CARIAN ANDA

Tuesday, January 18, 2011

AWAS! KOMIK SESAT DAN MENYESATKAN

Komik jejas akidah tersebar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
KUALA LUMPUR – Sebuah komik bergambar yang berjudul Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu mencetuskan kebimbangan di kalangan umat Islam apabila isi kandungannya didapati menyentuh sensitiviti agama.
Buku itu yang diterbitkan oleh Bibles International of Canada pada tahun 1996 dan kemudian diedarkan ke Indonesia dan diulang cetak sebanyak dua kali (1996 dan 1998) dipercayai menembusi pasaran Malaysia sejak tahun lalu.
Seorang pembaca yang mengirimkan e-mel kepada Kosmo! Ahad memberitahu, buku itu telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar kawasan Bukit Bintang di sini.
“Saya memperolehnya secara tak sengaja apabila ada pihak yang meletakkan komik itu dalam bakul motosikal saya.
“Buku itu bukan sekadar komik bergambar untuk kanak-kanak tapi apa yang mengejutkan ialah ia bercanggah dan boleh pesongkan akidah kita terutama kanak-kanak,’’ katanya.
Hasil penelitian Kosmo! Ahad mendapati kecurigaan itu terbukti apabila ilustrasi sebuah keluarga yang sedang bersembang membangkitkan pertanyaan seorang anak tentang bagaimana al-Kitab (merujuk kepada kitab Injil) boleh dianggap buku Allah.
Kemudian si bapa mengeluarkan dialog: “Allah memakai 40 orang. Mereka menulis 66 kitab selama 1,500 tahun. Semuanya cocok dengan satu dengan yang lainnya. Hanya Allah yang dapat membuat buku seperti itu.’’
Bukan setakat itu saja, penulis yang menggambarkan Nabi Isa sebagai Yesus telah memetik tulisannya (merujuk kepada Injil) tetapi menggunakan perkataan Allah berkali-kali.

Komik Sesat



Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Hakikatnya, diri saya juga anda perlu berhati-hati. Berhati-hatilah dengan adik-adik, dan anak-anak kita agar mereka tidak terjebak dengan konspirasi-konspirasi seperti ini. Konspirasi mereka, sama seperti agenda di sebalik kotak televisyen atau ‘Fool Box’ di rumah kita. Mengelirukan umat Islam terutamanya golongan kanak-kanak untuk di’DOKTRIN’kan pemikiran mereka. Nauzubillah.
Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan berita ini. Walaupun sebelum ini, telah banyak berita-berita yang telah berleluasa berkenaan PERANG di majoriti negara penduduk Islam sedunia. Ini bukan PERANG SENJATA! Tetapi, PERANG PEMIKIRAN terhadap kehidupan kita seluruhnya. Mereka tidak akan redha selagi kita tidak mengikut jejak langkah mereka.
“Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau ya Muhammad selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120)
Berikut adalah laman web yang dicipta untuk menyesatkan umat Muhammad s.a.w:-
www.answering-islam.org
www.aboutislam.com
www.thequran.com
www.allahassurance.com
Check it out!
****
Apapun, ada yang lebih BESAR dari itu.
Kadangkala, kita berkata mereka yang berbuat seperti ini SESAT.
Tetapi, bertanyalah kembali kepada diri anda siapakah yang SESAT sebenar-benarnya?
Adakah mereka yang me”NYESAT”kan?
Atau kita yang terus membiarkan diri dan keluarga kita “SESAT” tanpa arah tujuan?
Bertanyalah pada hati..
Muhasabah pada diri..
BACK TO THE BASIC!
Salam kasih. 
Harap ada yang dapat memberi jawapan kepada persoalan saya di atas. Apa pun saya yakin dengan penanaman aqidah yang jitu dan pemahaman yang jelas, anak – anak kita tidak akan mudah terpedaya.
sumber: http://melurjelita.com/

Thursday, January 13, 2011

PELABURAN MENGUNTUNGKAN



Tidak ramai yang sedar membeli harta khususnya untuk didiami sememangnya satu usaha yang memerlukan banyak masa, tenaga, wang, penyelidikan dan strategi pelaburan yang baik. Apatah lagi jika membeli hartanah sebagai pelaburan masa depan. Jika dilihat logiknya pada masa kini tak ramai golongan muda memilih untuk memiliki rumah. Jika diberi pilihan mereka lebih cenderong untuk memiliki kereta kerana mereka percaya dengan harta bergerak seperti kenderaan, telefon bimbit, kamera digital berbanding dengab harta tidak bergerak seperti bangunan  dan tanah. Bukanlah saya nak katakanyang memiliki kenderaan itu tidak bagus Cuma dilihat anak muda sekarang sanggup berhabisan duit untuk memiliki kereta yang besar dan cantik, carilah kenderaan yang sesuai dengan bajet anda supaya tidak menmbazir kerana harga kereta susut nilai setiap tahun.
Lazimnya pilihan untuk membeli hartanah berbentuk rumah mula timbul apabila seseorang itu telah berumahtangga, tiada tempat tinggal atau sudah lama menyewa.

Biarpun ia dilihat sebagai 1 senario biasa namun ianya bukanlah tindakan bijak. Apatah lagi gaya hidup bermewahan yang tidak memberi apa-apa pulangan. Jika dilihat anak muda kini sebaik saja mendapat pekerjaan yang baik mereka terus melabur pada kenderaan mewah, pakaian berjenama, kad kredit, menyewa rumah yang luas dan selesa. Tidak ramai yang terfikir untuk melabur wang untuk simpanan, pada rumah atau bangunan  Ini adalah kerana mereka tidak didedahkan kepada pelaburan berbentuk hartanah, Ramai yang tidak tahu pelaburan hartanah boleh menjana pendapatan lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun. Jika anda membeli sebuah kereta mewah misalnya nilainya susut hampir 50% selepas 5-7 tahun. Berbeza bagi rumah nilainya boleh meningkat sehingga 50% dalam tempoh masa yang sama. Kemungkinan nilai meningkat 200%. Walaubagaimanapun melabur pada hartanah bukanlah semudah yang disangka. Jika anda tersalah pilih rumah dan lokasi anda mungkin terpaksa menanggung mimpi ngeri sepanjang hayat. Berikut diantara tip-tip bagaimana untuk mendapatkan kawasan hartanah yang strategik.

  1. bajet
  2. lokasi
  3. jenis rumah
  4. fasiliti berdekatan( kemudahan pengangkutan awam, kedai, pasaraya, klinik, sekolah dan lain-lain)
  5. keamanan kawasan kejiranan
  6. cari pemaju yang tidak bermasalah (perkara ini boleh  dirujuk/disemak dengan pihak berkuasa tempatan dikawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat dan pandangan)
  7. kawasan yang bernilai tinggi dimana tidak memberi kesan negatif dari segi keadaan ekonomi yang tidak seimbang
Kawasan yang bernilai tinggi seperti di lembah Klang, Puchong, Damansara, Klang, Shah Alam,dan lain-lain. Dengan adanya jaminan pembangunan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap nilai pelaburan pasti meningkat.

Wednesday, January 12, 2011

NEXTCUBES BUAT DUIT DER


ahahhh... der Mesti ramai tertanya-tanya apa mender ar Nextcubes ni. So disini wa kongsikan sedikit info ok.
NEXTCUBES adalah website Social Business Networking, di mana anda boleh berkongsi pengalaman perniagaan, mengiklankan perniagaan anda, juga menjadi reseller dan sistem TradeMax yang menguntungkan semua pihak! Tujuan nextcubes ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja mendapat pendapatan lumayan tanpa bidang MLM. 

Pelajari bagaimana nextcubes boleh mengubah hidup anda!
Pelajari dengan Invitation code anda, anda boleh mengajak seberapa ramai rakan anda untuk menyertai nextcubes, dan apabila mereka klik link invitation code anda, mereka akan didaftarkan dibawah network anda (my Network) dan akan kekal sebagai network anda sampai bila-bila.
Network sangat penting dalam apa jua perniagaan, jadi anda membina network untuk apa sahaja jenis perniagaan anda, dan juga peluang menjadikan mereka berstatus SBN dan TradeMax, yang mana peluang besar bagi anda membina pendapatan sebagai reseller SBN, sebagai seorang peniaga dan juga sebagai pembeli.
Bayangkan potensi anda sekiranya anda telah ada 100,000 ahli dibawah My Network anda, setiap orang membeli baranga keperluan harian seperti beras, syampu, gula dan sebagainya, dan bila mereka beli melalui nextcubes, anda berpeluang mendapat sehingga RM100,000 sebulan menggunakan TradeMax!
Layari unstoppable.com untuk keterangan lanjut, atau FAQ pada eWallet anda, atau bertanya pada sesiapa saja mengenai nextcubes serta cara anda membina pendapatan hanya denganberbelanja barangan harian ataupun memperkenalkan rakan social network anda menjadi SBN atau social business network! So apalagi kan jom join ramai-ramai bukan kene bayar pun daftar percuma dengar cite facebook akan di tutup taklama lagi so jom join NEXTCUBES buat duit pasif anda disini sambil2 sembang2 dan borak2 ngan kengkawan anda. Meniaga mesti untung maa...Tak rugi der lu join der ... klik disini untuk sertai NEXTCUBES. Wa caya lu der...

Blog-list Malaysia: Facebook Bakal Ditutup Sepenuhnya 15 Mac 2011
bloglistpolitik.blogspot.com
Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.Pengumuman ini mendapat respon meluas dari penguna facebook seluruh dunia.

Sunday, January 9, 2011

NAIK GAJI....


Selamat pagi semua...hahahaha dah jam 3 pagi tapi masih dok tercangak depan laptop ntah  apa2 aku carik... hahahahah cari duit la nak buat apa lagi kan...so gaji naik ntah bila kene wat keje sampingan yang buleh mendatangkan hasil. Internet ni skang macam2 ada yg elok atau yang tak leok pun ada jadi kita ni kene fikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan. Oklah entry ni sebenornya saja2 jer post pun bukan ada mende...maklumlah skang ni semua brg semakin mahal...kalau gi kedai makan huhuhuu boleh nangis kalau tengok makanan yg diorder tu sikit jer... manalah ada yang murah skang ni semuanya mahal tak caya gi kedai cek satu persatu harga barang...Taktaulah para peniaga yang haloba ni mengambil kesempatan di atas kenaikan harga petrol, gula dan barangan lain lagi.. itulah alasan paling boring kite dengar...apa nak buat terima jerlah...

NAPPY RASH



Nappy rash-also known as diaper rash-is red irritating rash confined to the area covered by the nappy. It
commonly affected the genitals, buttocks, groins and thighs. Nappy rash can start as early as the neonatal period when the baby begins to wear nappies. It peaks when the baby is between 7-12 months, then decreases with age. Nappy rash stops being a problem when the child is toilet trained.

Causes?
Nappy rash occurs when the skin comes into contact with urine and faeces.

Ammonia
When your baby wets herself, the nappy cannot always absorb the waste products. Ammonia in the urine and faeces can irritate your baby’s skin, causing it become sore and red, if the soiled nappy is left on for a long time.

Fungal Infection
Nappy rash can also be caused by a fungal infection. The fungus, knows as candida, is present in faeces. Sometimes, the nappy rash starts as reaction to ammonia and is further complicated by a fungal infection.

Sign & Symptoms
Mild Nappy Rash
  1. Small part of the nappy area is covered in a pink or red rash.
  2. The rashes are usually made up of small spots or blotches.
  3. The child should feel well except for stinging sensation when passing urine or faeces.

Severe Nappy Rash
  1. More advance and painful symptoms, eg: bright red spots, dry ,cracked and broken skin, swellings, ulcers and blisters.
  2. The baby is distressed and uncomfortable. She may cry more often than usual and be irritable.
  3. The rash may cover a larger part of the nappy area and may spread down the legs or up to the tummy.
  4. Contact your doctor immediately if your child develops severely inflamed (swollen and irritated) skinor a fever.

Treatments
Mild Nappy Rash
There is usually no need any medication if your baby has a mild nappy  rash. Change diaper regularly to prevent the rash become worst.

  1. Leave your baby’s nappy off as long as possible. You can lay her on an absorbent towel while she sleeps.
  2. Avoid using soaps when cleaning your baby’s sensitive skin. Only use water to clean the nappy area. Dab- dry the affected area with soft materials. Eg: cotton wools or soft towel.
  3. Apply a barrier cream each time you change  her nappy. Barrier creams like zinc cream, zinc oxide ointment, dimethicone and petroleum jelly help protect the skin from abrasion and irritation.
  4. Change your baby;s nappy frequently. Ideally, a nappy should be changed as soon as you baby wets or soils it.
  5. Consider changing the type of nappies that are highly absorbent.
  6. Tigh-fitting water-proof pants should be avoided.



LUNA MAYA DAN ARIEL


AHHHA....aNDA sedang buat apa tu?….ke tengah tengok videon ‘panas’ Ariel dan Luna Maya ke?…ish2…UDAH2 la tu…hindari lah diri dari godaan syaiton nil rojim…Aku dah habaq dah, kalau buat entri gossip2 artis ni memang laku…nah yang terbaru kes artis dari seberang ni…
Mau lagi advanced, siap bagi link untuk download lagi…tujuan apa dia bagi link tu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu…aku?…hampir2 gak nak klik link tu…
aku dah nak klik dah, tapi Alhamdulillah suara iman aku tu berjaya mematahkan suara nafsu aku….fuh, lega..hehehe…betol ni…dosa lain2 dah la banyak, nak tambah2 lagi?…oh tidak…

Apa yang aku nak simpulkan di sini, benar atau tidak isu video klip tersebut…biar pihak berwajib dari Indonesia saja yang uruskan…dia artis, sudah menjadi kebiasaan dengan isu2 sebegini. Buat apa kita nak kisahkan…Tu kat sana, kat Malaysia..toksah crita la..berlambak2..artis?, ahli politik? orang kebanyakan?…emm…dunia2…Daripada kita layan citer2 xberfaedah camni..baik kita fikir pasal isu tindakan kejam Rejim Zionis terhadap Sukarelawan ke Gaza tuh…kan2…

Aku bukan nak salahkan sesiapa, cuma mengingatkan sesama Islam dan sesama manusia, jangan sibuk2 dengan isu2 seperti ini…xda maknanya…just tahu sekadar benda tu berlaku…xpayah la nak kupas satu persatu, baik tolong mak kupas bawang kat dapur tuh…ahaks..tu je…aku pun bukan baik sangat..tapi sehari demi sehari aku cuba untuk memperbaiki sikap diri…Sekian, terima kasih. Wassalam....

Wednesday, January 5, 2011

PANDUAN IBU BERKERJAYA


1. ketika hamil
Hadiri kelas ibu mengandungdapatkan sebanyak mungkin informasi yang ada
2. Ketika hendak bersalin
  • Pastikan anda bersalin di hospital ‘rakan bayi’ ini adalah penting dalam menentukan hala tuju ‘dunia breastfeeding’ anda….
  • Semua hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi…
  • KPJ Selangor(SMC) juga hospital rakan bayi.–>sebab saya bersalin kat sini 3 tahun 11 bulan yang lalu…
  • Tak perlu bawa botol berputing ke hospital…
3. setelah melahirkan
  • susukan anak sebaik sahaja dilahirkan (dalam 1 jam pertama) namun depend pada keadaan anda..
  • memang diawal kelahiran bayi susu tidak akan keluar mencurah-curah…maka jangan risau..kolustrum yang akan keluar dulu…1-7 hari pertama..susukan juga walau tidak ada susu…kerana rangsangan hisapan bayi akan meransang penghasilan susu..saya dulu 3 hari baru rasa bengkak susu…
  • Bagi kes bersalin secara pembedahan: menyusukan anak tiada kena mengena dengan perut maka..BOLEH..saya bersalin secara c-section ya…Alhamdulillah…..BOLEH menyusu anak..
4. di dalam pantang
  • kalau nak makan jamu etc silalah tapi wajib monitor perkembangan anak dan susu
  • kalau susu kurang/tak keluar-keluar sila stopkan jamu..
  • jika anak kuning tak hilang-hilang..sila stop
  • jika anak sembelit/cirit/meragam juga sila stop jamu…
  • pemilihan jamu hendaklah betul
  • ada jamu untuk mencatikkan ibu tak ambil kisah hal bayi
  • ada jamu mencantikkan/menyihatkan ibu dan anak…
  • jamu/set bersalin cadangan:HPA set bersalin or Amway set bersalin….
  • Setakat ini dua set bersalin ni dilaporkan banyak membantu ibu dalam pantang…membanyakkan susu…
5. persediaan memerah susu
Mengapa nak perah susu?
Bagi ibu bekerja yang ingin memberikan anaknya susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun..ini step penting!
Membuat stok susu untuk anak minum ketika ibu keluar bekerja…
Tempoh hayat susu beku:
  • Disimpan di dalam peti ais 2 pintu- 3 bulan
  • Diisimpan di dalam peti ais sepintu – 2 minggu
  • Di simpan di dalam deep freezer(peti ais krim tu)- 6 bulan
Tempoh hayat susu cair
  • di simpan di ruang sejuk peti ais 2 pintu – 7 hari
  • disimpan di ruang sejuk peti ais sepintu – 2 or 3 hari..
rasa dahulu sebelum bagi kepada bayi anda
barangan keperluan untuk menyimpan susu perahan
kalau nak perah dengan tangan:
  • botol untuk simpan susu atau
  • plastic line untuk simpan susu
kalau perah menggnakankan pam
kena ada pam
  • botol untuk simpan susu atau
  • plastic liner untuk simpan susu
Anda boleh juga guna ‘bekas dadih’ untuk simpan susu tapi adalah lebih baik kalau kita guna bekas ang memang khas untuk susu..pandangan saya saja ya…
Bekas khas untuk simpan susu banyak di pasaran sekarang ni..Cuma..itulah agak mahal sikit..
Guna botol susu memang berbaloi….tapi ambil banyak runag dalam peti sejuk/ais…maka alternatifnya disposable liner(di’double layer’kan)
Kalau guna bekas dadih tu silalah rendam air panas terlebih dahulu sebelum guna…
6. persediaan ibu bekerja
apa perlu ada?
Bagi kes nak perah dengan tangan
  • Kena tahu macam mana nak perah(hahahhaa)
  • Cooler bag
  • Chiller
  • Bekas simpan susu
  • Breastpad/breastmilk collector- yang mana anda selesa
  • Sapu tangan/tisu
Untuk yang nak perah menggunakan pam..
  • Kena ada pam..
  • Pilihlah pam yang anda selesa menggunakannya
  • Saya dulu guna avent isis manual dan spectra 3
7. Cadangan untuk ibu memerah susu
  • Perah susu dalam sela 3-4 jam sekali
  • Pam yang dah digunakan tak perlu dicucui setiap kali, simpan di dalam cooler bag atau peti ais…
  • Boleh simpan EBM/susu perahan di dalam cooler bag atau peti ais…
  • Kalau simpan dalam cooler bag make sure chiller anda tahan beku/sejuk sampai anda tiba di rumah.
  • Susu yang diperah dalam tempoh 24 jam boleh dicampur
  • Isikan/simpan susu dalam kuantiti kecil cukup sekali bayi minum…untuk mengelakkan pembaziran susu yang amat berharga itu
SUMBER : http://sweetstory.yuitsumuni.com/2009/08/panduan-ringkas-untuk-ibu-bekerja/


Wanita yang bekerja merangkap isteri dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.

Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.

Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.

Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.

# Luangkan waktu sebelum anak tidur

Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa lagi kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Cara begitu, anak anda pun mengerti bahawa meskipun ibunya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluannya diabaikan.

# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh

Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.

# Dahulukan keutamaan

Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.

# Komunikasi

Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.

# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan

Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.

Sebenarnya banyak masalah boleh diselesaikan dengan perbincangan. Berbincang dengan suami apa pilihan terbaik.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts