca ayat-ayat Al-Qur’an, antara lain:

a) Membaca ayat kursi.

b) Membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqoroh.

c) Mengatupkan dua telapak tangan lalu ditiup dan dibacakan surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian dengan dua telapak tangan mengusap dua bagian tubuh yang dapat dijangkau dengannya dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan, hal ini diulangi sebanyak 3 kali

5. Memakai celak mata ketika hendak tidur

“Bahwasanya Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam senantiasa memakai celak dengan batu celak setiap malam sebelum beliau hendak tidur malam, beliau sholallahu ‘alaihi wassalam memakai celak pada kedua matanya sebanyak 3 kali goresan.” (HR. Ibnu Majah No. 3497)

6. Hendaknya mengibaskan tempat tidur (membersihkan tempat tidur dari kotoran) ketika hendak tidur.

7. Membaca doa bangun tidur

“Alhamdulillahilladzii ahyaanaa ba’damaa amaatanaa wa ilayhinnusyuur.” “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (HR. Al-Bukhari No. 6312 dan Muslim No. 2711)

8. Menyucikan hati dari setiap dengki yang (mungkin timbul) pada saudaranya sesama muslim dan membersihkan dada dari kemarahannya kepada manusia lainnya.

9. Mengevaluasi diri dan melihat (merenungkan) kembali amalan-amalan dan perkataan-perkataan yang pernah diucapkan.

10. Hendaknya segera bertaubat dari seluruh dosa yang dilakukan dan memohon ampun kepada Alloh dari setiap dosa yang dilakukan pada hari itu.

11. Setelah bangun tidur, disunnahkan mengusap bekas tidur yang ada di wajah maupun tangan.
“Maka bangunlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya.” [HR. Muslim No. 763 (182)]

12. Bersiwak.

13. Beristinsyaq dan beristintsaar (menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung).

14. Mencuci kedua tangan tiga kali, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah ia memasukkan tangannya ke dalam bejana, sebelum ia mencucinya tiga kali.” (HR. Al-Bukhari No. 162 dan Muslim No.278)

15. Anak laki-laki dan perempuan hendaknya dipisahkan tempat tidurnya setelah berumur 6 tahun. (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi)

16. Tidak diperbolehkan tidur hanya dengan memakai selimut, tanpa memakai busana apa-apa. (HR. Muslim)

17. Jika bermimpi buruk, jangan sekali-kali menceritakannya pada siapapun kemudian meludah ke kiri tiga kali (diriwayatkan Muslim IV/1772), dan memohon perlindungan kepada Alloh dari godaan syaitan yang terkutuk dan dari keburukan mimpi yang dilihat.

18. Tidak diperbolehkan bagi laki-laki tidur berdua (begitu juga wanita) dalam satu selimut. (HR. Muslim)

Semoga bermanfaat untuk saudariku, khususnya untuk saya, apakah sudah kita dilaksanakan?

Wednesday, May 18, 2011

MAMAT KOREA

Sejak terkena penyakit gila novel ni ...semua nya jadi macam-macam.... takpernah-pernah minat ngan pelakon korea terkenan dah ngan sorang pelakon nih...adeh3...sib baik tak peringkat kronik setakat demam jer la....agak-agak korang la kacak ker???


Name: Dennis Oh
Real name: Dennis Joseph O’Neil
Profession: Model and actor
Birthdate: 1981-Aug-29
Birthplace: United States of America
Height: 188cm
Weight: 83kg
Star sign: Virgo
Blood type: A
Family: Mother (Korean), father (American) and an older brother
Education: Savannah College of Art and Design
Hobbies: Drawing, traveling and photography

TV Series

East of Eden (MBC, 2008)
Witch Amusement (SBS, 2007)
Sweet Spy (MBC, 2005)

Awards
Best Dress, 22nd Korean Model (2005)

NORA ELENA

Kantoi2...
Tak pasal-pasal jam 7 malam -8 malam Isnin sampai khamis Cik Kak Kantoi lagi depan tivi. Ni la masalahnya kalau dah terjebak tengok cite AKasia di Tv3 nih... Semua tak boleh buat. Sebelum ni cite-cite tak berapa menarik jadi Cik kak tak kisah sangat nak berebut Tivi dengan anak-anak.
Start dari minggu lepas terpaksa plak melepak depan tivi angkara cite NORA ELENA ni la...
Sebab Cik Kak memang minat ngan hero-hero ngan heroin cite ni dan jalan cite ni pun cam best jer jadi terpaksa lah tengok dan waktu memasak pun terpaksalah ditangguhkan sementara....heheheheh
jom ramai-ramai layan cite nih....

Episod 1-3 cik kak terlepas tengok so kene la tgk kat website tv3 nanti bila2 pree...kalau sebelum nih cite Chinta pernah mengantoikan Cik kak sedikit masa dulu taktau la camana plak cite kali nih adakah Cik Kah akan terus terkantoi depan tivi lagi...sapa nak jawab nih...acara lipat kain baju la jawabnya pasni...

Tengok cite nih watak-watak lakonan semua pelakon oke la. Heroin cantik hero hensem tapi dari segi lakonan Siti Saleha seolah-olah masih kekok-kekok lagi. Bukan tak bagus tapi rasanya dia boleh memberikan lakonan yang lebih baik lagi. Teringat cite lakonannya dalam Qaseh Ramadhan dulu lakonan nya lebih baik Cik Kak rasa.  Apapun lakonan sapa yang berlakon sebagai tunangnya si Eid memang tunang yang kepala hangin  1 badan ...sampai Cik Kak pun hangin nengok jantan nih...nak marah2 jer..

manakala lakonan Aaron aziz...rasanya dah selalu sangat kot tengok dia pegang watak camnih rasa cam sama jer...standard jer la lakonan dia...jadi bos, anak orang kaya, watak lelaki  gentleman...biasalah kan..apa-apa pun cite baru mula jadi tengok camana klimaks cite nih nanti okeh...


 

 

 

Synopsis:

Kelihatan NORA ELENA, 15, pulang dari kelas tambahan. Dia tercari-cari rakannya. Kemudian, rantai basikal tersangkut, tak boleh bergerak. Hari sudah gelap. Tiba-tiba seorang lelaki telah mencekupnya dari belakang dan mengheretnya ke dalam semak, lalu merogolnya.jeng..jeng jeng
Nak tau tengok sendri la ek....kekekkekeke

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts