CARIAN ANDA

Monday, December 30, 2013

Kembali ke sekolah



Mujurlah ada sikit bajet utk beli kelengkapan persekolahan anak2. Simpanan yg mmg diperuntukan sdikit setiap bulan. Alhamdulillahhhh lepaslah beli brg2 sekolah terutama pakaian  sekolah syabeel semuanya dah xmuat terutama baju melayu semua ketat sendat. Beriye2 benor dia membina badan musim cuti sekolah ni. Baju kemeja 2helai masih blh dipakai yg lain dah teruk benor rupenyer maklomla baju kaler putih dah cam belacan. Rendam cuci ngan apa jua peluntur ngan sabun pre laundry yg kat cosway tu pon cam tu gak rupenyer.

Baju melayu beli terus 5pasang. Nasib baik la kat pasaraya MU sepasang br 19.90 kualiti pon ok. Sambor je la. Tak kuasa asik nk nyuci baju je time2 ujan ni. Baju kemeja tambah lg 3helai. Jadi hari2 tukar baju. Malas la nk pikir2 baju lg. Baju kippi dah ready dr thn lpas carry forward je. Sbb tkjd gi sekolah thn lepas.

Kasut sekolah masing2 sorang 2pasang. Yg lama tu standby kot basah blh pakai. Nak beli kasut pun macam2 hal nak yg tapak merah la itu la ini la. Hai xpaham la aku ni. Apa yg spesel kasut tapak merah tu pon aku xpaham. Bapaknyer yg layan. Songkok mmg beli 2 sbb dah biasa hilang. Thn 2013 je dkt 7kali beli songkok. Betul2 buat naik angin si syabeel ni. Beg pon dah jahanam sebab dok seret masa naik tangga. Berbaloi la tahan dekat setahun. Nak katun Thorlah despicable la. Kippi gak yg xnak beli beg katanya guna  beg lama. Pandai adiknye. Udah setel gosok semua baju.  Ari khamis dah mula sekolah dan berkerja semula.  Aisshh rasa cam xpuas cuti jer. Nak sambung lg. Haah gaji xde income xstabil. Utang umah ada lg utang bank pon byk lagi. Redho la aku keje balik. Moga rezek9i melimpah ruah. Syukur dgn rezeki yg ada. Alhamdulillahhhh.


Sunday, December 22, 2013

Buku Pink



Apa itu buku pink?
Bg yg selalu buat pemeriksaan masa mgandung kat klinik kerajaan taula pedia buku pink ni. Kali ni buku pink dah diupgrade. Macam2 ado. Isi kandungannya pon dah lebih menarik. Yg tk menariknye prosedur pun dah mcm2. Lagi2 la aku ni mcm2 pnyakit timbul masa mgandung.






Naseb baik la pi bukak buku selepas mabuk2 dah kurang teruk. Kalau idok mau terbaring kat klinik tu je.

Mgandung kali ni pun kene kencing manis,  bukan tu je hb pun kurang, kencing kotor plak. Kencing manis ni akibat dr hormon ketika mgandung jadi Pankbreas yg biasanya mnjalankan tugas dgn efisin jd kurang efisin myngkin disebabkn aku kurang minum air semasa mgandung. Kalau biasa tu blh selamba badak minum air 4 ke 5liter sehari kalini nak abiskan 2liter pon tak dpt.

Nurse pesan paling kurang 4liter air kene amik. Sebab waktu mengandung memang kene banyak2 minum air untuk melawaskan air kecil. Bila urine test mmg kantoii dek non. Kaler je dah keruh. Kene refer doktor n buat test lg. Kali ni kat klinik kesihatan plak trace ada plak kuman dlm air koncing den tu hah dah kene mkn antibiotic plak. Hah berkepok2 ubat supplements doktor bg suh mkn.

To be continue. ..

Saturday, December 21, 2013

RAGAM MENGANDUNG

Lamanya xbukak blog ni. Mcmn nk bukak urus diri sdiri pon xlarat. Ragam mengandung kali ni luarbiasa dr yg sebelum hingga memaksa ambil cuti tanpa gaji 2bulan.

Apa tidaknya masuk bulan ke2 aku dah mula lemah xbermaya, alah pada bauan, makanan,  org sekeliling malah pada aktiviti kerja seharian pun terganggu.  Memang teruk sangat. Balik kerja terus terlepek tak bermaya. Makan minum pun tak lalu. Kerja2 rumah tak terbuat sampai encik suami membebel.

Bila tengok hari demi hari bininya makin tak bermaya dan banyak terperuk di bilik air sambil menanges encik suami jadi kesian. Pandai dia memujukku kuatkn semangat dn byk2 bersabar. Hakikatnya Allah saja yg tahu perasaan kali ni. Jiwaku jd terlalu sensitif. Mudah sgt menangis. Dek kerana mc dah abes ku kerjakan dan xpunya pilihan lain jalan terbaek amik cuti tanpa gaji dan berehat panjang dirumah.

Berat badan terakhir turun mendadak dalam sebulan. Apatidaknya, taklalu mkn dan hanya bergantung pada biskut kering, air kosong,  shake sebagai makanan.  Nasi mmg xmkn dlm sebulan. Selepas usia kandungan masuk 11minggu pun masih mcm tu seorang kawan lama bg satu pek double stemcell utk aku cuba. Mula2 aku tolak tp lepas dipujuk aku pun mencuba. Hasil nye  3hari aku makan stemcell ni rasa mual mula kurang. Selepas seminggu rasa selera nk mkn mula ada. Alhamdulillahhhh.  Tekak yg sebelum ni rasa tawar hambar dah boleh menjamah sekurang2 nya sedikit makanan untuk lebih bertenaga. Lepas habes sebungkus stemcell tersebut baru sambung semula minum shake yg seblom ni terganggu.

Bagi orang yg takpernah mabuk2 mcm aku ni mungkin ada yg kata mengada2. Tapi percayalah kalau korang alami mcmn yang aku rasa mungkin barula korang akan faham. Bersyukurlah banyak2 pada Allah sebab tak rasa pengalaman tersebut. Tiap kali mgandung tiapkali tu la mabuk.  Risiko yg aku ambil utk lahirkn zuriat. Memang dah xlarat nak mengandung lgi lepas ni.

Moga anak dalam kandungan sihat dilindungi Allah.

Friday, November 1, 2013

Makan oh makan




Sedihnya, dah beberapa hari tahap kemualan sangat-sangat tinggi. Terutama waktu malam memang dah xde tenaga. Makan merupakan satu mimpi ngeri sekarang. Minum air jangan cerita la kalau selalu 4 atau 5liter sehari . 2 liter pun tak tentu lagi. Sangat sedih, sensitif saat-saat macamni sebab apa pun serba tak kena je rasanya. 



Tahap malas nak urus rumahtangga jgn cite la. Memang bersepah je rumah tu hari-hari sampai somi mak dah bising. Apanak buat mood memang xde nak ngemas-ngemas ni.  Hatta tengok sinki pon boleh muntah. Belum basuh pinggan lagi. Ada orang cakap senang apsal la teruk sangat ko ni mengandung aku rileks je. Betol mana sama pengalaman setiap orang. Kalau aku ni xmabuk teruk macamni beranak 10kali pon tak kisah. Ingat mabuk-mabuk ni buat-buat ke. Aduiii kalau dah kene tau la ko nanti. Nak buat apa serba tak kena. haru biru. Ni adalah antara dugaan ujian yang Allah bagi. Terima dengan redho. Keje pun kejela. Nak cari nafkah hidup. 


Habes dah semua mc amik. Huhuhuu pasni mana nak nagih mc kuota dah abes. Kalau nk kene gi klinik kerajaan jer.... 

Anak-anak Syabeel dah makin besar dah faham Aqiefiee plak semenjak ni ragamnya kurang skit dari mula. Dia dah paham kalau mamanya masuk bila dan tido awal. Mula-mula komplen juga mama ni asik nak tido je jom la tgk tv ngan adik. Huhuhuhu sian dia. Maaflah dik mama tak larat dah nak tido jer. Adik tak kesian mama ke? Mama kan selalu muntah-muntah. Ooo mama sakit yer, sayang mama mama baring yer. Adik ngan syabeel tunggu ayah balik. Ada sekali bapaknya tengah vakum kat depan kena marah, ayah ni mama tido la jangan bising-bisingla. Sungguh memahami anak-anakku ini. 
macamni kalau dapat tido dgn bantal keliling


Syabeel biasanya suka buat hal sendiri. Main atau melukis, adik plak ikut apa yang abang buat. Asalkan masing-masing tak bergaduh ok la tu. Boleh la rehat ngan aman. Kene tengok gak sebab dorang ni ada jer aktiviti yang tak disangka-sangka. Kalau ayahnya ada kat umah memang aku rileks jer. Lantak jer bior ler dia buat. Sebab time-time ni aku sangat-sangat mementingkan diri sendiri.

Nak Makan apa? Ayat ni laki aku memang suka tanya skang ni. Biasanya suh belikan untuk anak-anak je ngan dia makan. Aku memang xtermakan.
Soal makan ni memang sedih sket. Takleh silap nanti keluar segala isi balik.
Memang paksakan diri untuk makan. Habes apa la yang ko makan??



Sarapan pagi memang tak lari dari rutin biasa minum shake herbalife. Dan sesudu madu. Ni wajib. Nilah pemberi tenaga segala. . Sehari 2 atau 3kali kalau rajin. Kalau malas kekadang sekali je. Terpaksa untuk nutrisi badan dan baby. Tengahri paksa juga diri makan nasi tapi sket je. Jadi la. Kadang-kadang makan biskut lemak atau roti buah-buah sekali suap ok masuk 2kali dah malas nak ngunyah  gusi dah mula sakit ngunyah lama-lama. Kurang calsium dah ni. Paksakan gak diri minum susu. Malam sebelum tido memang tak makan cuma minum shake n susu+nestum. Pastu sesudu madu. 

Kali ni makan ayam macam boleh tengok jenis masakan gak kot. Aritu kemain membalun  makan ayam. Member opis ulur ayam kenny rogers n kfc tapi aku mkn yg kenny rogers punyer je sbb kfc tu xlalu bau dia.

Memang kene kuatkan semangat untuk tempuh 7bulan lagi rasa macam lama jer. Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran sepanjang aku mengandung sehingga melahirkan anak ini. Moga sayangku didalam sihat.


Thursday, October 24, 2013

Adab Masuk Rumah Baru



Soalan: Assalamuaikum, apakah perkara-perkara sunnah masuk rumah baru? Adakah azan di 4 penjuru termasuk dalam sunnah?


Jawapan:
Waalaikumusalam,
Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato’Dr Harun Din, cara untuk memasuki rumah baharu ialah seperti berikut:

1) Baca Bismillahirrahmanirrahim.
2) Tepuk daun pintu 3 kali.
3) Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah.
4) Jika tiada reaksi dengan apa-apa bunyi (sama ada cicak dan seumpamanya) maka rumah itu belum ada berpenghuni. Rumah tersebut selamat didiami untuk anda sekeluarga.
5) Sekiranya semasa/selepas beri salam terdengar bunyi cicak, itu bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak nampak. Sebagai jalan penyelesaian anda kena buka pintu depan dan belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah tiga (3) petang di ruang tengah rumah. Habis azan tutup kedua-dua pintu, lakukan selama tiga petang semasa maghrib.
SHARE JIKA BERMANFAAT…

copypaste :SUMBER

Wednesday, October 23, 2013

Letih dan mual




Pretty purple butterfly
Huhuhuuhuh,

Fairy emoticon Minggu ni keadaan agak teruk sedikit, walaupun tak seteruk dan selemah dulu kali ni morning sickness hanya teruk disebelah malam. Tidur memang tak lena. Siang plak agak lemau diwaktu petang namun digagahi jua. Meneruskan rutin seperti biasa memandu sendirian ketempat kerja bersama anak-anak. Hantar ke sekolah dan ke taska. Memang agak meletihkan sebab penin-penin kepala dan mual-mual mula terasa. 



Fairy emoticon Awal-awal pagi rutin minum Shake Herbalife sebagai sarapan memang diteruskan 700ml dicampur dengan oats atau nestum sedikit sebanyak membantu memberikan tenaga selain selera memang tak keruan. Bau-bauan kuat memang meloyakan dan memeningkan kepala hatta wangian kegemaran en suami aku dah sorokkan... kikiki...rasa nak buang semua minyak wangi kat umah.
Yang pasti selera makan semakin kurang nak kena makan lagi maka pagi-pagi makan lagi tosey.

Fairy emoticon Raya haji yang lalu sempat bawa Ibu balik kerumah sebab ibu demam dan berseorangan kat rumah sewanyanya di Jeram. Bila dekat rumah baru tau ibu pun ada kena tempias aku mabuk ni. Kesian ibu. Ketara minggu ni selera makan memang xde. Semuanya serba tak kena pada hidung dan tekak. Sudahnya makan saja nasi berlaukkan ikan masin dan sup sayur kosong atau telur goreng. Paksa makan walau pun sedikit. Syukur alhamdulillah kali ni mampu juga telan nasi walaupun payah nak habiskan sesenduk nasi. Seperti biasa kali ni daging lembu atau ayam tak boleh nak dimakan. Sedih-sedih. Mau setahun tak makan ayam lepas ni. Huhuhuhuhuhu...takpelah kan. Nak buat camana. 

Kemalasan sangat-sangat masa ni taktau nak cakap la, memang tinggal lantak ler tak berkemas kat umah. Perangai ni dah dikenalpasti encik suami dan beliau dah mula bebel. Memang xlarat sangat kat rumah lepas balik keje. Baru nak basuh pinggan tiba-tiba jiran sebelah menumis  Ya allah, terus rasa nak pengsan2..... lari-lari masuk bilik selamatkan diri. oksigen2.....huwaaaaaa....lepass tu terus tertido


Pas ni nak kene gi bukak buku pink plak kat Klinik Desa mungkin tunggu bulan 12 nanti baru nak buat. Bila keadaan camni nak rasa-rasanya cepat-cepat la bersalin. huhuhuuhuu
Cute baby girl

Tuesday, October 22, 2013

Alhamdulillah Rezeki

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana last week dapat berita saya mengandung lagi. Syukur sangat-sangat sebab memang dinanti-nantikan. Risau juga sebab umur dah menginjak ke 35 badan pun tak semuda dulu. Takut gak penat n letih keterlaluan. Sebab bila mengandung ni mak mula la macam-macam ragam.

Baru lagi usia kandungan pun baru 7minggu. Setakat ni takde la teruk lagi morning sicknessnye
2kali buat test ni. Sekali kat rumah nampak cam blur jer... esoknya gi klinik baru nampak jelas dan terang. Doktor kata tahniah. Due date 14 Jun 2014 Insyallah. Memang ditunggu-tunggu, doakan baby girl bakal lahir nanti yer.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts