CARIAN ANDA

Thursday, May 9, 2013

Ulangtahun ke 8 Muhammad Syabeel Akmal

Olehkerana kesibukan sebab Pilihanraya aritu memang tak de la kami buat apa-apa Majlis Sambutan Besday untuk Syabeel, ayah pun hari-hari balik lewat jam 12.00 atau 1.00 pagi baru sampai umah. kesian jugaklah dengan Syabeel sebab dia dok tanya besday party dia. Bajet mak pun dah larik repair kereta comel mak tu jer dah rm1K. Camana nak buat besday party lagi kan.

So, ayah bagi bajet untuk besday prezent, tanya dia nak beli kek ke, prezent ke, dia kata nak beli mainan. Usung la budak dua orang ni ke kedai mainan yang dekat simpang 4 yang pilihan dan harga pun boleh tahan gak la. 

Paling untung bila auntie Rina belikan mainan untuknya. So, balik dari sekolah tak sempat-sempat mandi dah sibuk ngadap barang-barang tu la apa lagi. Paling suka Tom sikucing yang ajuk2 cakap orang tu. Hah ada jual benda ni kat situ belikan satu. tapi yang nak bukan adik si abang. AHhahahah...mood kanak-kanak riang layankan aje.

Kesian kat dorang sabtu n ahad lepas dok umah wan dua beradik ni sebab mama ada keje. Takpela sekali sekala jer kan, bukan selalu dok lepak umah uwan pon.

senyum lebor orang yang dapat hadiah banyak-banyak

adik pun tumpang sekaki

anti rina bagi mekasey banyak2

bukak jangan tak bukak

susah nak bukak la mama

dok tenung menatang yang dia dapat

bukak


mesti dapat satu kalau tak memberontak

suka la dapat mainan yang ada mikrofon  sebab kippi suka nyanyi

tekan dik


Wednesday, April 17, 2013

Bancuh shake guna botol shaker

Penguin EmoticonsHai assalamualaikum semua, bertemu kita di arena perbloggan... heheheh betui ka ayat tu, anak-anak jangan ikut na, kang mengamuk cikgu BM korang naya aku.

Oke, arini mak nak kongsi sikit cara-cara nak bancuh shake herbalife atau Formula 1 orang-orang Herbalife dok sebut. Ramai yang kurang tahu macamana nak bancuh guna shaker atau botol pengoncang. Ada yang tanya, kak apsal berketol-ketol saye munye shake ni...huhuuhh tak sedap ler...
Maap la dik non oiii, mak lupa nak khabaq mai cara betoi nak goncang. Dulu mak pon kurang gemor sebenornya bancuh shake guna botol shaker, manjang berketol jer. HUHUHUHUU...Penguin Emoticonsheheheh jangan marah na.  Takper la kita belajar dari kesilapan. Malu bertanya sesat jalan, jadi kita belajar yer. 

Ok cecaranya, pastikan ada Shake Formula 1 herbalife tu ye, kalau idak ade pegilah dapatkan satu dari memana distributor yang berdekatan dengan anda. Bukan mahal no pon. Shake Herbalife ni magic tau, boleh  sarapan, makan tengahari atau makan malam.  Kalau kena cara penggunaan dan ikut cakap coach berat badan boleh turun. Hah, kan ke magic tu. Rugi tau kalau tak cuba.

Botol shaker plak ada 2 jenis. 1 ada besi bulat kat dalam tu  dan satu lagi takde besi. Yang mak guna ada besi bulat ni.

ni ler beg 'briefcase' saya penuh ngan segala makneka

okey ni nak uat shake strawberi + vanilla= nyum3

letak setengah je air dulu yer, jangan penuh2

masukkan 3 scoop

posing jap dari arah depanPenguin Emoticons

posing dari atas plakPenguin Emoticons

totop ketat-ketat...sebelum goncang kang tumpah plak

goncang hingga larut barang seminit dua

okey dah cun camni, tambah air sampai penuh tapi jangan la sampai melimpah plak yer

okey... posing sebelum diminum sampai abess

:) sedap sangat dah abes plak...

Thursday, March 7, 2013

Dah Bulan MAc

Salam semua, huhuhuuh sedor tak sedor dah masuk bulan Mac rupenyer.. sampaila terlupa nak hapdate blog ni hah. Bulan Februari yang lepas ni banyak benor cite yg tak sempat-sempat nak kongsi. Nanti kite cite yeh

Monday, January 14, 2013

THINK POSITIF


Jom tinggalkan yang negatif dan jadilah orang-orang yang sentiasa berfikiran POSITIF

Doa Sebelum MUla Berkerja/Perniagaan


Terlupa


Hah amek ko, dah masuk seminggu bulan Januari dok jenuh terlupakan satu barang yang takde dalam rumah ni. Nak taug apo dio? Kalender kuda la. Habes semua kedai aku pergi satu kedai pun tak ngulorkan  kalender percuma. Masa beli baju sekolah, kasut sekolah, barang-barang sekolah pun takde satu kedai pun bagi. Lantas mak terlupakan kalnder kuda.


Kalender kuda boleh dikatakan salah satu aksesori penting kat rumah, kalau takde kalender kuda ibarat tak cukup meriah tahun  2013 ni ko.

So, misi mencari kalender free diteruskan. Setakat ni kalender-kalender bank tu tak bestlah tak cukup menepati citarasa kekalenderan yang mak nak, takde info cuti sekolah, tak cukup infi cuti umum( uihh penting ni).  Maklumlah anak-anak dah sekolah jadi inila pentingnya kalender kuda ni.

RENUNGAN UNTUKKU

kEkadang terlupa bila marah sangat dengan anak-anak secara tak sengaja kita mencubit, dan memukul mereka. Moga pada tahun baru ni, kita lebih bersikap penyayang terhadap anak-anak. Mereka umpama cermin kepada diri kita siapa mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Mak akui kadang-kadang memang hilang sabar juga dengan kerenah anak-anak yang tengah membesar ni. 

Moga mak jadi seorang mama yang penyayang untuk anak-anak mama. Mama nak kurangkan garang mama ni. Doakan mama yer.

Jauh disudut hati kadang-kadang mak pun naik angin bila anak-anak bergaduh sesama sendiri, berebut mainan la, tablet la, bantal la, tv la...padahal takde la besor sangat hal nya.
Moga ditahun baru ni akakn jadi seorang mama yang lebih penyayang dan tak garang-garang.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts