CARIAN ANDA

Thursday, March 7, 2013

Dah Bulan MAc

Salam semua, huhuhuuh sedor tak sedor dah masuk bulan Mac rupenyer.. sampaila terlupa nak hapdate blog ni hah. Bulan Februari yang lepas ni banyak benor cite yg tak sempat-sempat nak kongsi. Nanti kite cite yeh

Monday, January 14, 2013

THINK POSITIF


Jom tinggalkan yang negatif dan jadilah orang-orang yang sentiasa berfikiran POSITIF

Doa Sebelum MUla Berkerja/Perniagaan


Terlupa


Hah amek ko, dah masuk seminggu bulan Januari dok jenuh terlupakan satu barang yang takde dalam rumah ni. Nak taug apo dio? Kalender kuda la. Habes semua kedai aku pergi satu kedai pun tak ngulorkan  kalender percuma. Masa beli baju sekolah, kasut sekolah, barang-barang sekolah pun takde satu kedai pun bagi. Lantas mak terlupakan kalnder kuda.


Kalender kuda boleh dikatakan salah satu aksesori penting kat rumah, kalau takde kalender kuda ibarat tak cukup meriah tahun  2013 ni ko.

So, misi mencari kalender free diteruskan. Setakat ni kalender-kalender bank tu tak bestlah tak cukup menepati citarasa kekalenderan yang mak nak, takde info cuti sekolah, tak cukup infi cuti umum( uihh penting ni).  Maklumlah anak-anak dah sekolah jadi inila pentingnya kalender kuda ni.

RENUNGAN UNTUKKU

kEkadang terlupa bila marah sangat dengan anak-anak secara tak sengaja kita mencubit, dan memukul mereka. Moga pada tahun baru ni, kita lebih bersikap penyayang terhadap anak-anak. Mereka umpama cermin kepada diri kita siapa mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Mak akui kadang-kadang memang hilang sabar juga dengan kerenah anak-anak yang tengah membesar ni. 

Moga mak jadi seorang mama yang penyayang untuk anak-anak mama. Mama nak kurangkan garang mama ni. Doakan mama yer.

Jauh disudut hati kadang-kadang mak pun naik angin bila anak-anak bergaduh sesama sendiri, berebut mainan la, tablet la, bantal la, tv la...padahal takde la besor sangat hal nya.
Moga ditahun baru ni akakn jadi seorang mama yang lebih penyayang dan tak garang-garang.

Sunday, January 6, 2013

KEAZAMAN

Salam semua. 

Malam tadi  sempat gak la layan 8tv sebelum tido, mula-mula malas nak tgk sebenarnya, lebih kepada acara melipat kain baju yang berlonggokan dah berbakul tu sebenarnya. Disebabkan dilanda kemengantukan dan nak bagi mata segar tu la sebab yg layankan gak tgk 8TV.

Ashley Banjos Secret Street Crew jam 10malam. Sebuah kisah realiti yang agak jarang-jarang mak tengok sebenarnya, maklumlah citarasa mak ni agak variety sikit.
( ecece *o*).



Apa yang best? Best jugak, sebab cerita-cerita macam ni ada gak pengajaran yang positif diselitkan, walaupun kebaratan, yang tak elok jangan di ikut kita ikut yang baik-baik saja yer. 

Kisah realiti yang dipaparkan ni, Ashley Banjos seorang penari profesional  mencari dan melatih sekumpulan orang untuk dijadikan penari. 
Siapa itu Ashley Banjos??
Jeng jeng jeng

Siapa Ashley Banjos Sabariah??
Dia penari mak!!




Selit skit profail dia, nak lebih gi bukak gogel 




Dilahirkan di Leytonstone,London
2009 memenangi the third series of Britain's Got Talent
Dancer, television presenter,actor






Kenapa dia nak cari orang biasa-biasa jer? Dahla  orang tu langsung tak reti menari takde bakat menari pun. nak kena latih dalam masa yang singkat untuk jadikan mereka-mereka ni tak kurang hebat jika dibandingkan dengan penari pro yang ada. Sebab dia  PERCAYA SEMUA ORANG BOLEH LAKUKANNYA. IF I CAN WHY NOT U. (mak memang suka ayat ni)



Inilah makcik-makcik itu.....sungguh tidak disangka-sangka i can hip hop u know...ko boleh ke?

Peserta yang dipilih oleh Ashley memang sekumpulan makcik-makcik (macam mak ni hah) terdiri daripada pelbagai rupa dan bentuk badan, kebolehan, latar belakang yang kerja mereka takde kena mengena langsung ngan tarian ni. Baginya usia dan latar belakang bukanlah suatu penghalang. Tapi Ashley percaya DENGAN USAH, DEDIKASI MENTAL, FIZIKAL YANG GIGIH pasti Berjaya. Kata-kata semangat tak pernah lekang dari bibirnya.




Pertama kali Ashley berjumpa dengan krew-krew penarinya dia sangat ramah, sangat profesional, sangat memberikan galakan, pujian untuk memberikan mereka semangat dan motivasi agar mereka percaya dan yakin dengan diri sendiri. Walau ada di antara mereka berasa tidak yakin tetapi dia tetap mengatakan "saya tahu awak mampu lakukannya. " 



Tak sangka sebenarnya, atau akukah yang berfikiran kuno, masih diceruk kmpung? Seorang anakmuda yang pada pandangan mak la sangat berpandangan jauh, dia merasakan semua orang mampu atau sesiapa pun boleh. Asalkan mereka diberi bimbingan, latihan, galakan, pendedahan. 


Dari sudut positifnya sangat memberikan sesuatu yang terkesan dihati saya. Dimana dia yakin dengan kebolehan orang lain, sedangkan orang itu dia tak kenal. Dia juga bijak memberikan perangsang dan menyakinkan orang itu agar mereka yakin dengan diri sendiri.



Kerana itu juga kita selalu diingatkan agar sentiasa BERSANGKA BAIK.
See my point? Turning pointnya, maksud Bersangka baik pada setiap apa jua cabaran, kejadian, musibah, apa saja yang Allah berikan turunkan pada kita sebagai ujian di dunia ini. Kalau kita marah dengan apa yang terjadi disekeliling kita, diri kita, sebenarnya pada siapa yang kita marah? Takpe kalau baru skang kita nak faham sebab mak  sendiri pun baru je paham. Bukan tak faham tapi kita kurang jelas pada sesetengah perkara dan malas untuk berfikir.


Kadangkala (selalunya) aku suka berfikiran songsang (jangan salah apaham ek ) negatif atau rasa orang tu kurang bagus, orang ni tak berapa ok, dan macam-macam negatif thinking yang kadangkala masuk dalam otak. Buat apa kita nak fokus pada keburukan orang, lebih bagus kita tengok kebaikan orang tu atau kan ke elok fokus kat diri sendiri dulu. Ubah diri sendiri dulu. Fokus untuk ubah sikap-sikap negatif dalam diri untuk memperbaiki diri kita jadi lebih baik dari hari ke hari. Pedulikan pandangan orang lain, yang nak berubah diri kita bukan orang lain. Bukan mudah dah ubah diri sendiri sebenarnya apatah lagi nak ubah orang lain.Mulakan dari sekarang, jangan tunggu-tunggu lagi.Nak ubah orang lain tu boleh tapi jika kena gaya dan cara tiada yang mustahil.


Kata-kata juga memainkan peranan. Odit balik apa yang kita cakap kat orang tanpa kita sedar atau tidak sebenarnya memberikan pengaruh kepada orang lain. Betul tak? Kenapa?
Gile ke apa, kalau ko puji orang mesti orang suka, senyum sengeh jer sehari suntuk. Cuba kalau kena maki hamun, kena marah herdik, perli mesti orang ingat sampai bila-bila la. Sebab tu la sebelum kita berkata-kata kena fikir dulu, jangan main belasah jer. Kot ada yang terasa hati. Tu yang boleh buat orang lain rasa rendah diri, down, stress, dan macam-macam lagi. Kalau bgi kata-kata perangsang yang boleh buat orang lain rasa bersemangat kan bagus. Dapat gak pahala yer tak? 



Panjang lebor plak menceceh arini. Lain kali sambung lagi ek..k bai...


Monday, December 31, 2012

KENANGAN 2012

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Syukur, dalam kesibukan sampaikan terlupa nak update banyak gambar dan cerita-cerita. Jadik kali ni dok bubuh gambor mana-mana tertinggal. 


Ni gambor Majlis pertunangan seminggu raya. 

Ni plak dok bincang dari hati ke hti tentang majlis nikah, kita buat lagi cepat lagi bagus kata pokcik. Mklomla kami pergi pun dgn ibu dn adik-beradik jer, risik tunang terus ikut adat. Yang penting nikah, benda baik elok dicepatkan. 


Ni plak, majlis raya di Taska MPK. Huru-hara jap la..Biasala kalau dah ramai kumpul pastu tunggu VVIP yang nak rasmi plak lambat no. Kang aku rasmikan jer.



 Kesian bebudak dah tertinjau-tinjau tak sbar nk mula acara.

 Kaum bapa yang pemalu...pigidah korang


Ni plak acara Majlis ANugerah Kecemerlangan.


 Alhamdulillah, rezeki Syabeel. Tahun depan belajar lagi rajin-rajin yer sayang.


 Sowi la yer...gambor blur, uhuhuuhhu
 Bgus juga, pihak sekolah buat camni bagi galakan dan sokongan pada murid-murid agar memotivasikan diri untuk berusaha lebih gigih lagi.



Ni, plak KOnsert TASka. Tapi peserta konsert ramai yang mogok. HUHUHUhuh





Ni plak, acara penutup 2012, Majlis Nikah dan persandingan adik bongsu mak. Terasa aku sudah tua....

















































SEKIAN.


SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts