CARIAN ANDA

Thursday, June 20, 2013

SEBELUM CUTI SEKOLAH ABES


aSSalamualaikum... hai kengkwan, ni mak baru nak hapdate cite masa cuti sekolah tempohari. Dok simpan lama tapi tak post sebab lupa masukkan gambor. Arini baru dan masukkan gambor. Maklomlah baru lepas bersedih sekejap pasal hal kelab kami tu. Takpela rezeki ada dimana-mana so fokus untuk teruskan misi seperti biasa. 

Cuti sekolah 2 minggu aritu, tak sempat nak kemana sangat pon, Syabeel dapatla ikut Mummy Emma Marinie dan Family ke Gambang. Ok la tu kan. Lepas tu seronok la dia bermandi sakan kat sana dan lepak 2-3 hari kat shah alam. 

Masuk minggu ke 2 cuti sekolah, dia taknak ke taska pulak, sudahnya letak transit kat rumah nenek, lepak la kat sana sampai petang.  Mujur nenek ok jer. Hahahaha. Sekali sekali pun bukan selalu kan.

Dah nak dekat bukak sekolah rambut masing-masing dah berjurai-jurai, dengan tebalnya. Naik rimas nenek menengok cucu-cucunya. Pelagi hangkut la gi jumpa tukang gunting.



Si Aqiefie ni payah sikit kalau pergi kedai gunting, lama dah tak gunting rambut dia last masa bulan 2 aritu, ni dah bulan 6 mau tak panjang....hah dok dendiam

muke tensen tu mujur tak nanges

sibuk la nak tengok cermin la budak ni

pandang sana hah , mau gunting ni... muncung2 dah tu

kelakar kalau tengok naseb la tak de orang pun

posing

sempat gak ni muahahahha

senyap jer ni

abang syabeel gak yg relaks

suka no tengok cermin

bila nak abes ni mama

nak tengok cermin

dah hensem dah

saya pon

Memandangkan Aqiefie hari-hari dok tanya bila nak naik  keretapi maka ari sabtu tu kami anak beranak naik la komuter dari Port Klang ke Subang Jaya. Taktau nak kemana, pi subang dah la sekejap jer kan. Macam-macam perangai dok dalam train, mula-mula dok dalam coach wanita. Cakap ngan encik suami ni coach wanita kang kene halau. Alah, ngegada katanya, tak sampai 5minit datang abang polis halau dia hahahahah...kan orang dah cakap dah....Yela coach wanita utk wanita dan anak2 je, lelaki gi coach lain la eh.... Betapa wanita ni istimewa...huhuhuhuuu jeles plak dia ...

peace

aii takkan dah pening kot

seronok nyer Aqifie hasrat nak naik keretapi dah dapat

hah tengok luar

sampai kat subang dah lapar jom la makan

nasi goreng

budak ni makan aiskrim

mama order ciken cop

Balik dari subang dalam train anak-anak semua tertidur. Penat sangat la tu. Mau tak penat lari sana sini.  Sampai kat rumah, hah masing-masing sibuk nak mandi kolam. Nah, mandila sangat yer.  Hahahah jadila kan,






Monday, May 13, 2013

MAKAN-MAKAN LAGI

Sempena hari Ibu, sebenornya hari-hari pun hari Ibu kan,. tapi tak kesahlah dah orang nak belanja rezeki jangan di tolak. Moh kita makan. Alhamdulillah. Moga rezeki bertambah berlipat kali ganda lagi .Amiiin, lain kali ajak-akjaklah saya sekeluarga makan-makan lagi. Sure pergi. tak tolak punyer. Mekasey2.

kedondong air saya


Puan Dr. yang berusaha untuk majlis, mekasey bebanyak

Tuan Dr, yang sponsor majlis dan yang diraikan dalam majlis Ibunda Mertua bete

yang tumpang sekaki hehehehe nampak tangan je

huiii manyaknyer

sat-sat tunggu nasik mai

ya itu dia sharkfin sudah mari

anakanda bete

anak menakan bete

PERISTIWA DIMALAM MENGUNDI

Ni peristiwa malam sehari sebelum mengundi 4 Mei 2013. Jadikan iktibar yer. Tengahri tu memang ada seminar kat PWTC mujur tak bawak kereta sendiri kesana. parking kereta kat rumah kak sim dan tumpang kereta dia jer. Sampai klang dah jam 8.30malam. Sesak kat Meru masa hantar kak ina balik rumah sebab sepanjang jalan ada orang dok pesta mengundi. Memang dasat ler.

Sekali sampai tgk katayr kereta dah melepek, aduihh Ya Allah dah malam kedai semua tutup dah dok pikor mana cak cari bantuan. Menung-menung kejap sambil telepon encik suami yang tak angkat-angkat hp sebab dok sebok tugas kat bilik SPR. Tensen gak ler, dok pikir dah camana nak balik kapar camni, esok awal pagi dah kena bertugas lagi.

Kesian kat budak-budak kena la dorang tido tanpa mama malam tu. Sib bek la tergerak hati nak call encik Situ. Syukurlah ada bro ni kat umah. Sebab umah dia kat area bukit tinggi gak jadi senang la.  Dia datang cepat tak sampai 10minit call dah muncul/ bagus la member sorang ni. Memang terbaikk moga Allh saja yang membalas budi baiknya.


Dekat pukul 10.30 baru setel. Syukurlah. Terus pecut balik rumah. Singgah umah makmentua sebab dah penat sangat. Singgah makan jer :P. ahahahhahaha. Sebab letih sangat rasa nak pengsan. tapi tak la tido sana balik umah tido sorang-sorang sebab pagi-pagi buta 5.30 dah nak bangun, Baju pon semua kat rumah. Mujurla tak tinggal kat umah ibu kat Kapar kalau tak jenuh gak nak balik ambik baju semata.

alahai

gelapnya

aiseyyy
Udah ler gelap, cahaya pon samar-samar jer, nasib baik la dah undur kan sikit kereta tu kedepan. Ada la cahaya lampu , tapi tu la ada masalah lain plak, kereta kancil ni tayar dia kuat kemain gak. jenuh dok terajang baru tanggal. lagi-lagi peralatan dalam kereta kurang lengkap mengakibatkan kelewatan dalam proses bukak tayar. So korang kena pastikan alat-alat ni ada dalam kereta.

Hah, korang pastikan barang-barang ni mesti ada dalam Bonet kereta
seeloknya pakai jenis ni ,

nak senang pakai jenis ni






ni barang yang ada dalam kereta bukan tak boleh guna tapi benda ni naik lenguh la kalau kita orang pompuan mau tak terbuat.


ni paling mudah.



SELAMAT HARI IBU

MAMA, pandai tak kippi buat, untuk mama. 
Pandainyer, kippi buat, terimakasih sayang.
hari-hari adalah hari ibu. :P




 Ni Syabeel buat untuk mama. Terimakasih sayang.


Friday, May 10, 2013

MALAS DAN LETIH



Nak taip pun rasa macm letih sangat. Lepas jer bertugas pilihanraya minggu lepas rasanya keletihan tu sampai la ni pun terasa lagi. Penatnya Ya Allah sampai ke otak rasanya tak abis-abis lagi. Tapi tulah kenyataannya letih betul. Sampaikan balik keje pun rasa macam MALAS DAN LETIH jer. Syukurlah kerajaan selangor bagi cuti hari Isnin tu kalau idak aku rasa ramai yang MC kot termasuk la aku ni hah. Kerjanya tak teruk mana tapi Letih tu tak tau nak kata.  Kalau boleh nak terus tidur jer tapi tak bolehla. Hari-hari dok ngemas rumah macam tu gak ropenye sampaikan lipat baju pun dah bersusun kat depan malas nak masukkan dalam almari.




Masak?? Beli lauk siap masak untuk Syabeel dan kippi. Kippi makan tak banyak pun tapi Syabeel selera makan dah banyak so masak nasi jer untuk dia dan ayam masak merah dah ready. Suh minum Shake budak-budak ni kalau buat macam iceblended tu baru la nak minum. Aku plak biasalah time macam ni memang lapar la apalagi minum Shake jer la. Senang takyah nak masak dah. Masuk dalam shaker goncang-goncang jer minum. Punya la tahap malas sampai camni, huhuhuhuu.. Kelab Nutrisi plak sib bek la Kak Ina tolong handle sepanjang kemalasan aku ni, so kena ganti hari Sabtu n Ahad ni la jawabnya. Malam pun kelab tak bukak sebab ramai yg datang minum pg je. 

Bila nak hilang penyakit MALAS ni pun tak taula. Paksa juga la diri tu untuk buat kerja jugak. Sib bek encik Somi tak bising-bising. Dua tiga menjak ni terasa dah virus MALAS ni makin menjadi-jadi plak. Haiihhh, siap ada penin-penin lagi. OOO pergila jauh-jauh encik malas.

Moga jangan sampai aku malas solat. Hindarkan lah aku dari diselubungi perkara ini.


Thursday, May 9, 2013

Ulangtahun ke 8 Muhammad Syabeel Akmal

Olehkerana kesibukan sebab Pilihanraya aritu memang tak de la kami buat apa-apa Majlis Sambutan Besday untuk Syabeel, ayah pun hari-hari balik lewat jam 12.00 atau 1.00 pagi baru sampai umah. kesian jugaklah dengan Syabeel sebab dia dok tanya besday party dia. Bajet mak pun dah larik repair kereta comel mak tu jer dah rm1K. Camana nak buat besday party lagi kan.

So, ayah bagi bajet untuk besday prezent, tanya dia nak beli kek ke, prezent ke, dia kata nak beli mainan. Usung la budak dua orang ni ke kedai mainan yang dekat simpang 4 yang pilihan dan harga pun boleh tahan gak la. 

Paling untung bila auntie Rina belikan mainan untuknya. So, balik dari sekolah tak sempat-sempat mandi dah sibuk ngadap barang-barang tu la apa lagi. Paling suka Tom sikucing yang ajuk2 cakap orang tu. Hah ada jual benda ni kat situ belikan satu. tapi yang nak bukan adik si abang. AHhahahah...mood kanak-kanak riang layankan aje.

Kesian kat dorang sabtu n ahad lepas dok umah wan dua beradik ni sebab mama ada keje. Takpela sekali sekala jer kan, bukan selalu dok lepak umah uwan pon.

senyum lebor orang yang dapat hadiah banyak-banyak

adik pun tumpang sekaki

anti rina bagi mekasey banyak2

bukak jangan tak bukak

susah nak bukak la mama

dok tenung menatang yang dia dapat

bukak


mesti dapat satu kalau tak memberontak

suka la dapat mainan yang ada mikrofon  sebab kippi suka nyanyi

tekan dik


Wednesday, April 17, 2013

Bancuh shake guna botol shaker

Penguin EmoticonsHai assalamualaikum semua, bertemu kita di arena perbloggan... heheheh betui ka ayat tu, anak-anak jangan ikut na, kang mengamuk cikgu BM korang naya aku.

Oke, arini mak nak kongsi sikit cara-cara nak bancuh shake herbalife atau Formula 1 orang-orang Herbalife dok sebut. Ramai yang kurang tahu macamana nak bancuh guna shaker atau botol pengoncang. Ada yang tanya, kak apsal berketol-ketol saye munye shake ni...huhuuhh tak sedap ler...
Maap la dik non oiii, mak lupa nak khabaq mai cara betoi nak goncang. Dulu mak pon kurang gemor sebenornya bancuh shake guna botol shaker, manjang berketol jer. HUHUHUHUU...Penguin Emoticonsheheheh jangan marah na.  Takper la kita belajar dari kesilapan. Malu bertanya sesat jalan, jadi kita belajar yer. 

Ok cecaranya, pastikan ada Shake Formula 1 herbalife tu ye, kalau idak ade pegilah dapatkan satu dari memana distributor yang berdekatan dengan anda. Bukan mahal no pon. Shake Herbalife ni magic tau, boleh  sarapan, makan tengahari atau makan malam.  Kalau kena cara penggunaan dan ikut cakap coach berat badan boleh turun. Hah, kan ke magic tu. Rugi tau kalau tak cuba.

Botol shaker plak ada 2 jenis. 1 ada besi bulat kat dalam tu  dan satu lagi takde besi. Yang mak guna ada besi bulat ni.

ni ler beg 'briefcase' saya penuh ngan segala makneka

okey ni nak uat shake strawberi + vanilla= nyum3

letak setengah je air dulu yer, jangan penuh2

masukkan 3 scoop

posing jap dari arah depanPenguin Emoticons

posing dari atas plakPenguin Emoticons

totop ketat-ketat...sebelum goncang kang tumpah plak

goncang hingga larut barang seminit dua

okey dah cun camni, tambah air sampai penuh tapi jangan la sampai melimpah plak yer

okey... posing sebelum diminum sampai abess

:) sedap sangat dah abes plak...

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts